5.4.13

Baby songsang & terbelit tali pusat

Petang semalam aku amik half day sebab nak scan baby. Selalu aku buat scan di KLINIK A, tapi semalam aku nak buat di KLINIK B sebab nak dapatkan pengesahan jantina baby dalam perut ni betul ke girl.

In Sha Allah memang baby dalam perut ni girl, sukalah Zara ada kawan nanti. So aku pun tarik nafas lega dan bolehlah tambah koleksi pinky item lagi, hehe. Tapi masa scan tu dr (lelaki) cakap kat aku yang baby aku ni songsang dan tali pusat terbelit kat leher..Memang tak best la bila dr cakap cam tu kan. Aku dah mula nak gelabah la. Tapi reaksi dr tu macam rileks dan takde apa-apa, hmmm. Aku tanyalah "Serius ke terbelit tali pusat tu dan apa kesannya" --- Walaupun aku dah boleh agak kesan yang buruk. Tapi dr tu macam rileks dan takdelah gelabah macam aku ni. Dia cuma cakap bila checkup kat hospital dan bawak je gambar scan tu. No report at all ataupun referral letter.

So aku pun keluar dari klinik macam agak blur dan speechless..Senang kata tak tenteram la, kalau songsang tu aku ok lagi, tapi bab terbelit tali pusat janganlah main-main, anak boleh mati tau dalam perut ni..So aku cuba tenangkan diri (walaupun hakikatnya tak tenang pun).

Dalam masa yang sama baby gerak macam biasa. So balik dari klinik aku dan mrhubby amik anak-anak balik dari sekolah dan kitaorang makan luar. Tapi aku takde selera pun, cuma minum air je. Aku call member aku nurse kat Klinik Universiti dan mintak pendapat diaorang benda yang aku alami (Siap buat appointment nak jumpa dr petang ni). So dia terangkan la kesan dan lain-lain..

Hmmmm..settle makan-makan semua, aku memang dah tak boleh fokus. Sebelum balik rumah, aku decide nak pergi jumpa dr yang biasa aku scan dan check kat KLINIK A. Aku mintak dr scan kali kedua dan mintak dr tu jelaskan satu persatu.

Aku percaya dr di KLINIK A ni sebab dia ada pengalaman kerja di hospital kerajaan dan dia menerangkan satu persatu tentang keadaan aku. Yelah nengok aku dah gelabah semacam je. Hakikatnya memang sekarang baby aku tengah songsang tapi kita tunggu sampai minggu ke 32 @ 34, samaada baby akan turun tak sebab masa Zara dulu pun macam ni jugak tapi dia turun before sampai waktu.

Yang bab terbelit tali pusat tu, dr kedua ni kata takde pun..Dia cakap keadaan aku ok jer (banyaklah dia jelaskan semalam sampai aku dah terlupa pun.) Tapi apa yang dia terangkan semalam buat aku rasa tenang la. 

Mungkin petang ni aku akan pergi Klinik Universiti dan mintak advice dr situ pulak dan next week aku ada appointment dengan klinik kerajaan macam biasa. So aku akan jelaskan satu persatu, nengoklah samaada dia akan refer aku terus ke Pakar Hospital Batu Pahat. Ataupun aku akan terus scan 4D kat Hospital Pantai next week..

But for the meantime keadaan aku adalah macam biasa dan berjaga-jaga dengan apa je situasi yang akan berlaku. Hakikatnya juga pergerakan baby aku pun macam biasa dan normal je. So aku takmolah serabutkan otak dan akan cuba dapatkan pandangan dari yang pakar dalam bidang ni.

Korang doakan yang terbaik je, in sha allah aku kuat dan positif semuanya akan ok yea..Thanks sebab sudi baca..:)





16 comments:

  1. InsyaAllah tak de apa2 kot.. jgn stress2 k. tapi sbgai ibu mmg akan rasa macam2..

    ReplyDelete
  2. Jangan panik ye.. semoga semuanya berjalan lancar.. semoga baby selamat dan lahir dengan selamat pada masanya yang ditetapkan nati. banyakkan berdoa ye..

