31.3.16

Berangan nak ke Pulau

Sebenarnya tak tau nak cerita apa..

Minda penat sangat hari ni. Maybe sebab cuaca panas sangat la, menyebabkan badan jadik letih. Balik rumah paksa diri masak lagi untuk anak-anak. Ikutkan hati memang la malas je kan, tapi bila memikirkan anak-anak yang dok sibuk tercari-cari makanan lepas tu dok bising kata lapar so kena la masak kan..Lagipun besar pahala masakkan untuk anak-anak dan suami hehe, lagi pulak aku suka sangat nengok diaorang makan hasil masakan aku nak-nak lagi Zarif memanjang je kata sedap aku masak huhu..

Kalau balik tengahari tu, baring je cepat je la lelap..Lepas tu dah kena paksa bangun lagi nak pergi kerja kan..Nasiblah rumah dekat jer memang sedap boleh balik dan tido-tido jap.

Kerja kat ofis sampai bila pun tak abis. Membebel la banyak mana pun kerja tetap bertambah. Suka ke tak suka ke pasrah je la. Kadang weekend pun aku datang, masalahnya bos aku pun datang weekend jugak sebab dia memang workaholic..Tapi biasanya aku akan pastikan yang aku tak kan terserempak dengan dia ler. Priority aku tetap pada family kan, tak adil kalau lebihkan kerja tapi family terabai..Mujur la mrhubby tersangat la memahami..Kalau aku kata nak datang ofis, make sure aku dah siapkan kerja-kerja rumah dan memasak semua, kalau tak settle takdenya la aku nak jejak ke ofis.

Harini kan tetiba teringin nak ke pulau..Tapi tak tau pulau mana. Yang pasti pulau ler. Teringat masa ke Pulau Sibu ada teambuilding kat sana. Ya Allah jakun betul aku naik bot sampai air terpercik-percik, bestnyaaa...Tapi kalau boleh nak ler ke pulau yang tak jauh dari jeti Mersing tu dan yang paling penting kos mesti murah.

Ni berangan je, maklumlah cuaca panas-panas ni kan terbayang nya air laut la air kolam laa..Tapi kalau dok pulau mau sunburn kan..

Ni kat Mersing tu tak tau la pulau apa..

Oklah tu jer yang mampu aku tulis untuk hari ni.

Sekian thanks sudi baca!


28.3.16

Makan di Restoran Kari Kambing 40 hari

Rabu lepas encik bos ajak ke Kluang nak uruskan perihal tiket dia dengan Air Asia nak ke Indonesia. Oklah memula ingat kena keluar dengan dia dua orang je, mujurlah encik bos ajak lagi dua orang member ikut..Kalau tak ngeri jugak keluar berdua je dengan bos..

Okla lepas settle semua kerja kat Kluang, perut pun dah mula berbunyi. Aku cakap dengan encik bos yang aku dah lapar haha. Yea aku dengan encik bos memang direct je pasal dia pun direct je dengan aku kan, so takde nak cover-cover ok. Hakikatnya memang dah lapar betul dan sebelum tu dia memang dah cakap nak belanja makan.

Otw nak balik dia kata jomlah kita makan kat Kari Kambing 40 hari..Seingatnya aku baru first time ke restoran ni, itupun tahun lepas mrhubby bawak untuk breakfast.

Kali ni nak lunch pulak kat sini weii..

Aku takdelah nak amik gambar beria, pasal datang waktu lunch, memang orang tengah ramai la kan, segan pulak nak amik gambar banyak-banyak. Ni pun aku gigih ler amik gambar makanan ni padahal kiri kanan ramai orang huhu..

Now you see...

Now you don't hehe...

Ok pakej dulang ni harganya RM45 siap sejug air sirap. Memang portion untuk 4 orang ok. Kalau 4 orang lelaki memang sekejap je habis kot, tapi yang makan ni sorang lelaki dan 3 perempuan, jenuh ok nak habiskan..Aku rasa kalau sedulang ni kena 6 orang perempuan makan kot..Kalau lelaki 3 orang pun boleh habiskan tauu..

Korang boleh pilih nak ayam dengan kambing ke, atau kambing semata ke atau ayam semata kan..Aduhh sedap la pulak nengok gambar ni huhu..

Kalau sepinggan harganya RM12. Rasa macam nasi arab kot, dan daging kambing tu diaorang masak ala akikah gitu so ada manis sikit la..Ikutkan aku kurang gemar makan kambing, tapi masa mrhubby first time bawak ke sini, aku boleh makan roti canai cicah kari kambing ni, memang sedapp. Itu ikut tekak aku la kan, lain orang kan lain citarasanya.

Haritu masa upload gambar ni kat fb, ada kawan aku tanya kenapa namanya kari kambing 40 hari?? Aku sebenarnya antara tau dan tak tau, tapi tak yakin nak jawab..Lepas tu mrhubby dah tolong jawabkan hehe. 


So pada korang yang nak pergi silalah google dan waze ya. Kedai ni takdelah jauh sangat kalau dari Air Hitam Johor tu, macam jalan nak ke Yong Peng. Kalau korang ikut highway nak ke Selatan memang boleh nampak la kedai ni dari highway (lepas tu exit ler Air Hitam). Lepas tu waze je la pasal tak jauh pun. Lain kali kalau aku pergi lagi, aku boleh detailkan info. 

Apa-apa boleh google je ye kawan-kawan semua. Ingat nanti nak bawak la parents dan adik beradik aku ke sini. Kedainya pun dah ditambahbaik, luas dan agak selesa berbanding sebelum ni.

Oklah sekian cerita untuk hari ni.
Thanks sudi baca!

 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...