Pagi tadi sebelum hantar Zara ke sekolah saja berbual santai dengan dia;
Aku : Nanti dah besar adik nak jadik apa?
Zara : Adik nak jadik cikgu..
Aku : Ala..janganlah jadik cikgu, jadiklah usahawan..
Zara : Taknak..adik nak jadik cikgu jugak.
Aku : Kenapa nak jadik cikgu?
Zara : Sebab adik boleh ajar orang (means budak-budak la tu) lepas tu kalau diaorang buat salah adik boleh marah-marah diaorang.
Aku : Eih tak baiknya nak marah-marah, ni sapa ajar jadik cikgu nak marah-marah ni?
Zara : Yelah kalau diaorang tak dengar cakap adik ke nanti adik boleh baling pen...
Aku : Ha? Baling pen?? ........
Korang nengok, belum besar lagi cita-cita cikgu dah disalahertikan, ada hati nak marah-marah dengan baling pen lagi tu, hai anak la anak...Tapi aku nak dia jadik usahawan, hehe. Kalau dari kecik ni memang nampak sangat la dia selalu berangan dan lebih terarah kepada nak jadik cikgu..
Apapun aku tak kisah dengan cita-cita anak-anak, yang penting jadiklah insan berguna kepada semua yea sayang!
salam huda,
ReplyDeletemasa kecik2 cikgulah yg selalu depa nampakkan :)
belajar dari siapa ni Zara...semua perkara mereka akan perhatikan Huda..
ReplyDeleteZara mesti tengok cikgu Zara di tadika ni ye...
ReplyDeletesalah pengertian ni... agaknya cikgu zara suka marah2 n baling pen yer? hehehe
ReplyDeletealamak.. salah paham ni.. kena perbetulkan camtu kalau nak jadi cikgu..hee
ReplyDeleteke cikgu dia suka buat camtu huhu..eh tapi maza zaman skolah dulu, mmg ada cikgu yang marah, pastu dia baling kapur kat kita..aiihhh
ReplyDelete