30.11.11

Dah lama dapur ni tak berasap..

Kisah semalam;

"B masak ye hari ni..Dah lama tak makan masakan b, dapur ni pun rasanya lama dah tak berasap.." kata mrhubby.

Wow...dah lama tak masak ke? Tetiba macam dah terlupa pulak berapa hari aku tak masak..huhu

Oklah bila dah ada permintaan tu, haruslah kan aku ke dapur. Masak dengan menggunakan bahan yang ada..Taklah sehebat masterchef.

Sebelum pukul 8 malam, semua dah siap terhidang - masakan yang tak berapa hebat tapi sedap di sisi mrhubby dan anak-anak; ikan goreng, sambal tumis sardin, telur goreng, dan sayur kobis.. Tak hebat kan? Tapi sedap tau..:)

Kan dah kata, masak menggunakan bahan yang ada jer..Berkali-kali zarif asik kata - "sedapnya ibu masak". Rasa teruja la jugak walaupun masak sardin je kan, hehe.

Dan hari ni, rasa keterujaan nak memasak tu bertambah. Tapi takdelah sardin lagi. Mungkin masak yang lain.. Siap keluarkan buku resipi Chef Hanieliza malam tadi, beria betul aku..:)


Bila dia meminta..

Petang sabtu yang lepas di pasar malam;

"Ibu, kenapa ibu tak bagi duit pada orang tu?" tanya zarif pada aku sambil menunjukkan pada seorang lelaki tua yang duduk di tepi jalan.

Aku diam.

Lelaki itu adalah seorang manusia (tak sampai hati nak letak perkataan pengemis) yang biasa kita nampak di pasar-pasar malam, untuk meminta sedekah..Aku pasti korang jugak biasa dengan pandangan seperti ni kan.

Bukan takmo bagi duit atau sedekah, entah kenapa ye..Kadang hati kata nak sedekah tapi perbuatan tak merelakan. Kenapa ye? Aku cuma takut tertipu (tak patut punya perasaan begini).

Tapi kata-kata dan permintaan zarif pada petang tu mengubah minda aku. Ini bukan kali pertama dia mintak. Dah beberapa kali jugak.

"Ibu, kita nak duit..kita nak bagi kat orang tu. Kesian dia, dah la takde tangan (kudung), kita tak boleh nengok orang macam ni.." Serius aku terkesima sambil berfikir. Laju je aku hulurkan duit pada zarif. Sejuk hati aku nengok budak macam zarif punya rasa simpati dan ikhlas memberi.

Kita mengajar anak-anak supaya jadi insan yang murah hati tapi sebaliknya pulak dengan diri sendiri yang masih memikir adakah orang tu menipu atau sebaliknya...

Aku pernah dengar kursus, ada penceramah tu bagitau - "Tak kisahlah siapa yang meminta sedekah, kita bagi je dengan ikhlas..Jangan fikir dia menipu ataupun tak. Andaikata dia menipu, itu urusan dia dengan Tuhan. Tapi kalau dia tak menipu, kamu dah dapat pahala.."

Ermm, fikir-fikirlah.

29.11.11

Bila RM100 tu sangat bernilai...

pada mereka yang amat memerlukan. Sungguh semalam aku memang saja usha nak beli baju sekolah zarif. Maklumlah budak nak masuk darjah satu..:)

Aku memang tak reti nak bajet belanja beli baju budak sekolah ni, maklumlah ada sekolah agama lagi kan. So semalam tu main redah jelah, konon macam nak survey la..Aku beli baju sekolah rendah dan seluar (harga lain-lain), sepasang baju sekolah agama, samping sekolah agama dan sehelai baju panas - total adalah RM99.10. Fuhh, hampir RM100 gamaknya..Itu baru satu set yea..Ni budak laki mana cukup itu je bajunya..Memang nak ditambah lagi la bajunya tu..

Itu semua tak termasuk kasut, stokin, belanja buku, beg sekolah dan lain-lain lagi...Hmm, silalah bersedia poket.. Apa saja demi anak aku sanggup korbankan demi pelajaran. Sebagaimana mak abah aku berkorban masa dulu, sekarang giliran aku pulak merasanya.

Cuma tulah, untungnya aku dan mrhubby bekerja, insyaallah dari segi kemampuan aku rasa kitaorang takde masalah walaupun cukup-cukup makan je..Lagipun baru zarif je sekolah kan.

Lepas belikan baju zarif semalam tu yang aku terfikir, besar rupanya nilai RM100 tu bagi mereka yang sangat memerlukan terutama bagi mereka yang punya anak lebih dari sorang yang bersekolah kan...

Aku pun beli baju zarif bukan kat shopping complex, kat kedai biasa-biasa je, kedai yang mak abah aku belikan baju kitaorang zaman sekolah dulu-dulu..Kedai biasa pun nak cecah gak RM100, huhu...


Bila belajar buat cream puff

Semalam adalah hari yang bermakna pada aku bila mana aku belajar buat cream puff daripada mak aku. Yeayy, akhirnya..Alhamdulillah, kalau nak jadik pandai, kita memang kena belajar secara praktikal, kena nengok depan mata sendiri, baru senang ilmu nak masuk otak, :)


Mungkin bentuk cream puff ni taklah secantik cream puff yang korang pernah makan pasal aku dan mak buat  tak menggunakan nozel khas..Tapi percayalah rasa cream puff ni sangat sedap..:)

Selama ni aku nak sedap makan je kan, ha sekali dah buat barulah tau susah ke senang. Tapi sebenarnya senang je buatnya, :) Korang pun boleh try, betul..aku tak tipu..:)

Ok, resipi yang mak aku guna ni diambil dari blog ini.  

Blogger yang dikenali dengan nama cupcakekasih ni memang hebat dari segi masakan terutama bab buat kek dan kuih muih. Tak percaya cuba check blog cupcakekasih ni..

Aku copy paste resipi tu kat sini ye, untuk kemudahan korang kalau nak try buat..
 
