30.4.13

Baru update | Kisah check up

Maaf sebab baru sempat jengah ke blog sekarang ni. Sibuk yang amat sejak minggu lepas, ada jugak aku ke blog kawan-kawan tapi tak sempat tinggal jejak cuma baca mana yang sempat je.

Ahad sempat buat scan 4D kat Hospital Pantai dekat dengan rumah parents aku. Alhamdulillah keadaan baby semua ok, dah tak breech lagi kepala baby pun dah turun ke bawah so ada harapan nak bersalin normal (Think positive!!!) Lepas tu tak dapat nak capture gambar baby sebab tangan dia menghalang muka dari diambil gambar, huhu. Kata dr, kalau amik gambar tu pun nampak gelap je so rugi la kan..Oklah, nak buat camana kan, redha jelah..

Semalam checkup kat Klinik Kesihatan Kerajaan la pulak, ajak mrhubby temankan aku. Yea aku paksa dia cuti, hehe. Biasalah ibu mengandung nak bermanja-manja..So semua pun ok, dan nasib baik takde kena minum air gula lagi, haha lega sangat. Bacaan Hb 13.9 dan berat badan 62.6 kg..Oh yea masa scan kat Hospital Pantai tu dr kata berat baby sekarang dah 2.5 kg..Hmmm, ada lebih kurang 4-5 minggu lagi ni rasanya boleh jejak ke 2.9 kg - 3.0 kg kot, lebih kurang berat abang dan kakaknya la ni..:)

Jumpa kawan-kawan ramai yang tanya;

"Bila nak bersalin ni?" 
"Tak lama lagi ke?" 
"Macam tak lama je ni.." 
"Perut macam dah turun ke bawah.."
"Lagi seminggu ke?"

Aihhhh, seram ok..Sabar ye semua..Ikutkan due aku adalah pada 9/6/2013. Tapi tak taulah kalau nak terkeluar awal ke terlambat ke so redha je. Ikutkan mrhubby, dia nak aku bersalin time cuti sekolah nanti. Cuti sekolah adalah pada 25/5/2013 hingga 09/06/2013. Kalau ikutkan tarikh due aku tu, adalah hari akhir cuti sekolah.

Mrhubby rela aku bersalin waktu cuti sekolah dan dia tak kisah rugi cuti 7 hari bila isteri bersalin tu. Yang penting aku bersalin cuti sekolah, hehe. Tapi tak tau lah kan, aku ni ok je la cuti sekolah ke atau pun tak..Nengok la camana semua pun bergantung pada baby dalam perut ni nanti..Sekarang semua pergerakan dah terbatas dan serba serbi lambat je...:)


 


26.4.13

Terpengaruh - Sebenarnya Saya Isteri Dia

Terpengaruh lagi..Mudah betul hati ni dipengaruhi.

Sebenarnya dah tau lama pasal novel ni tapi tak pernah amik port. Dan bila drama ni ditayangkan kat tv lagi la aku tak follow sangat sampailah minggu lepas entah kenapa boleh terpaku bila nengok drama ni. Rasanya lakonan Izzue Islam dan Tiz Zaqyah yang selamba buat aku bertahan untuk nengok drama ni sampai abis sekaligus mendorong aku untuk beli novelnya, hehe.


Novel yang sangat tebal entah bila agaknya boleh habis yea, kalau sehari baca 10 muka surat agak-agak sempat habis tak sebelum aku bersalin? :) Aku cuba habiskan secepat mungkin, yeaa..

So jangan lupa malam ni - Jumaat, 9.00 malam di TV3. Haraplah malam ni ada dramanya, maklumlah nak dekat-dekat pilihanraya ni kan, asal pukul 9.00 malam je semua pun rancangan politik je.

25.4.13

Nak marah & baling pen

Pagi tadi sebelum hantar Zara ke sekolah saja berbual santai dengan dia;

Aku : Nanti dah besar adik nak jadik apa?
Zara : Adik nak jadik cikgu..

Aku : Ala..janganlah jadik cikgu, jadiklah usahawan..
Zara : Taknak..adik nak jadik cikgu jugak.

Aku : Kenapa nak jadik cikgu?
Zara : Sebab adik boleh ajar orang (means budak-budak la tu) lepas tu kalau diaorang buat salah adik boleh marah-marah diaorang.

Aku : Eih tak baiknya nak marah-marah, ni sapa ajar jadik cikgu nak marah-marah ni?
Zara : Yelah kalau diaorang tak dengar cakap adik ke nanti adik boleh baling pen...
Aku : Ha? Baling pen?? ........

Korang nengok, belum besar lagi cita-cita cikgu dah disalahertikan, ada hati nak marah-marah dengan baling pen lagi tu, hai anak la anak...Tapi aku nak dia jadik usahawan, hehe. Kalau dari kecik ni memang nampak sangat la dia selalu berangan dan lebih terarah kepada nak jadik cikgu..

Apapun aku tak kisah dengan cita-cita anak-anak, yang penting jadiklah insan berguna kepada semua yea sayang!



24.4.13

Pengat oh pengat...

Ok, malam tadi nengok Masterchef Selebriti nengok peserta-peserta yang kena masuk pusingan penyingkiran diminta memasak pengat. Yea pengat ok.. Tak kisahlah pengat apa pun diaorang boleh masak.

