Ni kat ladang ternakan
Ok, aku dan adik aku keluar seawal pagi ke MAHA 2012 hari Sabtu lepas. Gigih ye aku walaupun tengah mengandung ni..Bukan dekat parking tu, kena jalan kaki lagi tapi kita exercise, demi anak-anak, kena enjoyyy! Target utama memang nak ke ladang ternakan la (eh dari tempat parking nak ke ladang ternakan tu aku naik tram, gile la kalau jalan kaki). Puas betul dapat nengok lembu-lembu baka yang saiznya besar-besar, kalau dapat buat korban sedap tu, hehe.
Nak naik tram tu pun bukan main lagi bersesak ko..Berebut semua orang kalau boleh takmo bagi tempat duduk kat orang lain. Peluh jangan cakaplah, bukan setakat menitik peluh tapi dah memang mandi peluh laa..
Kat bahagian pokok-pokok
Ok masa ni Zara dah tido. Mrhubby kena la dukung dia sambil naik tram. Lepas nengok kucing-kucing yang comel Zara memang dah tak larat sangat. Silap kitaorang tak bawak stroller dia. Tapi kalau bawak pun leceh gak ler, nak mengangkut stroller naik tram dengan penuh orang lagi, so dukung paling senang, exercise ye bang..:)
Before that Zara dok berzikir "haus, haus...penat..penat..panas..panas.." Zara ni kira kategori puteri lilin cam aku, tak boleh panas-panas plus cepat penat lagi, hehe. So kalau dia memang nak tido, dia akan tido tak kiralah apa keadaannya waktu tu (macam aku jugak kaki tido).
Si anak rusa..:)
Last sekali makan ler, nengok Zarif beria bagai pakai topi koboi..
Time nak makan barulah Zara bangun, tu pun nak berangin gak mula-mula tapi bila nampak air yang berais plus makanan, kira oklah mood dia.
So far aku enjoy ke sini cuma penat..Dan lagi satu memang kagum dengan semangat semua orang yang berpusu-pusu ke sini menyokong MAHA 2012. Aku memang tak larat nak amik gambar, ni jelah gambar yang ada dalam hp aku. Aku takde mood nak membeli atau amik gambar sebab panas dan berpeluh.
seronoknya klau dpt pergi MAHA...
ReplyDeletepenat berjalan tapi kenyang makan...
Kakcik memang tak laratlah nak bersesak2 tu...
ReplyDeletememang gigih ni, dari johor datang... hehe, tak pe ibu rajin n bersemangat nanti ank pun akan ikut sama perangai baik ni. seronok nampaknya tu... sy yang dekat pun tak pergi, memikirkan cuaca panas hujan takut anak kecik demam lak..
ReplyDeletemalas bab parking tu...adoi la...
ReplyDeletePM tak berapa suka ke tempat2 mcm tuh sebab panas...dah la den nih copek berpeluh...huhu
ReplyDeletesyoknya kalau dapat pergi MAHA. nmpknya kena tunggu zayyan besar dulu baru boleh pergi tmpt2 yg sesak2 camni...
ReplyDeletesalam kak huda.
ReplyDeletecane la akak blh terjumpa blog kita hehe.. lps hbs study lost contact dgn kwn2 kolej ada la sekerat dua yg msh aktif dlm fb.
Kalau dekat, tentu saya dah pergi juga..
ReplyDeleteRamai sudah berkunjung, saya jer yang tak berapa rajin. Bila dah panas dan parking jauh ni, fikir 2,3 kali juga nak pegi.
ReplyDeleteSorry..MAHA ni bukan banyak makanan ke babe?..tatau lak ada binatang jugeee...
ReplyDeleteSemua ada la, produk makanan, kesihatan, pokok2, binatang lagi, hehe
Delete