Haraplah hari ni tak jadik lazy or Monday Blues untuk aku..:) Dan weekend yang baru lepas ni rasanya aku happy sangat sebab mrhubby tak kerja dan kitaorang dapat buat aktiviti keluarga bersama-sama (kemas rumahlah apa lagi kan..)
Cuma tak best sikit dak kecik Zara cam kurang sihat sikit (dari minggu lepas lagi). Dapat pakej batuk dan selsema (mujur tak demam sangat). Cuma bagusnya dia ni kuat semangat sikit, tak sihat pun masih gigih nak pergi sekolah. Pergi klinik Rabu lepas dapat 4 ubat dari doktor (demam, antibiotik, batuk & selsema).
Tapi nak bagi dia makan ubat memang bercinta la kan..Suka tak suka memang kena telan jugak laa, dengan aku memang takde kompromi, haha..
Sampai nak nangis-nangis kena makan ubat, tapi habis gak semuanya
Sebab dia selsema lepas tu asik bising kata hidung tersumbat la apalah, dia request nak beli pelekat hidung la pulak untuk redakan rasa hidung tersumbat tu..
Mengada kan dia ni?
Benda yang tampal kat hidung tu namanya Nasal Strips (Breathe Right Kids) macam gambar kat bawah ni;
Fungsi dia lebih kepada membuka laluan hidung untuk menyenangkan pernafasan dan melegakan kesesakan hidung. Untuk orang dewasa pun ada jugak. Tapi aku tak pernah pakai pun so nak buat review pun tak tau..
Lepas Zara pakai benda alah ni je, dia bagitau - "Oklah ibu, kita dah boleh bernafas dah.." - Hmm, psiko je tu..:) Aku beli ni kat Guardian je, harga dalam RM11 lebih kot.
Ok, mintak maaf kalau aku tak dapat nak blogwalk pagi ni sebab start hari ni kat tempat kerja aku dah berkuatkuasa sekat penggunaan media sosial dari 8 pagi - 1 petang. Lepas dari waktu tu dah boleh guna kot..Entry ni pun aku auto update dari rumah tau.
Mujur juga ada smartphone :)
sedey je muka..kekeke
ReplyDeleteberkesan tak yang letak kat idung tu huda..kalau berkesan, boleh guna utk abg long..selsema skrg ni huhu..
ReplyDeletepsstt dah email awak balik pasal barut tu ;)
comel je zara pakai pelekat hidung tu nok...
ReplyDeletebudak memang susah makan ubat kan.. pakai pelekat hidung ye senang ek hehe.. boleh cuba ni nanti
ReplyDeletesyukur kalau anak-anak senang nak makan ubat...
ReplyDeletecepat sembuh zara.....
Budak kalau jarang demam/sakit biasa susah makan ubat Huda. Kalau yg dah biasa sakit sebab dah selalu makan ubat jadi senang. Harap Zara cepat sembuhnya...
ReplyDeleteGet well soon zara...budak2 mmg payah nak bg makan ubat....boleh beperang laa jadinye hehehehe
ReplyDelete