3.11.11

Penuh untuk 13

Apa yang 13? 13hb November nanti, padahal belum cuti sekolah pun kan..Tapi kad kawin yang aku dan mrhubby terima dah 5 keping hanya pada 13hb..Itu tidak termasuk majlis konvokesyen tadika zarif lagi. Majlis zarif tu dah PASTI la kena datang kan, last tu sekolah tadika termasuk dia buat persembahan lagi..

Dan majlis kawin tu pulak melibatkan kawan-kawan baik, yang sampai sekarang aku dan mrhubby pening kepala nak susun jadual, maklumlah majlis kawin tu bukan dekat-dekat semuanya...Pening, pening..Kenapalah semua nak 13hb?? Macamana pun aku cuba atasi keadaan tu, insyaallah kitaorang akan cuba yang terbaik unless kalau dah tak terdaya mohon maaf jua.. 

Senang kata la, hampir setiap hujung minggu bermula dari 13hb tu akan ada je majlis kawin, memang tak boleh elak la kan, kata cuti sekolah..

Yelah aku dulu pun buat majlis cuti sekolah jugak, dah ngam-ngam hujung tahun, 27 Disember 2003, hehe..Buat cuti sekolah kan senang nak kumpulkan sedara mara. Tapi trend sekarang ni aku rasa, orang dah tak kisah dah, cuti sekolah ke tak, asal hujung minggu je, confirm ada majlis kawin kan?








4 comments:

  1. pergi mana yg boleh huda...

    majlis konvo tu wajib lah kan...

    Abid pun ada majlis tp 14hb...:)

    ReplyDelete
  2. murah rezeki tu namanyer.. ;)
    kena plan betul betul lar timenyer..tapi kami kalau tak sempat..telefon minta maaf je..tak pun kirim kirim ngan kawan kawan lain yang pergi hehehe..

    ReplyDelete
  3. mmg penat nak atur jadual klu dah bertindih mcm tu.. lebih2 lagi bila kita rasa semuanya perlu untuk di hadiri..

    ReplyDelete
  4. Wawawawawa~! Sy tak terima apa2 jemputan g! Hiks~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...