CREAM PUFF

Bahan-bahannya:
250 ml air kosong
100 g butter
130 g tepung gandum
secubit garam
1 sb gula castor
3 biji telur

Cara membuatnya:
1. Masukkan air dalam periuk kecil, panaskan. Apabila sudah meruap masukkan butter. Kacau sesekali sampai butter cair.

2. Satukan tepung dengan garam dan gula, masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam periuk tadi, kacau dengan sudip kayu sampai semua tepung sebati dan tidak melekat di dinding periuk. Tutup api.

3. Biarkan seminit dua, kemudian barulah dipukul dengan pemutar elektrik adunan tadi. Masuk telur satu demi satu. Pukul sampai sebati dan likat lebih kurang 7-10 minit.

4. Panaskan oven.

5. Sediakan piping bag yang sudah pun dipasang nozel close star tip size L dan masukkan adunan tadi ke dalam piping tadi, sesedap tangan memegangnya (setengah plastik saja).

6. Picit adunan dan bentukkan seperti sanggul (bersimpul), anggaran sebesar telur ayam.

7. Bakar dengan suhu 150 C, lebih kurang 30 minit atau sehingga bertukar warna perang keemasan.

8. Biarkan sejuk (suhu bilik) baru digunting sedikit cream puff ini dan paipkan inti kastad pula.

Krim Kastad Lemak Manis

Bahan-bahannya 
1 cawan susu segar (suhu bilik)
1 sb tepung gandum
1 sb tepung jagung
3 sb gula castor
1 telur
1 sb mentega
sedikit esen vanilla

Cara membuatnya:
1. Tuang susu segar dalam periuk dan masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula dan telur. Pukul dengan pemukul tangan sampai sebati.

2. Masakkan di atas api sederhana saja sampai adunan meruap, masukkan butter. Kacau lagi sampai sebati. Tutup api dan biarkan sejuk. Masukkan dalam piping bag dan picitkan ke dalam cream puff.


28.11.11

Santai di Tasik Y


Petang semalam, zarif ajak aku dan mrhubby pergi padang, kononnya nak keluarkan peluh. Aku pun ok jelah, daripada duduk rumah dan terus dilanda boring yang amat, baik keluar kan.

Kitaorang pergi ke tasik y jelah. Last pergi sini pun, sebelum puasa hari tu..Cuaca mulanya agak baik, seronoklah zarif dan zara dapat beriadah. Aku pun tumpang sekaki main buai, seronok oh main buai, teringat zaman kanak-kanak dulu.

Tak lama lepas diaorang main tu, tiba-tiba hujan pun turun. Aku pun tak jangka nak hujan sebabnya matahari punyalah terik, rupanya hujan panas la..

So sambil berlari-lari anak menuju ke kereta, ternampak la pulak sang pelangi, sempatlah mrhubby capture gambar pelangi yang cantik tu, subhanallah..

27.11.11

Tutti Frutti di Batu Pahat

By the time aku tulis entry ni, Tutti Frutti belum dibuka lagi dan ianya akan dibuka di Batu Pahat;


Dekat laman web Tutti Frutti pun dah ada mention yang outlet di Batu Pahat akan dibuka. Alamat outlet Tutti Frutti di Batu Pahat ni adalah - No. 18, Jalan Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor Darul Takzim (berdepan dengan Sekolah Convent).

Aku memang tau pun harga Tutti Frutti ni mahal sungguhpun aku tak pernah makan lagi, itupun berdasarkan review dari blog kawan-kawan yang lain.

Bagi yang tak pernah makan dan tak pernah tau apakah Tutti Frutti, boleh la baca di sini yea.

Tahun Baru | Makan malam

Hari ni sempena tahun baru, aku boleh pulak rasa boring, takde ke mana pun, just duduk rumah je. Tu yang takde kerja dok menggodeh layout blog ni, saja suka-suka. Nak nengok movie pun takde pulak tayangan waktu petang, hmm. Ada takde, dok layan internet kat dalam bilik sesambil baca paper..

Jumaat malam yang lepas, aku ada program makan malam dengan semua setiausaha tempat kerja aku dengan setiausaha dari UNIMAP Perlis. 

Sebenarnya aku tak tau pun nak pakai baju apa, so aku pakai je semua hitam, konon-konon hitam tu boleh menampakkan ilusi yang aku ni kurus, hehe.

Tapi malam tu aku tak boleh lama, tak sampai pun separuh majlis aku dah balik pasal ada hal yang tak boleh dielakkan..

ni dah balik majlis dah - pipi gemuk

26.11.11

Cerita di pagi sabtu | Zara & kek

Pagi ni bawak semua ahli keluarga sebab nak kemas ofis..Sebenarnya dah beberapa minggu nak pergi ofis tapi asik bertangguh je, so aku make it today. Dan tujuan lain, nak tunjukkan kat mrhubby dan anak-anak workplace aku..So diaorang dah tau. Tak abis-abis zarif cakap, bestlah tempat kerja ibu..Ntah kat mana bestnya pun aku tak tau..

Now, baru balik dari rumah orang kawin, nak berehat jap, sebelum nak balik rumah mak abah aku petang ni. Kalau boleh takmo balik lewat, maklumlah nak baca doa akhir n awal tahun kan..

Ok, nak share gambar sambutan birthday zara last week. Sambutan antara kitaorang je, takde orang lain pun. Yang penting anak happy kan..


Jangan lupa baca doa akhir n awal tahun ye korang..Jangan kata tak tau doa, sekarang google je, dah banyak blog yang buat entry doa akhir n awal tahun ni ok...Salam Awal Muharram 1433.

25.11.11

Orang nak belanja, kita terima je..


Petang semalam tu ada orang nak belanja aku dan anak-anak..Aku ok je, takde hal, dah orang nak belanja..Tempat makan adalah di Sister's Briyani dekat kawasan perumahan baru Pura Kencana di Sri Gading..

First time makan kat situ, so far so good, reasonable la harga dia..makanan pun sedap. Mrhubby makan nasi beriani, lepas tu kitaorang oder sate (sate isi yang tebal dan sedap la..), zarif macam biasalah makan fish n chip share dengan zara, dan aku oder kentang putar..