Aku boleh makan pengat tapi dari belum kawin sampai lah mengandung anak ketiga ni belum pernah lagi aku masak pengat tau. So boleh dikatakan agak terliur jugak la nengok peserta-peserta ni masak pengat walaupun tak tau diaorang masak tu sedap ke tidak.


Tapi dalam banyak-banyak pengat yang diaorang masak semalam tu, pengat yang Keroz masak menyebabkan dia tersingkir..Dah takde rezeki nak buat camana kan. Aku terliur kat pengat si Afiq tu buat - Pengat Romantik (Pisang + Nangka).

Tapi kebanyakannya semalam semua gagal kat sagu. Diaorang campur sagu dalam pengat tu tapi chef komen kebanyakan sagu kurang masak. Actually camana nak bagi sagu tu masak betul? Memang kena rebus lama ke??

So aku nak cabar diri laa, nak buat pengat pisang..Nak kena google resipi pengat pisang ni, malu je kalau tak reti buat kan. Yang pastinya abah aku sendiri pandai masak pengat, aku pandai nengok je, huhu...

Kalau korang ada idea pasal masak pengat ni silalah share yea..Kalau nak buat pengat pisang, pisang apa yang bagus?? 






23.4.13

Cerita Zarif la pulak..

Cerita 1

Dah lepas ujian sekolah agama beberapa minggu lepas, alhamdulillah keputusan agak memuaskan. Lagi la kalau nengok dia belajar macam main-main je kan. Bila tanya memanjang jawapannya senang la, boleh laa..Katanya dapat no. 6. Bila aku tanya, "Dapat no. 6 je?" Dia jawab --- "Cikgu kata nombor tak penting la ibu, yang penting markahnya jer.."  Yelaaahh...

Cerita 2

Dah grading taekwando dua minggu lepas untuk ke tali pinggang hijau. Alhamdulillah lulus juga. Ni pun satu hal jugak, asiklah dia cakap nak berenti taekwando tapi baik aku dan mrhubby malas nak layan permintaan dia tu. Dahlah taekwando seminggu sekali dalam sejam setengah je, itu pun malas nak pegi. Ikutkan hajat mrhubby tu tinggi biar dia dapat tali pinggang hitam terus..Kalau dok rumah, asiklah nak nengok tv dan main game je..Biar weekend terisi dengan aktiviti yang berfaedah.

Cerita 3

Katanya sekarang nak kuruskan badan, kata dia laaa..

Zarif : Ibu kita takmo bawak bekal hari-hari tapi gilir-gilir yea..
Aku   : Ok..
Zarif : Isnin tak yah bawak bekal, Selasa bawak, Rabu tak bawak, Khamis bawak, Jumaat tak bawak..
Aku   : Oh macam tu ke?
Zarif : Eh kejap..kalau macam tu cuma 2 kali je ke kita bawak bekal?

Alahai Zarif, kelakar pun yea gak. Niat nak menguruskan badan tu ada, tapi siap kira hari yang dia boleh bawak bekal cuma dua kali je, hehe. Takpelah, makan je lah janji ada tenaga dan aktif hari-hari..






22.4.13

Jom nengok Masterchef Selebriti 2

Nengok Masterchef Selebriti 2 yang dah mula ditayangkan kat Astro hari Sabtu lepas? Para peserta yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak dan pengarah adalah seperti berikut;


Lepas ni mulalah rutin aku tiap malam dok mengadap rancangan ni buat hiburan sambil nengok kebolehan dan kemahiran selebriti ni memasak.

Biasalah kalau dah nama Astro tu kalau takde drama memang tak best..Tapi baru mula ni tak ketara lagi, tunggulah episod-episod akan datang. Semalam je dah mula satu penyingkiran bila Yasin Senario dah terkeluar. Dia ni memang lawak. Tak taulah bila dia masak tu memang dia tau memasak ke tak sebab muka dia memang selamba dan macam orang lalok tengah memasak tau.

Ni gaya dia memasak semalam semasa di pusingan penyingkiran


Ni pulak resipi yang menyebabkan dia tersingkir - IKAN GORENG BERAT SEBELAH
Tajuk resipi memang kelakar, hehe
 
Masa episod pertama nama resipi dia  - PASTA TAK PASTI (tapi takde gambar la pulak..) Dia bagi nama resipi semua kelakar-kelakar tapi dah terkeluar..So dah kurang la pelawak dalam Masterchef ni. 

So kita tunggulah episod seterusnya dalam Masterchef Selebriti ni yea..Adakah lebih baik dari Masterchef Selebriti 1 dan adakah artis yang mampu menandingi kebolehan Dato Fazley yang menjuarai Masterchef Selebriti 1?? Tungguuu...

Sumber gambar : Google & Facebook Masterchef Malaysia






Apa Gwiyomi tu?

Selamat Hari Isnin untuk semua, kerja molek-molek yea..Aku belum start kerja lagi dah mula ngantuk ni, huhu.

Ok-ok..Korang tau tak apa ke Gwiyomi tu? Aku ada nengok kat fb orang dok sibuk share pasal gwiyomi ni so aku nak gak tau apa ke benda alah ni..Sekali bila dah nengok terlekat la pulak lagu tu kat otak aku ni, haihhhh, tak suka ok.