    ReplyDelete
  3. semoga allah mudahkan segala urusan awak..:)

    ReplyDelete
  4. insyaAllah xde pape tu kak...



    kak, nk alamat boleh? nk pos kad ni..

    ReplyDelete
  5. Inshaa Allah, semua dlm keadaan baik. Jgn risau k? Selalu klu keadaan tak bape nak bek, mst doc tu dah suh refer spital awal2. Tp klu die rilek n selamba, means Inshaa Allah semuanya akan ok.

    Jgnlah smpi tak lalu mkn. Baby nak mkn tu....

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah mempermudahkan segalanya buatmu, Dik.

    ReplyDelete
  7. Dulu preggy anak no dua doc kata uri kat bawah tp bila masuk 8 bulan dah ok. Lahir anak no 3 tali pusat terbelit kat leher memang masa tu keluar tak nangis dan pucat dan baby masuk NICU.

    Kadang2 doc perlu lebih perihatin berkenaan hati ibu nih, penjelasan perlu diberikan secara terperinci. Dia doc mungkin faham tp kita org biasa yg tak ada ilmu kedoktoran memang cepat ja susah hati. Apapun lebih baik dptkan pendapat kedua.

    Moga semuanya selamat. Tak sabar nak tengok baby... Akak pulak baru je sebulan lebih miscarriage after 10 years.

    ReplyDelete
  8. Doc klinik B (lelaki) tu cakap mmg relax dan slow je kan. Rasa mungkin bukan terbelit pun, tp berlingkar sikit je kat leher kot...

    Relax ya Huda, kalau doc klinik A kata ok, ok rasanya tu, tp klinik B tu nampak 3D kan, Huda sendiri perasan ke tali pusat di leher baby, doc tu pun mmg cakap slow jadi kurang jelas, akak sampai tanya kuat dan beberapa kali masa scan tu. Tp yang klinik A tu pulak laju sangat sampai kena suruh dia ulang....:)

    Apa pun akak doakan yang terbaik, kalau kat Pantai tu doc perempuan, lebih rasa selesa dengan dia akak rasa. Kalau Huda nak pergi sana ok juga, hopefully everything is fine ya...

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah takde apa tu...ko ngan suami teruskan berdoa ye...

    ReplyDelete
  10. harap2 semuanya baik2 je huda... jangan stress2 tau. bykkan berdoa supaya anak dlm kandungan sentiasa terpelihara dan dijauhkan drp perkara2 yg tak diingini.

    ReplyDelete
  11. akak hanya mampun berdoa dari jauh huda dan baby selamatler hendaknyer...
    moga Allah menjauhi segala bahaya dan dapat mendamaikan hati huda jangan resah gelisah...

    ReplyDelete
  12. Harap-harap seperti penerngeran dari doktor yg last itulah tak ada apa-apa. Terusakan berdoa setiap hari moga semuanya berjalan lancar dan diberi kesihatan yg terbaik dan mudah urusan..

    ReplyDelete
  13. Ishhh risau dgr mcm tu kan...tp betul tindakan awak tu..gi klinik lain n mintak pendpt dgn doktor2 lain plak....in sya Allah lieya doakan huda dipermudahkan dlm mengandung dan bersalin nanti....

    ReplyDelete
  14. Insyaallah tak ada apa-apa...kak aya doakan yang terbaik untuk Huda...kak aya akan scan kandungan pd 20/4 ni..harap2 semuanya ok .

    ReplyDelete
  15. In Shaa Allah, ada masa utk baby pusing. cousin afne pn warded kt pantai sbb extended breech. alhamdulillah, dh keluar & baby dh ok.

    ReplyDelete
  16. in shaa allah, lya pasti dgn perubatan sekarang & doa kita & bantuan Allah Swt, pasti semuanya selamat & dipermudahkan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...