Keistimewaan kat sini, airnya semua dalam gelas besar dan panjang macam dalam gambar tu..Satu gelas tu boleh share 2 orang tau..Kalau sorang, rasanya tak abis la terutamanya cam aku yang bukan minum air sangat ni..

Bagi yang duduk di kawasan sekitar Parit Raja dan Air Hitam ni, boleh je singgah sini dan makan..Kawasan makan bersih dan servis pun ok, alhamdulillah.

Doa yang cepat termakbul

Salam jumaat yang mulia.

Aku nak share antara petikan artikel yang aku baca dalam buku 'Dahsyatnya Doa Ibu' hasil nukilan Syamsuddin Nor.

Allah cepat mengabulkan doa-doa berikut;

@ Doa orang yang sedang mengerjakan ibadah haji.
@ Doa orang yang sedang berperang pada jalan Allah.
@ Doa orang yang sedang sakit.
@ Doa orang yang mendoakan saudaranya yang  berada jauh daripadanya.
@ Doa orang tua untuk anaknya.
@ Doa orang yang sedang berpuasa.
@ Doa orang yang sedang bermusafir
@ Doa orang yang teraniaya.
@ Doa pemimpin yang adil.

Aku tau ramai yang mungkin dah tau tentang ini, tapi saja aku share lagi bagi yang tak tau. 

Antara petikan dalam buku tu lagi, - salah satu doa mustajab adalah doa ibu untuk anaknya. Apabila seseorang ibu selalu mendoakan kebaikan untuk anaknya, insyaallah doanya segera terkabul. Bahkan dalam keadaan tertentu, doa ibu dapat terus menjadi kenyataan.

Aku tak abis lagi baca buku ni, masih dalam proses pembacaan, :)






24.11.11

Sale di mana-mana

Serius, sekarang dah mula SALE akhir tahun. Terujanya hati tidak terkata, nak-nak lagi aku rasa shopping dan perempuan bagai isi dengan kuku. Dan salah satu terapi untuk kaum perempuan adalah shopping..Percayalah, :) Wah, mentang-mentang hari ini hari gaji sibuk nak cakap pasal SALE kan..

Macamana nak hilangkan nafsu yang bergelora bila nampak iklan jualan murah di merata tempat? Jugak bila nampak barang-barang favourite contohnya macam kasut dan handbag? Sebenarnya agak susah untuk aku, tapi aku tau aku kena ajar diri..

Sekarang aku kena lebih kawal diri. Aku pergi je shopping complex, pergi je belek2 kasut dan beg yang aku suka tapi tak beli pun, memang lah teruja nak beli, tapi aku tau itu semua nafsu je. Kalau betul-betul aku perlukan, barulah aku akan beli.

Lagi satu memikirkan zarif pun nak sekolah darjah satu tahun depan jadi aku kena berjimat dan lebihkan keperluan untuk dia berbanding diri sendiri..:)

Tapi kalau korang ada kemampuan, tak salah pun beli something untuk diri sendiri kan, asal jangan berbelanja melampaui had.

23.11.11

3 novel Ombak Rindu


Cepat baca sebelum filem Ombak Rindu keluar di pawagam kalau tak silap 1 Disember ni..Kalau tak silap laa..

Ok, bagi korang yang tak tau, Ombak Rindu ni bukan ada satu buku je, tapi ada 3...Nengok gambar kat atas tu (L-R) :  

1. Ombak Rindu  
2. Cinta Tiada Akhirnya  
3. Rindu Cintaku.

Sapa dah baca buku pertama, memang tak puas la kalau tak baca seterusnya dan yang terakhir. Believe me, sangat touching tau..Jarang sekali la aku baca novel tergedik-gedik macam apa je. Sengih memanjang tak sudah, membayangkan aku lah Izzah tu..:)

Hopefully outcome filem ni ok walaupun aku tau ia tak boleh nak serap 100% jalan cerita dari 3 novel tersebut.


# Wordless Wednesday 15



Taktau apakah motif nak letak gambar ni di petang rabu yang damai ni..:)

Jeles tapi suka

Mulai isnin aku memang dah mula jeles kat mrhubby..Ermm, dia dah takyah susah nak gosok baju, takpayah nak mandi pagi-pagi buta, tak payah nak terkejar-kejar dan bersiap awal pagi..Aishh, jeles dan jeles..Tiba-tiba terfikir naperlah tak nak kerja cikgu kan? Asal cuti sekolah je rasa macam nyesal sebab tak pilih kerjaya cikgu. Tapi time cuti sekolah je lah, time lain tak kisah pun..:)

The best part adalah mrhubby kena jadik babysitter untuk 2 orang anak. Suppose zara tu pergi duduk taska, tapi dia dah rasa pelik la nengok zarif tak sekolah, nak taknak kenalah abahnya jaga 2 orang anak, sian..Pagi ni pun zara masih takmo pergi taska, hmmm..

Hari ni mrhubby ok lagi, tapi esok lusa macam nak kena hantar jugak ke taska pasalnya duit taska tu tetap kena bayar. Lagipun susah mrhubby nak buat kerja kalau dak kecik tu ada, pasal dak kecik ni kaki sepah mainan, huhu..Penat nak mengemas kalau dah mula sepah..

Tapi seronok jugaklah, pasal bila cuti sekolah ada certain kerja mrhubby dah tolong settlekan, bagi bersih semua, syiok..:) Thank you sayang!




22.11.11

Tahniah & Daulat Tuanku

Tahniah pasukan Malaysia..Memang permainan yang sangat mendebarkan malam tadi, tak keruan dan tak senang duduk aku dan mrhubby. Dan sepatutnya bersyukur la bila pasukan Indonesia jaringkan gol awal sebab lepas jaringan tu aku rasa pasukan Malaysia main dengan penuh semangat, syabas semua..:)

Dan selepas menjerit-jerit dengan penuh girang malam tadi, alhamdulillah cuti pada hari ini sempena Hari Keputeraan Sultan Johor..DAULAT TUANKU..

