3.9.13

Hari ini......

Dah mula kerja hari ni yeay..Perasaan macam biasa-biasa je, aku positif dan kuatkan hati untuk tinggalkan Aisyah di taska. Sebak sikit la tapi sebelum hantar tu dalam kereta aku bagi susu dulu. Tak taulah macamana keadaan dia hari ni bila ditinggalkan dan macamana nak menyusu nanti, harap semuanya dipermudahkan Ya Allah.

Dari malam tadi, Zarif dan Zara kata nak bawak bekal bubur. So sebab aku takmo kelam kabut makanya dari malam aku dah buat, ala bubur kosong letak ayam sikit dan telur hancur je. 

Pagi ni aku bangun seawal 4 pagi untuk keluarkan susu beku dari freezer. Bersiap apa yang patut. Mrhubby kejutkan anak-anak jam 5 pagi untuk mandi lepas tu diaorang tido balik. Setakat hari ni semua pun berjalan lancar dan pukul 6.40 kitaorang dah keluar dari rumah..Mula-mula hantar Zarif, lepas tu Zara dan akhir sekali Aisyah. Memang saja hantar Aisyah paling akhir supaya aku ada masa untuk bf dia masa dalam kereta.

Untuk hari ni, well done untuk aku dan mrhubby, pengurusan masa yang baik. Untuk hari akan datang tak tau lagi, huhu. Berdoa saja yang baik-baik agar urusan rumahtangga dan segala keperluan kitaorang dapat dilakukan dengan lancar dan sempurna, Amin.

Minyak naik?? Hmm tak tau nak komen apa yea, paling penting aku bersyukur seadanya sebab jarak tempat kerja dan rumah dekat je. Terima jelah apa yang berlaku dan pastinya zaman sekarang bukan zaman makan gaji je kita perlu ada side income bagi menampung kos hidup yang semakin tinggi..

Sekian ~

4 comments:

  1. Insyaallah moga Allah permudahkan.

    Minyak naik atau tidak hidup perlu diteruskan, akak pun merempit ja gi kerja...

    ReplyDelete
  2. aduh mesti tak tenang ingat anak kan beb...tapi nak buat camne, kehidupan harus diteruskan...dont worry si kecik behave tu ....

    ReplyDelete
  3. awalnya bangun...
    taklah terkejar-kejar Huda...
    terkejut juga minyak naik...

    ReplyDelete
  4. siannya aisyah kena hantar gi taska yer.. insyaAllah semuanya ok.. ibu doakan jela semuanya ok yer...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...