4.9.13

Serba serbi kena pantas

Haih entah kenapalah perut meragam pagi ni eh, dah kat tempat kerja pulak nak meragam ni, adoi laa..

Semalam semua pun ok-ok saja, balik kerja pun awal ok selalu aku suka balik lambat-lambat. Kali ni belum pukul 5 dah siap kemas beg, mrhubby pun dah siap sedia tunggu aku. Aku pesan kat dia, "Amik saya dulu ok, lepas tu baru amik anak-anak.." Rindu dengan Aisyah dan nak tau apa perkembangan dia kat taska tu..

Bila sampai taska tanyalah kat pengasuh tu, "Ok ke tak dia ni?" Pengasuh jawab ok jer..Tapi dia mengaku la memang budak kecik ni takmo minum guna botol, tapi aku ada bagi syringe untuk memudahkan dia bagi susu dan aku paksa jugaklah guna botol, lama-lama mesti ok punya..Yelah orang lain bagi mesti dia ok kot sebab takde bau aku (harapnya begitulah..)


Balik dari taska dah siap mandi semua..Lepas tu bila balik muka dia macam blur dan mungkin tertanya-tanya kot. Amik masa jugaklah nak bagi dia senyum..Mesti dia cakap dalam hati kan, "Kenapa ibu hantar baby g taska? Baby tak suka tau..huhuhu" Apakan daya, ibu kerja ok..

Zara siap tanya lagi, "Aisyah ok tak duduk taska? Kenapa Aisyah diam? Cikgu taska marah Aisyah ke?" Huhu, saja je Zara ni kan..Tapi aku tau pengasuh taska tu ok dan baik sebab aku memang hantar Zarif dan Zara ke situ dulu. Ala takat marah-marah tu biasalah tapi takdelah diaorang marah baby sekecik ni..Zara tu pernah kena marah la sebab tu dia tanya adik dia macam tu, hehe..

Bila balik aku bagi direct feed la, lega sangat ok. Tapi Aisyah ni bagus tak banyak ragam senang aku nak bahagikan masa dengan anak-anak yang lain. Yelah kalau dia dok meragam dan mengempeng dengan aku je memang payah sikitla kan..

Lepas solat gedik jap ngan anak dara sorang ni, hehe


Sebelum tu pagi kat tempat kerja ada dibuat majlis Hari Raya dan Mesyuarat Agong untuk semua Setiausaha Pejabat. Selagi raya tak abis kan, selagi tu ada jelah jamuan dan makan selagi boleh.

 Dapatlah souvenir yang menarik :)

Dan paling best mestilah masa makan, yeehaa;

Tapi ni je yang aku snap sebab ni memang favourite sepanjang zaman :)

Oklah for now ni dulu yea, eh tapi memang penatlah bila balik kerja, huhu. Macam-macam nak kena buat, mujurlah balik rumah tu ada masa nak golek-golek atas katil jap..Anak dah tiga ni kerja semua mesti kena pantas dan tangkas!




4 comments:

  1. kemain kakak zara punye soklan tu..

    ReplyDelete
  2. takpe laa...mmg amik mase aisyah nak sesuaikan diri kat taska tu...kite doa yg baik2 ajek....

    lieya pun setiausaha pejabat gak heheheh geng la kite...

    ReplyDelete
  3. Kak Zara yg risau tengok adik kena hantar taska ye. Caring juga dia tu Huda.
    Kira sehari tak jumpa kan macam-macam dia fikirlah...

    Harap oklah adik bila dah biasa ke taska tu..

    ReplyDelete
  4. alolo comelnya Aisyah..

    mula2 jer kot nanti lama-lama ok lah tu..

    berapa umur zara ye..?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...