Apa plan hari ni eh? Yang pasti nak melawat mak yang tak sihat..Dan mungkin juga melipat kain baju yang agak banyak, dan mungkin juga rasa macam nak memasak ala-ala master chef..Waaa, macam sempat jelah nak settlekan semua kerja tu kan..

Untuk korang, selamat bekerja yea..:)


21.11.11

Short trip to JB


Memang plan last minit je nak ke JB petang sabtu lepas. Sampai JB pun memang hujan lebat. Tapi gigihkan jugak nak ke Naza Talya Hotel kat area Tanjung Puteri tu. Serius budak-budak tak tau pun plan kitaorang ni. Sampai ke highway barulah zarif tau. Zara pulak langsung la tak tau sebab dia tido sepanjang jalan.

Saja bawak budak-budak ke JB pasal nak bawak diaorang jalan-jalan dan main-main kat Danga Bay. Paling utama aku nak ke Jaya Jusco sebab nak carikan hadiah untuk bos sebab mulai tahun depan bos aku akan bertukar, so aku prepare siap-siap hadiah untuk dia..Jauh kan aku nak cari hadiah sampai ke JB. Bukan apa benda yang aku nak tu ada jual kat Memory Lane je, kat Batu Pahat ni mana la ada kedai Memory Lane..

Kira memang lepas gian la kitaorang. Malam tu makan-makan ler kami 4 beranak, pastu baru bergerak ke Danga Bay..Oh, kitaorang main kat Theme Park nya..Kira enjoy la dan suka sangat bila nengok anak-anak gembira.

Ini memang short trip saja, plan macam nak ke A Famosa Resort tapi mungkin bulan Disember nanti, insyaallah kalau takde aral melintang. Faham jelah kan, budak-budak kan suka mandi kat swimming pool. Rasanya kat A Famosa Resort ni la antara tempat yang privacy dan sesuai untuk seisi keluarga...

A Famosa (family mentua) - ii
A Famosa (family  mentua) - akhir

Go..go Malaysiaaa!!!

Cepat, cepat..semua nak kena cepat ni..Kalau boleh nak balik kerja cepat, nak masak cepat, nak makan cepat..Hoho..Semuanya kerana bola..

Actually aku ni bukanlah peminat bola tapi sebab aku rakyat Malaysia maka aku nak sama-sama tunjukkan rasa sokongan yang padu pada pasukan bolasepak kita.

Jangan lupa semua, tunjukkan sokongan yang tak berbelah bagi pada pasukan kita, Malaysia..Semoga dengan doa semua rakyat, pasukan kita dapat mengalahkan pasukan Indonesia, chaiyokk!!


Beli satu dapat free satu

Sempena birthday zara 17hb hari tu, belum sempat nak bagi dia hadiah. So pagi sabtu yang lepas, aku pun bawaklah zarif dan zara ke kedai mainan kat air hitam ni..Memang puas la..Aku decide bagi zara satu anak patung je pasal dia kan suka berangan..Sekali beli satu, boleh amik satu lagi patung dengan harga yang serupa secara percuma..Free eh..Wahh, seronoknya jadi budak, :)

Zarif pun ada bahagian jugak, karang kalau tak dapat, mengamuk la pulak kan..Kira tu hadiah zarif sempena dapat no. 4 dalam peperiksaan la, :)..

Ok, nanti aku sambung citer lagi yea..Ada banyak kerja nak dibuat sekarang ni..Tata..

 ha, dapat dua sekaligus

 rambang mata banyak patung kat sini

dah..jom balik, takleh lama-lama kat sini

20.11.11

Cuti umum dan jalan-jalan

Hari ni memang tarikh yang cantik - 20112011..Memang ada banyak sangat orang buat majlis kawin hari ni untuk mengabadikan tarikh yang cantik ni..Dan bagi mereka yang melahirkan anak pada hari ini juga, tahniah diucapkan.

Untuk pengetahuan semua, hari selasa akan datang ni, negeri Johor akan bercuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Daulat Tuanku. Kira esok kerja dan selasa cuti, yeay! Tapi aku rasa ada jugak staf yang akan sambung cuti esok, alang-alang terus la sampai ke Selasa.. Lagi pulak dah musim cuti sekolah kan, so harus la ada  yang nak bawak anak-anak berjalan kan..

Insyaallah dalam awal ataupun pertengahan Disember, aku nak bawak budak-budak berjalan. Bukan ke mana pun, cari tempat yang ada swimming pool je, hehe..Yang penting ikut bajet dan kemampuan kan..Aku plan nak jalan-jalan cuti yang best tahun depan, rancangnya nak pegi pantai timur, haraplah jadi kenyataan..










Tak sabar tunggu 24hb

Kenapa 24hb? Gaji ke? Takler..Gaji dapat sehari sebelum tu lagi..Cuti ke? Pun tidak jugak..Dah tu?? Hehehe..24hb tu kan hari Khamis, so aku tak sabar nak nengok citer ni laa..

 Twilight - Breaking Dawn (Part 1)

Yeah..aku memang agak fanatik cerita ni..Sangat teruja dan mengada-ngada nak nengok citer ni..Tapi camanalah eh, dah tentu 24hb tu hari khamis kan..ermmm...ermmmm. Actually mrhubby langsung tak layan citer ni, so camanalah aku nak ajak dia kan? Ingat mrhubby nak nengok ke citer jiwang-jiwang pastu cam tak masuk akal manusia kawin ngan vampire semua ni..haha..Takper, akan dipujuk nanti..

Pada hari yang sama jugak, filem melayu yang bertajuk Misteri Jalan Lama arahan Afdlin Shauki juga akan ditayangkan. Nengok nama pelakon-pelakon macam best jer..Yang ni confirm mrhubby nak layan pasal dia suka Afdlin Shauki..Tapi aku lak yang tak suka citer hantu semua ni..Bukan takut, tapi tak sudah-sudah hantu je kan..Tapi boleh try jelah kalau Afdlin Shauki yang buat..