Menurut wikipedia gwiyomi tu maksudnya;

The Gwiyomi Song, or Kwiyomi Song (귀요미 송), is a K-pop single by South Korean singer Hari and was released on February 18, 2013. It was inspired by a gesture from a member of a South Korean boy group, BtoB named Jung Ilhoon. The gesture is called 'Gwiyomi Player', which became an Internet meme in October 2012 followed by its first appearance on a South Korean variety show under SBS MTV named MTV Diary. The gesture has also inspired many Asian netizens to upload their own versions onto the internet.

Ok serius aku memang tak amik port langsung pasal drama Korea, penyanyi Korea, KPOP ke apa ke, memang tak amik port langsung, apatah lagi la benda alah gwiyomi ni.. Entah kenapa memang tak minat laaa..So memang tak boleh geng dengan korang yang fanatik dengan artis or drama Korea..Suppose mrhubby bersyukur dapat aku, hehe..

So antara video gwiyomi yang orang dok share tu adalah ini;


Ok nasiblah dia budak so bolehlah nengok, cuba kalau dah besar-besar dan buat benda alah gini pastu buat muka-muka comel, alahaiiii..Macam-macam kan sekarang ni.

Ini pulak lirik gwiyomi dengan English translation..





19.4.13

Dah besar kamu yea..

Salam Jumaat untuk semua. Ok, ini gambar repost dari Instagram dan Fb. Ni untuk tatapan mak abah aku. Yelah diaorang takde akaun Instagram mahupun Fb. Tapi mak baca blog aku, so gambar ni khas untuk tatapan mak..:) Zara masam takmo senyum sebab senyuman dia mahal, hehehe...


Baby aku dah besar laa..Cam tak caya je bila nengok gambar ni banyak kali. Memang selalu sangat aku rasa baru lahirkan dia, tapi dia dah besar..Tak caya..tak caya..

Nanti nak cari gambar Zarif yang lama dengan gambar Zara ni dan nak frame kan..So sweet nengok anak ibu abah dah besar. Harap mereka berdua akan jadi anak yang soleh dan solehah, Amin..

18.4.13

Jom Instagram - Huda8379


Semua pakai smartphone kan? Mesti ada Instagram jugak kan..:) Meh kita follow..

32 minggu sudah...

Sekarang aku dah 32 minggu means 8 bulan la. Kejap je kan masa, seram ok. Lebih kurang 7 minggu lagi aku akan bersalin (berdasarkan pengalaman melahirkan sebelum ni, semuanya dalam 39 minggu gitu). Seram..seram..Mimpi pun dah bukan-bukan je, siap ada mimpi dah masuk ke labour room lagi, huhu..

Anak dalam perut ni pun semakin aktif bergerak dan menendang ke sana sini. Memang teruja bila nengok perut bergerak-gerak, semua pun atas kuasa Tuhan jua. Harap semua akan dipermudahkan bila menjelang harinya. Korang pun doakan sekali yea.

Persiapan? Hmm, hari tu baru up sikit entry pasal persiapan kan. Aku pun tak tau nak tulis persiapan apa lagi ek. Maklumlah dah anak ketiga kan, lainlah kalau anak pertama..Nengok persiapan adik aku (mengandung sama dengan aku beza lebih kurang dua minggu) bukan main lagi. Yelah anak pertama kan..Mestilah teruja macam aku dulu time nak lahirkan Zarif.

Cuma kali ni aku lebih rileks walaupun beza lebih kurang 5 tahun dengan Zara, asal  nak beli-beli je aku rasa cam "eh takyahlah, nanti bukan guna sangat pun.." Lagipun kalau tak cukup, dalam pantang nanti aku beli online jelah, hehe..

Yang penting sekarang adalah breastpump, produk lepas pantang (Tanamera) dan keinginan aku yang nak stroller baru. Mula-mula ingat nak beli jenis Quinny Zap (memang cun) tapi setelah difikir-fikir dengan waras takpelah, aku nak beli la stroller jenis lain (yang penting murah sikit dari Quinny Zap)..So setelah survey rasanya brand Sweet Cherry (SCR6) yang jadi pilihan..:) 

Kaler merah ni memang cun laaa..:) Tak sabarnya nak nengok baby lahir, nama pun aku dah standby, nanti baru bagitau kat mrhubby dan anak-anak untuk approval, hehe..






17.4.13

Wordless Wednesday - Macam ni lah mereka

Macam ni lah keadaan mereka setiap malam di hari sekolah..Mesti tido awal, kadang belum pukul 9 dah tido pun. Nak berbual pun tak puas..Zara lagi la kadang balik sekolah je dari dalam kereta dah tertido, terus ke esok paginya..Kalau nak dengar Zara aktif dan banyak cakap memang hujung minggu jelah, huhu..

Gambar repost dari Instagram


Yeahh JDT menang!!

Malam tadi dapat tido dengan lena dan gembira..Sebab apa?? Sebab JDT kalahkan pasukan Selangor tuuu (jangan marah fans Selangor).

Tapi hakikat sebenarnya masa perlawanan malam tadi antara JDT dan Selangor untuk Piala FA aku memang tak yakin sangat..

Status awal di fb aku - Memang aku tak yakin sangat bila Selangor mula score 1

 
Yeaa, status aku lepas JDT dah mula score 2


Aku ni bukanlah fanatik sangat bola tapi bila mrhubby nengok so terpaksa la jugak layan,nasib baik menang.. JDT layak ke separuh akhir Piala FA dengan penalti 4-2 (setelah terikat dengan aggregat 3-3).

