24.11.11

Sale di mana-mana

Serius, sekarang dah mula SALE akhir tahun. Terujanya hati tidak terkata, nak-nak lagi aku rasa shopping dan perempuan bagai isi dengan kuku. Dan salah satu terapi untuk kaum perempuan adalah shopping..Percayalah, :) Wah, mentang-mentang hari ini hari gaji sibuk nak cakap pasal SALE kan..

Macamana nak hilangkan nafsu yang bergelora bila nampak iklan jualan murah di merata tempat? Jugak bila nampak barang-barang favourite contohnya macam kasut dan handbag? Sebenarnya agak susah untuk aku, tapi aku tau aku kena ajar diri..

Sekarang aku kena lebih kawal diri. Aku pergi je shopping complex, pergi je belek2 kasut dan beg yang aku suka tapi tak beli pun, memang lah teruja nak beli, tapi aku tau itu semua nafsu je. Kalau betul-betul aku perlukan, barulah aku akan beli.

Lagi satu memikirkan zarif pun nak sekolah darjah satu tahun depan jadi aku kena berjimat dan lebihkan keperluan untuk dia berbanding diri sendiri..:)

Tapi kalau korang ada kemampuan, tak salah pun beli something untuk diri sendiri kan, asal jangan berbelanja melampaui had.

6 comments:

  1. betul, betul, kena ukur baju di badan sendiri baru berbelanja, kalau tidak sendiri susah...hehe

    huda, bukan semalam ke dah gaji?...:)

    ReplyDelete
  2. setuju..kito layak dapat habuan hasil letih kerjo2 kito..:)

    ReplyDelete
  3. yna pn x blh nak shopping sgt kali nih, saman kena utamakan, huhuhu

    ReplyDelete
  4. time sale ni la nak kena borong sakan nih. kang dah habis, rasa menyesal pulak tak angkut apa yang patut

    ReplyDelete
  5. betul tuh.. soping adalah terapi minda plg berkesankan.. hiks..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...