So..masih berfikir-fikir lagi nie, hehe...Naperlah tak cuti umum 24hb tu kan? Haishhh...

18.11.11

Mengharapkan kisah baik

Yea, aku mengharapkan pengakhiran pada kisah diri sendiri. Masalah yang membelenggu diri..Semoga keputusan yang dibuat ini dapat membuka mata pada yang terlibat. Aku percaya setiap orang punya hak untuk bersuara dan meluahkan pendapat sendiri.

Dan terima kasih jugak pada yang terlibat memberi ruang pada aku untuk bersuara dan paling penting memahami apa yang aku rasa.

Sekali lagi, setiap orang punya kekurangan dan tidak ada yang sempurna, termasuklah diri aku. Dan aku tetap setia dengan keputusan yang dibuat, biarpun terpaksa menanggung rasa malu. It's ok, yang penting aku gembira..:)

Takmo mengeluh

Salam pagi jumaat yang mulia. 

Pagi ini aku datang kerja dari rumah mak di bandar. Anak-anak ditinggalkan di sana dengan mak aku. Masuk ni dah dua kali dah zarif dan zara ditinggalkan dengan mak. Bukan suka-suka nak tinggalkan, zarif pun dah start cuti hari ni, zara pulak tak boleh nengok abang dia dok kat situ, memang la dia nak ikut. Harap yang baik-baik je..

Pagi ni bukak facebook, tertarik dengan status Ustaz Muhammad ni;


Menusuk masuk ke dalam jiwa aku. Yup, sapa yang tak pernah mengeluh kan..Tak boleh nak tipu la, kadang aku memang suka mengeluh..Mengeluh dengan sebab dan tanpa sebab juga..Memang tak elok. Tapi adakalanya aku belajar berfikiran positif dan terima segalanya atau erti lainnya redha..

Sama-samalah kita renung dan nilaikan diri sendiri...

17.11.11

Terima kasih cikgu


Hari ni adalah hari terakhir zarif bersekolah tadika. Dan hari ni jugak ada majlis perpisahan untuk murid 6 tahun..Aku buatkan zarif shepherd pie dan jemput-jemput ikan bilis untuk dijamu pada majlis jamuan tu nanti.

So malam tadi, aku suruhlah mrhubby buatkan kad thank you untuk cikgu-cikgu zarif..Ada 4 keping je pun, ginilah rupa kad tu, simple je..Yang gambar bunga tu cover depan kad, perkataan thank you bahagian dalam kad.

Terima kasih tak terhingga pada cikgu-cikgu di sekolah PASTI yang bersusah payah mengajar dan memberi ilmu yang berguna pada zarif sepanjang dia bersekolah di situ. Semoga apa yang dipelajari akan dapat dipratikkan dalam kehidupan seharian.

Aihh, tetiba aku macam emo la pulak..

Happy 3rd birthday Zara


Yup..hari ini 17 November bersamaan dengan hari lahir zara yang ke 3 tahun..Uhh, cepatnya masa berlalu..Terlalu cepat proses pembesaran zara sehingga hari ini dengan macam-macam karenah..Walaupun adakalanya kesabaran aku teruji dengan segala perangai dia sejak lahir sehingga sekarang, namun amanah dari Tuhan ini akan dijaga dan dididik sebaik mungkin..Cerita kelahiran zara di sini dan sini.

Mudah-mudahan zara akan menjadi anak yang solehah, baik dan mampu mendengar serta menghormati ibu dan abah dan orang-orang di sekeliling zara yea..

Aku dah tempah kek, malangnya kek tu tak dapat hari ni. Takpelah sambut esok je pun ok, takde hal. So dari malam tadi aku dah siap prepare puding roti dan kuah kastard, gorengkan keropok dan pagi ni buat jemput-jemput ikan bilis untuk dijamu pada kawan-kawan dan cikgu taska zara..:)

16.11.11

#Wordless Wednesday 14

Zara teropong nasib Malaysia lawan Indonesia esok.
Agak-agak menang ke kalah?

Persembahan zarif yang sekerat jalan

Ok, di sini aku letakkan persembahan zarif dan kawan-kawan pada hari Ahad yang lepas..Meh saksikan video ni..Tapi korang takyahlah nengok sampai abis..Sebab apa?

Sebab dalam minit yang ke 1:56 kalau tak silap, tengah-tengah syiok diaorang buat persembahan mengikut lagu Hambamu nyanyian Mawi dan Aqil Hay tu boleh pulak lagu tu ter'stop' dengan tiba-tiba..Bengang je budak-budak tu semua..

Rupa-rupanya cikgu diaorang download lagu tu masuk dalam cd tak sampai abis..Boleh pulak lagu tu main cuma sekerat je..Sian kat zarif dan kawan-kawan..Punyelah penat dan beria zarif ni dok berlatih kat rumah..Seminggu tu asik bercerita pasal persembahan yang nak dibuat je..But last-last, buat tu buatlah jugak tapi tak sampai habis..Kiranya berlaku kesilapan teknikal la...


zarif yang sebelah hujung sekali tu yea..ala-ala yang gebu tu..



15.11.11

Sebelum persembahan

Nah, aku bagi nengok gambar-gambar zarif sebelum memulakan persembahan pada hari konvo dia tu. Budak dari PASTI lain semuanya pakai baju sekolah biasa je. Cuma PASTI zarif je beria menukar baju, nampak la sikit colorful tu..Konon-kononnya tema arab la..:)

Gambar ni semua diambil menggunakan hp HTC aku je..Kamera aku dah sampai ajal dia la..Sedih..:(

 zarif dan kawan

 zarif dan adik

 dengan abah dan adik

 nak ada hias-hias kat tangan tu

 cikgu yang bertungkus lumus menyiapkan para pelajar

siap sedia untuk persembahan

Kenapa lesen memandu selalu terabai?

Semalam aku terbaca salah satu status fb kawan aku yang mengatakan lesen memandu dia dah mati 2 minggu lepas. Tiba-tiba tergerak pulak nak nengok lesen sendiri..