Nunez - pemain import JDT baru

16.4.13

Lock Channel Kartun di Astro Beyond

Semalam cerita pasal gajet, yang ni pulak pasal TV..Aku memanglah pelanggan Astro pastinya channel kartun ada dalam list sebab aku amik pakej Super Pack.

Masalah utama bila Zarif terutamanya dok sedap mengadap tv channel kartun (tak semua channel pun dia nengok, ada beberapa je) bila ada masa senggang. Contoh masa senggang tu, tengah tunggu bersiap nak pergi sekolah pagi, bersiap nak ke sekolah agama dan balik dari mengaji. Senang kata bila ada masa senggang la, sekejap pun takpe janji boleh layan kartun.

Lama-lama aku macam dah tak tahan la pulak. Nak buang terus macam rasa kesian so aku nak lock je channel tu. Sebenarnya dah lama pun berniat nak lock channel ni tapi tak terbuat-buat sampai dah pakai Beyond baru sibuk nak lock..So semalam aku lunaskan niat yang tertunggak tu...Hahahahaha (gelak jahat) sungguh aku puas hati!


Habis dah semua channel kartun aku lock! Password aku dengan mrhubby je tau. Ada waktu aku akan bukak channel kartun ni dan pastinya bukan masa hari sekolah..Yelah kan, kadang jadik parents ni memang kena tegas kalau tak budak-budak ni memang naik lemak laa..

Malam memang diaorang tak layan kartun pun sebab malam memang khas untuk aku dan mrhubby so diaorang tak kacau tapi bila waktu senggang dia (Zarif) dok layan kartun sampai nak bersiap ke sekolah pun sambil lewa dan lambat je tu yang buat aku nak terus lock je..

Pagi ni pun semua lemau je kena layan channel OASIS (aku memang suka bukak OASIS pagi-pagi). Kesimpulannya takde tab, PSP mahupun kartun minggu ini dan minggu seterusnya, hehehe....

Oh ye kalau korang nak tau macamana cara nak lock channel kat Astro Beyond boleh rujuk kat sini..


15.4.13

Ingatan untuk ibu bapa & Anak yang suka gajet

This is so true. Zaman ni kan zaman gajet. Aku memang pantang time makan atau time sekolah Zarif memang sibuk nak main tab atau PSP. Kalau Zara ni tak heran sangat gajet-gajet ni sebab dia lebih suka dengan dunia dia sendiri.

Yea la aku pun sama gak..Tapi biasanya kalau time makan (nengok mood dan tempat), aku cuma amik gambar je lain dari tu aku memang simpan hp sebab tak kuasa la nak main hp, layan anak lagi bagus kan..:)

So kena disiplin dan tegas!




Makan ubat

Haraplah hari ni tak jadik lazy or Monday Blues untuk aku..:)  Dan weekend yang baru lepas ni rasanya aku happy sangat sebab mrhubby tak kerja dan kitaorang dapat buat aktiviti keluarga bersama-sama (kemas rumahlah apa  lagi kan..)

Cuma tak best sikit dak kecik Zara cam kurang sihat sikit (dari minggu lepas lagi). Dapat pakej batuk dan selsema (mujur tak demam sangat). Cuma bagusnya dia ni kuat semangat sikit, tak sihat pun masih gigih nak pergi sekolah. Pergi klinik Rabu lepas dapat 4 ubat dari doktor (demam, antibiotik, batuk & selsema).

Tapi nak bagi dia makan ubat memang bercinta la kan..Suka tak suka memang kena telan jugak laa, dengan aku memang takde kompromi, haha..

Sampai nak nangis-nangis kena makan ubat, tapi habis gak semuanya

Sebab dia selsema lepas tu asik bising kata hidung tersumbat la apalah, dia request nak beli pelekat hidung la pulak untuk redakan rasa hidung tersumbat tu..

Mengada kan dia ni?

Benda yang tampal kat hidung tu namanya Nasal Strips (Breathe Right Kids) macam gambar kat bawah ni;


Fungsi dia lebih kepada membuka laluan hidung untuk menyenangkan pernafasan dan melegakan kesesakan hidung. Untuk orang dewasa pun ada jugak. Tapi aku tak pernah pakai pun so nak buat review pun tak tau..

Lepas Zara pakai benda alah ni je, dia bagitau - "Oklah ibu, kita dah boleh bernafas dah.." - Hmm, psiko je tu..:) Aku beli ni kat Guardian je, harga dalam RM11 lebih kot.

Ok, mintak maaf kalau aku tak dapat nak blogwalk pagi ni sebab start hari ni kat tempat kerja aku dah berkuatkuasa sekat penggunaan media sosial dari 8 pagi - 1 petang. Lepas dari waktu tu dah boleh guna kot..Entry ni pun aku auto update dari rumah tau. 

Mujur juga ada smartphone :)










11.4.13

Menang Naib Johan

Yeehaaa dah hari Khamis laa..Esok dah Jumaat lepas tu free, macam lah nak ke mana padahal nak dok rumah je pun, hehe.

Ok tak sangka la Zara dapat Naib Johan masuk pertandingan perah span dalam botol masa Hari Sukan PASTI Ahad lepas..:) Baca entry Sukan PASTI Zara.


