24.12.12

Bila tak dapat makan nasi minyak - Asam Pedas Yati Batu Pahat

Semalam ikutkan ada satu lagi jemputan kawin dan kira jemputan penutup untuk tahun ni. Asalnya nak datang pagi tapi disebabkan ada temujanji dengan orang so kita tunda datang kenduri tu lepas Zohor.

On the way nak ke kenduri tu, hujan turun dengan lebatnya. Sampai kat rumah pengantin pun hujan masih turun dengan lebat ditambah pulak si Zara boleh sedap je tido dalam kereta (dia memang kaki tido). So sangkutlah kitaorang dalam kereta. Nak turun kereta pun tak boleh dan keadaan yang sesak kat rumah pengantin membuatkan kitaorang buat keputusan salam je tuan rumah (mrhubby je yang pergi salam). 

Makanya bila dah tak dapat makan tu, diteruskanlah misi mencari restoran untuk isi perut, hehe. Masa tu dah pukul 3 lebih petang (still tak lunch yea).

Tapi kitaorang dah aim restoran ni sejak ia baru dibuka so adalah reason nak makan kat sini semalam;

 Lokasinya berdepan Sekolah Convent Batu Pahat

Muka senyum menahan lapar, hehe

Yeayy makanan dah sampai...

Ok jom nengok apa yang kitaorang makan;

 Aku punya jus oren

Zara punya teh o ais limau

Mrhubby minum jus asam boi dan Zarif pilih jus epal. Ada je nasi beriani kat sini tapi taknaklah makan. Since nama kedai pun asam pedas, jom kita makan asam pedas.

 Favourite kitaorang pastinya asam pedas ikan pari

 Telur dadar juga

 Mrhubby nak tambah begedil

 Sambal goreng favourite mrhubby

Zarif nak makan soto ayam je dan dia ada begedil jugak

Kira semalam ni makan merangkap terus sampai malam la..Alhamdulillah kenyang. Servis dari restoran ni pun bagus dan haraplah ia akan diteruskan sampai bila-bila. Yang pasti asam pedasnya sedap di tekak aku (tak taulah kot aku lapar sangat ke, hehe), tapi memang sedapp..

Dekorasi kedai pun simple, cantik dan kemas dan paling best semua pekerja dia pakai pakaian seragam macam ala-ala waiter gitu (tak sempat nak snap gambar).

Harga?


Pada pendapat aku harganya sangat berpatutan dengan servis dan kualiti yang diberikan. Lagi satu kuantiti nasi pun agak banyak dan aku boleh makan dua orang dengan Zara tanpa mintak tambah lagi. Mrhubby siap paksa diri makan nasi tu sampai habis sebab dia rasa nasi tu banyak sangat..:) Jus air pun banyak sampai mrhubby dan Zara kena tapau bawak balik.

Lain orang lain pandangan tentang harga kan? Lepas ni nak bawak mak abah makan kat sini pulak.



15 comments:

  1. Kakak pernah makan tengahari di sini Huda. Asam pedas dia sedap kan. Boleh pilih ikan lagi. Kakak siap bungkus sebab nak buat makan malam.

    ReplyDelete
  2. Mak ai..begedil mahal btl..unik tgk gelas depa

    ReplyDelete
  3. mcm best jea tempat ni.mkan dia pun nampak cam sedap jea :)

    ReplyDelete
  4. dya lm try lagik..walupun dok batu pahat..coming soon insyallah..

    ReplyDelete
  5. gelas dia lain... tapi saya suka...

    ReplyDelete
  6. Asam Pedas Pari tu cuma RM5.50? Murah la tuuu!

    ReplyDelete
  7. huda...nasib baik kita tak bertembung semalam. konon2 nak singgah situ juga utk lunch dlm pukul 2 lebih tapi tak jadi. sudahnya kami makan nasi ayam kat nasi ayam gemas dekat ngan c4 tu...

    kalau huda kata asam pedasnya sedap... bolehlah kitorg try pulak bila2 nanti...

    ReplyDelete
  8. murah lah juga kan ... puas hati kalau sedap kan dik

    asam pedas tuu akak baru masak semalam .. sedapp yumx3 ...
    begedil tuu bila tgk , terliur lak akak nie .. ekeke
    dah lama x makan sebenarnya .. ;)

    ps : akak ada cuba .. cuma x banyak lah .. ingat nanti nak cuba lagi man2 tempat yg tahu macam mana nak atasi batu karang ayah tuu ..huhu

    ReplyDelete
  9. ehhh nampak sedap sangat and murah pulak tu. :)

    ReplyDelete
  10. sedapnyer. asam pedas mmg febret lya..mmg bertambah la kalo ade asam pedas..

    ReplyDelete
  11. Tengok harga & makanan tu kira berpatutanlah. Tapi bagi akaklah, harga tu tak kisah sgt, yang penting makanannya menyelerakan..

    Salam kenal drp akak.. #290

    ReplyDelete
  12. akak pun dah singgah makan di sini, tp kami kurang suka asam pedas dia hari tu. Macam terlebih masam je, but begedil dia mmg sedap kan. Dan suka gelas dia yg unik sikit tu...tak terhabis minum...huhu.

    ReplyDelete
  13. Thank you for sharing... memang terbaik assam pedas batu pahat

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...