Yea, akhirnya aku pun turut buat status yang lebih kurang serupa;


Betul-betul memang tak perasan laa..Dan minggu lepas masa mrhubby kursus selama 3 hari tu, aku pun dengan bangganya boleh drive kereta pergi kerja tanpa rasa apa-apa, malah langsung takde rasa nak check lesen aku tu hidup lagi ke atau dah mati..

Dan part paling best, bila mrhubby balas balik status aku kat fb semalam;


Erm..agaknya kot, pasal selalu duduk kat tempat sebelah driver so rasa macam aku ni tak pernah ada lesen memandu..

Oklah memang ada yang tanya naper tak renew terus, 2 ke 3 tahun? Bukan tak pernah..Pernah je renew 2 tahun terus, tapi still dengan masalah yang sama, tetap terlupa la.. Aku rasa lagi lama aku renew, lagi la aku tak nengok langsung lesen memandu tu kot, hehe..

Orait..lepas ni aku renew la..Tapi nengok dulu la nak renew berapa tahun terus, hehe..Tapi selalu la aku macam ni, padahal tiap hari bukak purse tapi langsung takde keinginan nak nengok lesen memandu..Sian lesen memandu aku tu, memang terabai betul la..

14.11.11

Hari Konvo Zarif

Semalam merupakan Hari Kecemerlangan Sekolah PASTI Kawasan Sri Gading Batu Pahat. Ianya melibatkan 13 sekolah tadika PASTI. Majlis bermula seawal 8 pagi sehinggalah ke jam 2 petang (ikut dalam tentatif mcm gitu la). Yang pastinya jugak sebelum majlis berakhir kitaorang dah balik dulu..hehe..

Tetiba aku rasa sedih pulak sebab zarif dah sampai ke penghujung sekolah tadikanya. Sekejap masa berlalu. Rasanya macam belum puas aku nak sekolahkan dia kat tadika ni, hmm..Hari ni zarif bercuti disebabkan majlis yang berlangsung semalam. Jadi dia punya baki 4 hari untuk beramah mesra dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang ada.

Lepas ni zarif pun belum tentu akan jumpa dengan kawan-kawan yang sama. Haii, nampaknya aku terlepas peluang nak masukkan zarif ke sekolah agama tahfiz, kata kawan-kawan aku semalam, kemasukan untuk darjah 1 tahun depan dah penuh..Aku nak cuba SRAB pulak, kalau boleh lagi laa (aku pun tak sure samaada ujian kelayakan tu dah lepas ke belum). Kalau takde rezeki nak buat camana kan..

dah besar anak ibu ni..:)

11.11.11

Nak jugak..

11.11.11 pada 11:11

Saja nak abadikan tarikh cantik di entry hari ini..:)

Tau..


yang ini adalah makanan tak sihat, tapi duit waktu lunch semalam tinggal 3rm je dalam purse, so nak cari barang less dari 3rm, so dapatlah 2 item ni..huhu..(Air mangga tu saja nak, buat pemanis mulut - mengada..)

But then baru aku recognize la yang aku macam dah tak boleh nak makan maggi dan minum air nescafe (kopi dan seangkatannya) pasal perut aku akan meragam semacam..Mungkinkah faktor umur?? 

Tapi cer citer sapa yang tak penah makan maggi? Budak universiti mana yang tak makan maggi? Ada ke??


10.11.11

"Ibu, ni hangus ke?"

Horeyy! Hari ni hari khamis, rasa cam nak melompat-lompat je hari ni. Sebab partner i balik kursus hari ni..Insyaallah tengahari ni sampai, aiih, melonjak-lonjak rasa hati, mudah-mudahan dia selamat sampai. Kadang kan, aku rasa aku ni tak boleh berdikari ke tanpa dia? Nooooo..bukan tak boleh berdikari you...Boleh je, tapi aku rasa, once dah bersatu dan dah rapat, bila hilang salah satu, kita memang akan rasa lost! Walaupun tempoh tu untuk seketika je..:)

So, aku memang cukup kagum pada ibu-ibu tunggal yang kehilangan pasangan mereka sebab mampu hidup seorang membesarkan anak-anak tanpa seorang lelaki..Kagum tak terhingga..

Oklah back to the topic..Yea, apa yang hangus?

Makanan semalam, tersangatlaaaa simple giler..

Yang hangus tu nampak tu begedil tu? Hahaha..Actually ada banyak dari yang tu, tapi telah dicekut-cekut oleh zarif dan zara yang kelaparan amat sangat. Bila time nak makan nasi tinggal tu jelah untuk kami bertiga..

Habis je goreng begedil tu, zarif berulangkali tanya, "ni hangus ke ibu? ni hangus ke?" Malas aku nak jawab..Dah terang lagi bersuluh kot..Tapi hangus-hangus pun makan jugak, nampak je luar hitam tapi sedap laa..:). Nasib la mrhubby takder kalau tak sian dia nak kena makan hitam-hitam gitu..Nilah rupanya masak bila partner takde di sisi...

Tapi tau tak, dengan makanan beginilah, kitaorang punya berselera makan sampai habis semuanya..:)

 "Ibu, amiklah gambar kita nak makan ni.."
"Ok, ibu amik ni..siap dengan botol kicap JALEN besar kat sebelah tu.."

"Gambar adik pulak ibu.." zara nak jugak gambar
Tapi main-main kan...sabar jelahh..




9.11.11

#Wordless Wednesday 13


Zara lukis menggunakan aplication dalam hp..Dia kata ni lembu yang kena korban, huhu...Ada rupa ke?

Tak lalu nak makan pulak..

Hai..Kembali bekerja pada hari ini. Yeay, hari ni aku jadi ibu yang berdikari, opss, sejak petang semalam. Dengan keadaan diri yang antara sihat dan tak, tapi ku gagahkan juga sebab anak-anak. 