Tak sia-sia pergi hari tu temankan Zara. Yelah dalam pada tak larat tapi aku gigihkan demi anak tersayang..Tahniah Zara!!




10.4.13

Bekal makanan & Kecik hati

Sejak Zarif mula bersekolah rendah memang tak pernah putus aku bawakkan dia bekal makanan (kalau tak sempat buat atau masak, aku akan beli je) tapi bekal mesti ada..

Alih-alih semalam boleh cakap takmo bawak bekal..Korang fikir apa aku rasa?

Mestilah aku kecik hati kan, aku pun tanya "Kenapa Yip takmo bawak bekal?"

Dia cuma geleng je dan bagitau, "Kita nak bawak botol air je.."

Sedihnya hati ni. Dalam hati tertanya jugak, tak sedap ke bekal yang selalu aku bawakkan? Ke dia dah mula malu bawak bekal? Ke ramai sangat yang mintak bekal makanan dia? Macam-macam dalam kepala otak aku ni..

Akhirnya memang dia tak bawak bekal makan pun semalam kecuali bekal air. Dan aku terlupa pulak nak bagi duit untuk backup incase dia lapar ke apa ke..

Balik semalam dia nampak macam ok je dan aku pun takdelah tanya apa-apa kat dia. 

Pagi ni, aku tanya lagi, "Yip nak bawak bekal tak?" Mula-mula dia geleng kepala, tapi muka macam kelat semacam je.

Lastly aku cakap, "Bawak bekal je lah yea, nanti kita beli nasi lemak ok.." Dan dia angguk..Wah aku pulak yang happy bila dia nak bawak bekal..:)

Aku tau dia makin besar, tak taulah kot dia malu ke apa kan..Tapi ramai je kawan-kawan dia yang bawak bekal jugak sebab diaorang takmo beratur kat kantin sebab ramai orang dan tak cukup masa nak makan.

Dan aku rasa makanan yang aku bagi kat dia jauh lebih sedap dan banyak dari dia beli kat kantin tau. Tapi sampai satu masa nanti aku kena terima hakikat yang dia takkan bawak bekal lagi ke sekolah..:(


9.4.13

Bermacam gaya

 Gambar repost dari Instagram

Gaya terkini last week

 Ni dua tahun lepas punya gambar

Ni pun gambar dua tahun lepas jugak dan pernah menang pertandingan no. 3 gaya baby tido

Ni pun gambar lama tapi ni memang fav gaya dia masa tido sampailah sekarang

Kena up kan Hb | Kira gerakan baby

Semalam pergi check up kat Klinik Kesihatan. Bacaan Hb adalah 11.0, ok tu ok tapi borderline. So kena makan makanan yang mengandungi zat besi macam ikan bilis, ikan, daging, kangkung, bayam, hati, jambu batu, betik dan lain-lain..

Yelah, yelah lepas ni cuba nak up kan lagi bacaan Hb ni lagi-lagi aku dah 31 minggu. Semalam bila JM (Jururawat Masyarakat) tu check perut dia kata macam baby aku dah pusing means dah tak breech lagi. Tapi aku nak sahkan melalui scan 4D nanti..:) Kalau dah pusing baguslah takyahlah aku nak risau-risau sangat. So far yang lain-lain adalah ok saja.

Sekarang memang kena check up setiap 2 minggu, penat nak ulang alik klinik tapi demi anak dalam perut mesti kena pergi jugak.

Oh yea, by now pun dah kena kira gerakan baby..Aku suka kira tapi malas nak catat dalam buku. Tapi sebab semalam ada check up jadiknya aku pun tick jelah macam ni;


Confident kan cara aku tick tu? Tapi aku memang kira setiap hari dan pastinya kiraan tu memang lebih dari 10 kali pada masa yang ditetapkan.

Cumanya bila JM tanya, "Apasal tak catatkan masa kat ruang hujung ni?" Eh aku macam blur.."Masa apa yang nak tulis kat situ?"

"Kat ruang ni kena catatkan masa akhir gerakan ke 10 baby dalam perut tu" Ohhhhh, ok baru faham. So dari 26/3 hinggalah 6/4 tu aku kena isi masa untuk gerakan ke 10 anak aku ni, terpaksalah hentam saja. Yang aku pasti memang sampai petang gerakan tu dah lebih dari 10 kali. Anak nak masuk 3 pun macam sengal lagi kan, huhu..











8.4.13

Sakit mata

Rasanya sebab faktor umur aku tak berapa teruja sangat nengok rancangan ABPBH malam tadi. Hmmm, kalau dulu-dulu rancangan macam ni tak boleh kalau tak nengok. TAPI kali ni aku macam tak kisah langsung. Walaupun aku dok depan tv tapi takdelah teruja dan beria sangat.

Tambah memualkan bila nengok fesyen artis-artis yang entah apa-apa..Hmm malas nak cakap banyak sebab most of the blog sejak malam tadi pun dah mula buat review pasal rancangan ni. Kadang rasa kesian sangat kat artis-artis ni, mata yang nengok ni pun rasa cukup terseksa..

Tapi takpelah, mungkin pada mata kita tak cantik dan tak selesa tapi pada diaorang itulah yang paling cantik dan selesa sangat.

Overall aku rasa rancangan malam tadi biasa-biasa saja pun, kalau tak, takkanlah aku boleh tertido sambil nengok kan? Hehehe...

