Lambat pulak up entry. Maklumlah Jumaat biasa kitaorang baca Yassin dulu. Nengok tak Forum Perdana malam tadi, best laa tak rugi nengok dengan adanya Ustaz Don gelak-gelak lagi, suka sangat. Baby Aisyah pun nengok dengan penuh kusyuk tau..
Oklah cuma nak cerita ringkas je pasal bekas rumah arwah mertua aku a.k.a rumah mrhubby jugak. Bagi yang tak tau rumah tu dah dijual. Ikutkan memang sayang nak dijual TAPI kitaorang tak mampu nak maintain disebabkan banyak benda yang perlu diperbaiki hingga mencecah kos yang tak mungkin dapat ditanggung mrhubby sendirian. Before this pernah disewakan jugak tapi yelah rumah lama kalau tak maintain dan tak betulkan banyak benda penyewa pun tak tahan kan..
So end up, degan rasa berat hati mrhubby amik keputusan nak jual, yelah banyak kenangan dan rumah tu memang kat kedudukan yang strategik sangat la..Alhamdulillah pembelinya juga orang melayu (kalau boleh memang nak melayu sebab rumahnya berdepan dengan surau) dan baik hati sangat. Yang membeli ni pun ada bisnes sendiri so segala urusan berjalan dengan pantas dan mudah.
Banyak jugak yang dibaiki rumah ni (weekend memang selalu ulang alik nengok rumah ni). Untuk yang tak tau, aku dan mrhubby boleh dikategorikan jiran (walaupun seberang jalan). So rumah parents aku memang setaman la dengan bekas rumah mrhubby ni. Dulu masa arwah mertua ada, kitaorang jalan kaki je balik umah masing-masing, hehe.
So terkini aku nengok kat rumah ni;
Alhamdulillah dah dijadikan Madrasah Hafizah.
cantik... tak pe berbuat amal dari tak dudukkan...
ReplyDeletealhamdulillah... at least kita tau kan.. rumah tu dihuni oleh penghuni yg akan kerap membaca Al-Quran..
ReplyDeletealhamdulillah pelaburan yg sgt bermanfaat..
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteBestnya!
Walaupun dah bukan milik kita, sekurang2nya digunakan utk jalan allah
Alhamdulillah...
ReplyDeleteCantik rumahnya. Besar kan. Tp klw x larat nak menten jual je la la. Kira ok la tu dah jd madrasah.
ReplyDelete