Petang semalam paksa diri, masak la jugak walaupun tinggal 3 beranak je. Masak nasi putih, lauk daging masak sos tiram dan telur rebus je, sayur takde pun, lupa nak beli..Kira halal la makan. Tapi rupanya aku masih tak lalu nak makan lagi, dan zarif pulak rupanya tak berminat dengan daging..So lauk daging semalam tu ada baki dan aku simpan dalam fridge..Entah ye, kenapa eh..Nasi pun ada lebih, karang buat nasi goreng jelah..Ke sebab partner takde so tak lalu nak makan? Haihh..Tapi sebenarnya pun diri ni tak sihat lagi..

Pagi ni hantar zara, dia pun menangis takmo g sekolah..Mau tak nangis, dah sedap duduk rumah lama kan..Kena pulak, abah dia takde, memang la nangis..

Ok, pagi ni have to do lots of works..Waaa..positifkan diri ok, hehe..Sebenarnya kalau boleh nak cepatlah cuti sekolah, aku plan nak bercuti ni..Dah rasa diri ni macam dah tak mampu dah..Ok, sambung nanti yea..



8.11.11

Aku cuti lagi ni..

Selamat kembali bekerja pada semua, kecuali aku, hehe..Masih lagi bercuti hari ni yea korang. Esok baru aku kembali bekerja tau.

Macamana raya haji korang? Ok tak? Semoga semuanya ok saja yea. Aku pun menyambut dengan penuh kesederhanaan, biasa-biasa je. Part yang paling tak best bila zara menyamakan aku dengan salah satu lembu yang nak dikorbankan..Nak tau apa dia cakap? "Abah..lembu tu garang macam ibu kan?" Hai, sabar jelah anak..

Dan hari semalam pulak adalah hari yang paling tak best dan paling lemau aku rasa. Aku muntah-muntah, mungkin sebab perut berangin atau aku makan terlebih ke, so aku muntah-muntah. Sampai ke malam tadi aku rasa lesu dan asik nak terbaring je..~sighh..~ Harap keadaan hari ni makin baik, haraplah..

Dan hari ni, walaupun semua bercuti (aku, mrhubby, dan anak-anak) tapi tetap rasa sedih. Sebabnya tengahari nanti mrhubby dah nak ke Johor Bahru ada kursus 2 hari..aihh, sedih tau. Dan sekali lagi, zarif dan zara kena duduk dengan ibu yang garang ni, hehe..Tak best rasanya bila partner lagi satu takde, huhu..Walaupun untuk 2 hari tapi tetap terasa..

Jadik untuk hari ni, ingat nak mulakan dengan membasuh kain baju yang giler banyak tu..Haraplah cuaca ok yea...Semoga mrhubby selamat pergi dan selamat balik khamis nanti..:)

# Ni stok daging banyak ni, takkan hari-hari nak makan daging je..tak elok tauu..

4.11.11

Tak best la..

Tak best sangat..Tak tau pun nak komen camana. Aku nengok je walaupun dah setengah jam lewat, tapi aku memang rasa tak best pun, huhu. Impak tu takde la, boring..

Part yang best? Ala..takde part yang best pun, walaupun Remy Ishak menang kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem CUN, tapi tetap aku rasa tak best..Bukan tak suka Remy Ishak menang, tapi aku lagi suka kalau Adi Putra ataupun Aaron Aziz menang menerusi filem KL Gangster pasalnya aku rasa karakter diaorang tu lagi kuat kot..Itu pendapat aku je..See, walaupun aku ni peminat tegar Remy Ishak tapi ada masa aku pun rasa orang lain lebih layak dari dia, hehe..Anyway tu rezeki Remy..Congrats yea..

Lain-lain aku takmo komenla..Persembahan yang bagus pun aku tak tau, cuba part Dato' Rahim Razali baca sajak tu memang tersentuh sikitlah..Untuk pengetahuan, aku baca dalam twitter, sajak tu dicipta oleh pengacara Ahmad Fedtri Yahya..

Oklah tu jer..terajin lak nak tulis entry di tengah malam begini..:)

Ketchup = Kicap??

Pagi ni,

Aku : Zarif, ibu tak sempatlah nak masak mihun singapore, ibu cuma bawakkan bekal sosej je yea..

Zarif : Ha oklah, tapi ada sos tak?

Aku : Sos dah abislah..sos cili mcd pun dah abis, yang ada pun cuma yang 'fancy ketchup' tu je..

Mrhubby yang tengah gosok baju menyampuk;

"Amik jelah yang tu bagi zarif, ketchup tu kan sos tomato, awak ingat ketchup tu kicap ke?"

Aku : Oh eh??

Apa masalah aku ni??? Letak dalam otak, KETCHUP - SOS TOMATO..Aku tau, aku tau.. kicap tu SOY SAUCE..Sengal..sengal...

3.11.11

Takut tajam tak?



Kalau masa mula-mula yea, aku memang tak galakkan nak main dengan gunting. Tapi sekarang ni, aku dah tak kisah. Sebenarnya gunting tu tak tajam pun. Gunting khas untuk kanak-kanak pun. Kalau kena kat jari pun takde apa-apa. Ada je jual kat kedai POPULAR dan kedai buku lain. Mahal sikit le kot..

Yelah, budak-budak sekarang kan advance. Nak kata, "Jangan pegang gunting, tajam laa..." Tapi sampai bila nak cakap cam gitu ye tak? Sekurang-kurangnya kita nak bagi budak-budak seusia zara ni berkreativiti dan mengenal alat macam gunting dan seumpamanya. Tapi kena pastikan la yang ianya tak merbahaya dan ada pantauan dari ibu bapa kan?


Awak ni gila ke?

"Abang, sabtu dan ahad ni saya nak kerja overtime yea?" tuturku di suatu petang



"Bila?" tanya mrhubby lembut



"Sabtu dan Ahad nii.." tegasku lagi


"Awak ni gila eh?? Kan orang nak raya haji.." eh..tak pasal-pasal aku kena gila you..huhu



"Raya haji ke? Eh ye ke?"

See..