Apapun tahniah pada semua para pemenang!!

Zara & Sukan PASTI 2013

Semalam adalah majlis Hari Sukan PASTI sekolah Zara. Ikutkan diri memang tak larat sangat, tapi sebab berkobar nak nengok Zara aku gigihkan diri jugak. Tapi aku bawak 'runner' yang baik hati iaitu adik aku Yana, hehe.

Jom nengok gambar je eh..

 Bersiap dari rumah mak aku
Asalnya baju tu labuh dah macam jubah tapi mak yang baik hati tolong jelujurkan, hehe

 Nasiblah Zara ok saja, maintain sepanjang masa..:)

 Aku memang suruh mrhubby & adik aku Yana dok nengok Zara sebab aku tak larat berdiri
Yelah risau je kot dia pengsan ke apa ke kan..

 See, budak-budak dah start menangis, boring kot dok tunggu tengah padang dengar orang berucap la apa la dengan cuaca yang panas, mujur Zara maintain lagi...

 Most of the time aku memang dok kat sini je lah, tak larat nak berjalan
Ni sebelum Zara main game, isi perut dulu..:)

Beratur sebelum nak mula main game..

 Masa game dah nak mula, aku gigihkan diri berdiri dan nak amik gambar
Matahari masa ni dah tegak di kepala yea, huhu...

Zara lari bukan main laju lagi, takut je dia jatuh tersungkur tapi nasib takde apa-apa

 Tu Zara la yang tengah perah span tu, bukan main pakcik yang tunjuk tanda bagus tu, hehe
Tak sangka Zara boleh main game ni

 Yeay, chaiyok Zara...:)

Sebenarnya aku tak tau sapa yang menang game ni..Habis je game ni, terus aku ajak balik. Kalau menang pun biar cikgu je amikkan hadiah. Yang penting Zara enjoy dan puas dapat main game dengan kawan-kawan dia.

Moment macam ni memang tak boleh dilepaskan dan pastinya ia akan jadi kenangan dalam hidup aku mahupun Zara. Sama jugak macam Zarif main game ni dulu semua pun aku abadikan dalam blog. Hari ni Zara cuti dan dok kat rumah mak aku..

Ha, aku sempat jugak amik video dia..:) Jom follow aku kat keek - missbby





5.4.13

Baby songsang & terbelit tali pusat

Petang semalam aku amik half day sebab nak scan baby. Selalu aku buat scan di KLINIK A, tapi semalam aku nak buat di KLINIK B sebab nak dapatkan pengesahan jantina baby dalam perut ni betul ke girl.

In Sha Allah memang baby dalam perut ni girl, sukalah Zara ada kawan nanti. So aku pun tarik nafas lega dan bolehlah tambah koleksi pinky item lagi, hehe. Tapi masa scan tu dr (lelaki) cakap kat aku yang baby aku ni songsang dan tali pusat terbelit kat leher..Memang tak best la bila dr cakap cam tu kan. Aku dah mula nak gelabah la. Tapi reaksi dr tu macam rileks dan takde apa-apa, hmmm. Aku tanyalah "Serius ke terbelit tali pusat tu dan apa kesannya" --- Walaupun aku dah boleh agak kesan yang buruk. Tapi dr tu macam rileks dan takdelah gelabah macam aku ni. Dia cuma cakap bila checkup kat hospital dan bawak je gambar scan tu. No report at all ataupun referral letter.

So aku pun keluar dari klinik macam agak blur dan speechless..Senang kata tak tenteram la, kalau songsang tu aku ok lagi, tapi bab terbelit tali pusat janganlah main-main, anak boleh mati tau dalam perut ni..So aku cuba tenangkan diri (walaupun hakikatnya tak tenang pun).

Dalam masa yang sama baby gerak macam biasa. So balik dari klinik aku dan mrhubby amik anak-anak balik dari sekolah dan kitaorang makan luar. Tapi aku takde selera pun, cuma minum air je. Aku call member aku nurse kat Klinik Universiti dan mintak pendapat diaorang benda yang aku alami (Siap buat appointment nak jumpa dr petang ni). So dia terangkan la kesan dan lain-lain..

Hmmmm..settle makan-makan semua, aku memang dah tak boleh fokus. Sebelum balik rumah, aku decide nak pergi jumpa dr yang biasa aku scan dan check kat KLINIK A. Aku mintak dr scan kali kedua dan mintak dr tu jelaskan satu persatu.

Aku percaya dr di KLINIK A ni sebab dia ada pengalaman kerja di hospital kerajaan dan dia menerangkan satu persatu tentang keadaan aku. Yelah nengok aku dah gelabah semacam je. Hakikatnya memang sekarang baby aku tengah songsang tapi kita tunggu sampai minggu ke 32 @ 34, samaada baby akan turun tak sebab masa Zara dulu pun macam ni jugak tapi dia turun before sampai waktu.

Yang bab terbelit tali pusat tu, dr kedua ni kata takde pun..Dia cakap keadaan aku ok jer (banyaklah dia jelaskan semalam sampai aku dah terlupa pun.) Tapi apa yang dia terangkan semalam buat aku rasa tenang la. 

Mungkin petang ni aku akan pergi Klinik Universiti dan mintak advice dr situ pulak dan next week aku ada appointment dengan klinik kerajaan macam biasa. So aku akan jelaskan satu persatu, nengoklah samaada dia akan refer aku terus ke Pakar Hospital Batu Pahat. Ataupun aku akan terus scan 4D kat Hospital Pantai next week..

