18.6.13

Bila baby kena penyakit kuning @ jaundice

Masa 5hb Jun lepas

Senang kata sekarang ni lepas baby lahir confirm la memang akan kena penyakit kuning..Ini nurse yang bagitau..Zarif dan Zara dulu pun ada penyakit kuning ni tapi tak serius dan takde la sampai nak kena warded ke apa ke..

Kali ni Zahia Aisyah memang kena warded disebabkan penyakit kuning yang agak tinggi (bacaan sebelum masuk wad = 16.8). Kalau bacaan lebih 15 je, confirm kena warded. So better la korang breasfeed sebanyak yang mungkin. Aku kena dok kat wad 3 hari 2 malam ok. Dah la baru lepas bersalin, balik rumah pun baru sehari je lepas tu dah kena masuk semula wad. Mencabar dan menduga emosi lebih-lebih lagi dalam pantang. Luka pun tak berapa baik lagi, haiihh tapi demi anak kenalah bersabar.

Mujur waktu tu cuti sekolah lagi dan mrhubby yang baik sanggup berulang alik ke hospital melawat aku dan baby Aisyah. Sungguh tau emosi aku terganggu dan hari-hari aku nangis. Bacaan kuning pada Aisyah pulak turunnya lambat, walaupun dah dok bawah lampu biru dan diberi susu badan yang banyak. 

Ikutkan hospital, kalau bacaan 13 ke bawah baru boleh keluar wad. Hari Jumaat, 7hb Jun aku confident la bacaan kuning Aisyah dah turun banyak, sekali bila check bacaannya 13.3 la pulak. Tapi disebabkan doktor yang baik hati, dia bagi keluar jugak sebab dia kata setakat 13.3 je dan kalau bagi bf banyak-banyak in sya Allah akan menurun..Sukanya hati aku bila boleh keluar hospital, ceria memanjang jer..:) 

Yelah Zarif dan Zara pun tak puas jumpa aku dan baby Aisyah sampai Zara menangis-nangis tepi katil baby kat rumah, tak ke aku sedih (tu salah satu sebab aku dok menangis je). Zarif pun sama siap berpeluk bantal baby je..Camanlah emosi aku tak terganggu.

Dan finally semalam (17/6) baru lah kuning baby Aishah kembali normal (6.6)..Hampir 10 hari jugak nak normal tau, huhu..Apapun alhamdulillah. Bacaan normal adalah 7 ke bawah.

Sebelum keluar hospital 7 Jun tu, aku pun adalah letak status kat fb, mintak bantuan kawan-kawan share sekiranya ada petua untuk mengatasi penyakit kuning selain breastfeed..Ramai jugak yang bagi pendapat, tq pada semua..Breastfeed adalah cara yang terbaik untuk mengatasi jaundis tapi tak salah kalau kita nak usaha cara yang lain kan cuma kena nengok kesesuaian dan tak memudaratkan baby. Yang pastinya aku hanyalah breastfeed semata..









10 comments:

  1. lieya pun akan alami masalah yg same setiap kali bersalin...mmg 3 ade kuning...mmg lieya just bf bb ...die tido pun kite kejut2kan bagi die sedar...budak yg kuning tinggi ni mmg kuat tdo...so kite kene kejut2kan bagi susu byk kali....bagi die kerap membuang....

    harap semua berjalan lancar n bb okey yeak ....

    ReplyDelete
  2. sedihnya bila ingt pasal anak kena kuning ni..kalau anak pertama boleh lagi la kita fikir baby je..yang ada anak 2,3 tu yang naya..kesian kan..

    ReplyDelete
  3. Akka ada pengalaman yang sgt menyedihkan masa lahirkan anak sulung. Kunin sampai kena transfer darah, satu tiub masuk satu tiub keluar. Tali pusat yg basah tu depa gunting dan masuk tiub ikut situ. Parent tak boleh tengok. Sekali keluar rupanya depa letak puting kosong kat mulut baby lepas tu depa tampal salotep supaya baby tak boleh menangis.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...2nd boy saya itu ari cuma sekejap saja dan x de masuk ward. yg 1st tu mmg kuning sampai 2 bulan dan kena tahan ward lagi. Apapun harap semoga baby ok...

    ReplyDelete
  5. As salam huda,

    Risaukan bila anak kena kuning... dulu anak yg first pun kena jaundice jgk... kena repeat pergi hosp & klinik amik darah... Kat sini aritu dah bgtau siap2 kat doc, yg anak yg first dulu ade history jaundice...nasib baik dorang pun sama mcm kita jgk ada yg kena jaundice... sb kwn yg dok german dulu ckp masa anak dia kea jaundice semua doc & nurse jd gayat sikit... maklumlah jaundice ni bkn semua gen bole kena... Di asia mmg biasa :)
    Riau sb risiko darah Marya jenis O...

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah sudah kembali sehat. semoga sekeluarga dalam lindungan Allah, Rabb kita semua.

    ReplyDelete
  7. skrg ni mmg baby baru lahir akan kena jaundice kak... teringat lak amir aritu.. hehehe

    ReplyDelete
  8. risau jugak kalau baby jijah jaundis.. harap2 xlah..huhuhu

    ReplyDelete
  9. hari ni bacaan kuning Amani 10.2, turun sikit dari hari Rabu tu, 11.8. Harap terus turun.

    Dulu masa Arif duduk dalam lampu biru tu, tak dapt ambil gambar, hp tak canggih...hhi.

    ReplyDelete
  10. Asslm. Pengambilan susu kambing untuk ibu mengandung I'Allah mampu elakkan baby mendapat jaundice/penyakt kuning. Dijual dengan HARGA BORONG, TIDAK BERBAU, SEDAP & MENYELERAKAN. Boleh PM saya di www.facebook.com/iskagenpenang atau layari www.susukambingisk.blogspot.com. Terima kasih. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...