Kesian kat diri sendiri, serius kalau tak kena sergah dengan mrhubby memang aku rasa raya haji tu lama lagi..Aku memang tak sedar yang nak raya haji minggu ni. Ntah apa yang aku ingat agaknya..Punyalah confident aku memang nak kerja hujung minggu tau. Punya semangat berkobar dari mana ntah datang, sanggup tu sabtu dan ahad nak pergi kerja...

Nampaknya, minggu ni tak dapatlah..Rasanya sabtu depan je kot yang boleh datang pasal 13hb tu pun jadual dah penuh..Aihh..

Penuh untuk 13

Apa yang 13? 13hb November nanti, padahal belum cuti sekolah pun kan..Tapi kad kawin yang aku dan mrhubby terima dah 5 keping hanya pada 13hb..Itu tidak termasuk majlis konvokesyen tadika zarif lagi. Majlis zarif tu dah PASTI la kena datang kan, last tu sekolah tadika termasuk dia buat persembahan lagi..

Dan majlis kawin tu pulak melibatkan kawan-kawan baik, yang sampai sekarang aku dan mrhubby pening kepala nak susun jadual, maklumlah majlis kawin tu bukan dekat-dekat semuanya...Pening, pening..Kenapalah semua nak 13hb?? Macamana pun aku cuba atasi keadaan tu, insyaallah kitaorang akan cuba yang terbaik unless kalau dah tak terdaya mohon maaf jua.. 

Senang kata la, hampir setiap hujung minggu bermula dari 13hb tu akan ada je majlis kawin, memang tak boleh elak la kan, kata cuti sekolah..

Yelah aku dulu pun buat majlis cuti sekolah jugak, dah ngam-ngam hujung tahun, 27 Disember 2003, hehe..Buat cuti sekolah kan senang nak kumpulkan sedara mara. Tapi trend sekarang ni aku rasa, orang dah tak kisah dah, cuti sekolah ke tak, asal hujung minggu je, confirm ada majlis kawin kan?








2.11.11

Masa..masa

Pagi ni aku bangun seawal pagi sebab nak buat roti canai (ala guna yang frozen je la, terer sangat kot aku nak canai sendiri)..Ini permintaan zarif la dari semalam. Ikutkan dia nak kuah kari tapi cam tak sempat je, aku buat sambal tumis ikan bilis, hehe..Tu dia tak tau, aku terus letak dalam bekal dan masuk dalam beg dia..Tunggulah time balik sekolah nanti, mesti dia bebel kat aku..

Erm..lately ni aku rasa masa memang mencemburui aku. Serius, aku rasa aku tak punya banyak masa. Kenapa ye masa? Well, semua orang memang dah diberi 24 jam sehari, samaada cukup atau tidak, kita yang kena uruskan masa dengan bijak kan..Sebagai contoh, dalam tempoh 5-10 minit, sambil update blog sikit, sambil breakfast, sambil minum air. 5-10 minit lagi, sambil bukak bilik bos, sambil fotostat surat, sambil la apa-apa pun..Kiranya sekarang semua pun kena sambil-sambil..Sambil buat semua kerja sambil fikir positif...:)

Ok, so cukup dulu 5 minit update blog ni..Nanti aku sambung dan sambil-sambil lagi yea...





1.11.11

Timun dan kuah rojak

Oklah, ni sebelum letak gambar nak cerita sikit pasal kisah anak dan sayur. Tak tau kenapa budak-budak memang tak suka dengan sayur..Antara dua orang anak aku, zarif memang payah nak suruh makan sayur (ikut sapa tu yang tak suka makan sayur --- larikkkkk)

Tapi zara memang suka sangat sayur..Pelik pulak ikut sapa, rasanya ikut mrhubby dan jugak ikut mak abah aku la (tapi aku memang suka psiko zara - kalau adik makan sayur kulit cantik tau)..Aku suka je sayur tapi aku memilih, tak taulah kenapa eh. Padahal mak abah aku memang pemakan sayur la..Kalau takde sayur memang la diaorang tak boleh makan nasi..

So kenapa tajuk timun? Pasal zara memang peminat tegar timun sebaliknya pulak zarif. Tapi semalam disebabkan ada kuah rojak, tetiba zarif boleh pulak makan timun..



"Abis kalau takde kuah rojak ni tak boleh makan timun ke?" "Kalau letak kuah rojak baru sedap nak makan timun ni ibu.." Hai sabar jelah anak aku sorang ni..(tapi sebenarnya perangai tu sama je cam ibu ni..hehe)

# Hari ni memang tak berapa sempat nak blogwalking..maaf yea, esok kita blogwalk pagi-pagi #

Terima kasih dan aku cuba

Tarikh hari ni cantik kan - 1.11.11, sayang tak jatuh hari sabtu ahad, kalau tak mesti ada jugak orang nak buat majlis kawin..:)

Pertamanya nak say thanks pada mereka-mereka yang sudi komen dan memberi semangat pada post aku sebelum ni. Terima kasih pada yang memahami meskipun aku tak luahkan secara langsung. Jugak terima kasih pada mak yang sanggup call aku dan nak tau situasi sebenar..Yup, mak baca blog aku nih..Itulah pentingnya aku tulis blog ni, supaya mak boleh tau situasi aku yang agak tak stabil ni..:)

Tapi itu semua semalam..Hari ni keadaannya berbeza..

Aku cuba hadapi semua dengan keadaan tenang dan positif. Lagipun aku nak cakap banyak-banyak pun tak guna, pasal aku orang kecik..

Jadik sekarang aku cuma berfikiran positif dan aku akan tempuh saja. Aku tau setiap orang punya masalah yang pelbagai dan menghadapi tekanan yang mungkin jauh lebih teruk dari aku. That's why aku mulakan hari ni dengan fikiran yang bersih, positif dan tenang. Berdoa pada Tuhan supaya dipermudahkan segalanya dalam kehidupan.

Thanks sekali lagi pada kawan-kawan semua. Sekali lagi aku suka ada blog, meskipun tak kenal secara rapat dan tak pernah bersemuka tapi kamu semua memang baik..:)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...