But for the meantime keadaan aku adalah macam biasa dan berjaga-jaga dengan apa je situasi yang akan berlaku. Hakikatnya juga pergerakan baby aku pun macam biasa dan normal je. So aku takmolah serabutkan otak dan akan cuba dapatkan pandangan dari yang pakar dalam bidang ni.

Korang doakan yang terbaik je, in sha allah aku kuat dan positif semuanya akan ok yea..Thanks sebab sudi baca..:)





4.4.13

Kabinet dapur | Puas hati

Ok mood macam dah ok, kerja cam dah settle. Terima kasih pada kawan-kawan semua, korang semua best!! Sekarang meh nengok entry bergambar.

Dah post kat Instagram dulu so ada yang dah tau tapi ni aku repost kat sini pulak. Saja letak gambar dalam blog.

Dah pindah rumah hampir setahun barulah berkemampuan nak ada kabinet dapur, syukur alhamdulillah. Tapi bagusnya buatlah kabinet dapur ni sebelum pindah masuk. Untungnya, sebab dapur aku ada separation. So aku buat kabinet ni  di wet kitchen. Kat dry kitchen masih cam biasa-biasa. Kalau nak buat kabinet di keseluruhan dapur ohhhh banyak ongkos yang diperlukan. So bersyukur dengan apa yang ada sekarang.



Jujurnya memang bersemangat bila ada kabinet baru ni. Teruja nak masak pun yea gak. Yelah kan, rugi je kalau dah melabur duit yang banyak tapi malas nak masak. So kenalah gunakan semaksimum mungkin.

Berapa kos untuk dapur ni? Errrmm jujur cakap walaupun kecik dan tak besar sangat, tapi agak costing, senang kata lebih dari 5K la..Zaman ni mana ada benda murah kan, semua pun mahal belaka, yang penting puas hati..:)





Luahan kosong dari ibu mengandung

Emosi ibu mengandung tak stabil. Adakala rasa tertekan dan penat sangat. Dan adakalanya rasa ok dan happy je. Antara yang aku buat selain dari solat dan ngaji adalah THINK POSITIVE!! ALWAYS POSITIVE!!

Tapi yelah nama pun manusia kan, senang dipengaruh dan dihasut oleh syaitan. Kuatkan iman dan teruskan fikir positif jer. Lagi-lagi dah masuk trimester 3 ni senang sangat nak rasa sensitif, cepat nak marah dan lain-lain.

Oh ye one more thing, aku suka balik rumah mak tiap minggu. Yea, setiap kata-kata dan nasihat mak umpama ubat pada aku.  Harapnya aku boleh tempuh hari-hari yang mendatang dengan rasa tenang yea..

Dahh..aku nak buat kerja ni, serius macam banyak jer. Dok kat ofis pun dah macam tak selesa, rasa macam nak buat kerja sambil baring je, eh boleh ke? Hehehe..

Thanks sudi baca entry luahan ni, jap lagi aku upload entry bergambar ok..:)




3.4.13

Undi tau!!

Ok, Parlimen dah dibubarkan.

5 tahun lepas hari pilihanraya jatuh masa hari lahir aku (8 Mac 2008)..Yea birthday pegi mengundi untuk kali pertama yea ---- Bangga. Bukan tu je, masa tu aku mengandung lagi membawa Zara di dalam perut..:)

Memang tak lupa la detik pertama mengundi tu, bangga, takut dan berdebar semua ada. Now aku tak sabar nak mengundi lagi. 

Kali ni bawak perut jugak, hehe. Agaknya setiap 5 tahun memang nak mengandung je ke? Hahaha. Cuma tak taulah sempat ke tidak. Kalau dapat mengundi sebelum bersalin pun alhamdulillah, lagi bagus. Kalau time mengundi tu aku tengah berpantang, cuba nak datang jugak kalau tak memudaratkan. Rugi tau jadi rakyat Malaysia kalau tak mengundi.

Terima kasih pada kerajaan lalu atas segala nikmat yang diberi sepanjang 5 tahun memerintah. Sentiasa bersyukur atas apa yang diberi..

Undi jangan tak undi!!

* Lepas ni confirm la kat mana-mana havoc dan hot!!

Set tilam kekabu

Ok balik kepada persiapan baby..Mula-mula terfikir nak beli katil baby ke tak eh kat rumah baru ni..Kalau kat umah mak aku dah ada katil baby so takde hal sangat..Ni kat umah sendiri..Fikir punya fikir takyahlah nak beli katil baby, leceh la pulak..Maklumlah rumah kecik, takde space.

Makanya aku decide beli je tilam baby, hehe. Senang citer..

Ni kira unisex la, baby boy or girl pun boleh guna, best sangat..:)


Yup aku beli dari Bantalkabu

Masa Zara, aku beli set tilam yang span jer, tapi cam tak best sebab bila letak Zara kat tilam tu dia macam terperosok ke dalam..So kali ni aku nekad beli yang set tilam kekabu punya. Rasa puas sikit..:) Nampak pun cam selesa je kan.

Kalau g umah mak aku bawak jelah tilam ni dan letak je kat cotbed yang sedia ada tu, senang citer..Kalau korang teringin nak beli set tilam baby kekabu ni boleh la ke www.bantalkabu.com. Ada banyak design yang cantik-cantik..


Ehh, dah tak sabar nak dukung adik eh?...







2.4.13

Takziah............

Dapat tau dari blogger Kakcik yang isteri (Kak Gee) kepada Abil telah meninggal dunia pada jam 9.55 pagi tadi. Bagi yang tak tau kisah mereka (tapi rasanya ramai yang tau kan..) boleh la ke SINI


Moga arwah Kak Gee ditempatkan di kalangan yang beriman. Sesungguhnya besar ganjaran Abang Abil sebab menjaga arwah isterinya dengan penuh setia dan kasih sayang hingga ke akhir hayat. Aku tak mampu nak teruskan tulisan ni lagi sebab sambil taip ni (kebetulan aku tengah dengar lagu TAK ADA YANG ABADI - PETER PAN)..Sedih sangat..:(

Takkan selamanya tanganku mendekapmu
Takkan selamanya raga ini menjagamu
Seperti alunan detak jantungku
Tak bertahan melawan waktu
Semua keindahan yang memudar
Atau cinta yang telah memudar
Reff:
Tak ada yang abadi
Tak ada yang abadi
Tak ada yang abadi
Tak ada yang abadi
Biarkan aku bernafas sejenak
Sebelum hilang
Tak kan selamanya tanganku mendekapmu
Tak kan selamanya raga ini menjagamu
Jiwa yang lama segera pergi
Bersiaplah para pengganti

Panas..panas..

Sekarang ni cuaca bukan main lagi..Petang-petang hujan siap dengan kilat petir lagi tapi hujannya macam di angin lalu gitu..Tak lama pun, kejap aje.

Bagus jugak cuaca panas sebab mudah nak sidai baju dan cepat kering tapi memang tak tahan la sampai ke malam.


Tak cukup dengan aircond, kipas siling tambah lagi dengan kipas berdiri ni..Nengok Zara sampai kena bukak baju sebab cuaca memang panas sangat..

Tempat korang panas jugak kan??? Sampai bila agaknya cuaca panas ni ek? Kalaulah kena berpantang time cuaca panas gini memang mencabar jugak rasanya...


1.4.13

Darah & Personaliti - Suka-suka jer..

Nah aku share ni, aku memang suka bab-bab kaji personaliti ni. Bukanlah nak percaya 100% tapi suka-suka jer. Kadang ada yang kebetulan sama dengan diri kita. Check korang darah apa, nengok cepat sama tak? Hehehe..

Aku darah AB ok - Darah yang best sebab kalau kurang boleh terima dari semua jenis darah..:)




Bila merancang kelahiran...

Bila rancang mengandung lama sangat kan, macam-macam yang terlintas di fikiran. Yelah gap yang dalam perut sekarang dengan Zara senang kata 5 tahun la..Kira jauh la kan jarak tu.

So bila dah masuk trimester 3 (sekarang 7 bulan) lagi la macam-macam yang aku fikir dan bayangkan. Especially keadaan kat labour room nanti. Kadang rasa cam tak sabar nak bersalin tapi mengenangkan  sakitnya contraction dan seterusnya tu buat diri rasa ngeri..

Adakah aku akan bersalin normal cam sebelum ni ataupun caeser?? Ohhh seram bila membayangkan semua tu.

Yelah yang penting sekarang aku cuma mengaji, berdoa dan fikir yang baik serta positif saja. Merancang tu bagus tapi bila dah lama sangat inilah jadinya. Kalau masa gap Zarif ngan Zara dulu takdelah cam ni. Hampir setiap malam boleh dikatakan aku mimpi tapi takdelah mimpi yang bukan-bukan. Semuanya ok-ok je.

Aku harap Tuhan permudahkan semuanya. Nengok kawan-kawan aku yang dah bersalin rasa happy untuk diaorang. In fact Zarif dan Zara memang dah tak sabar sangat lah nak dapat adik..Tak taulah ni yang last ke atau kedua last, hehe...Semua bergantung pada proses kelahiran nanti yea..:)


Hai si ikan pelaga

Hai..salam Isnin yang ceria (mood kena ok yea)..Aku je kot yang ceria pagi ni, yang lain-lain muka lemau semacam je, baik bapaknya sampailah ke anak-anaknya, hehe.

Tapi lemau-lemau pun bersemangat jugak nak ke sekolah..:)

Ok takdelah cerita yang menarik sangat last week sebab takde ke mana pun kecuali menghabiskan masa dok rumah mak dan rehat-rehat saja. Memang best kan dapat rehat, dapat habiskan masa dan berbual dengan family tersayang.

Takpelah takmo bebel banyak nengoklah gambar ni;


Bukan main syiok lagi dia dok menilik ikan pelaga yang atuk dia baru beli. Anak-anak aku memang jakun sikit, kesian kan..Nama je dok kampung tapi jakun hehe. Pantang kalau ada benda-benda baru kat umah mak aku memang itulah yang diaorang akan kejar.

Sebelum ni abah aku ada je bela ikan pelaga gak, ke ikan emas ke, tapi memang tak lama laa..Itupun malam kelmarin aku nengok Zara dah amik kacang lepas tu nak masukkan dan bagi ikan tu..Nasib aku sempat nampak, kalau takkk.....

Kita nengok jelah berapa lama hayat ikan ni eh..:)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...