Nampak macam tak menyelerakan kan? Nama pun bubur orang sakit hehe. Oklah saja nak share camana aku buat bubur yang simple ni untuk Zara. Yelah kata sakit kan nak makan takde selera sangat so bubur jelah yang paling sesuai.
Ni cara aku la, lain orang lain caranya kan..Aku tak suka bubur yang berair sangat, setakat lembik-lembik cam gini pun ok. Kadang g kedai beli bubur cair sangat la, dahlah sakit nak makan pun terus takde selera, huhu.
@ Memula masak bubur ikut kuantiti yang korang nak (agak-agak la dengan kuantiti air)
@ Sementara tu bolehla hiris-hiris ayam (jangan hiris tipis, agak-agak la)
@ Amik carrot dan dadu kecik-kecik
Agak-agak bubur tengah nak mendidih nak masak tu, masukkan lah carrot dulu, diikuti dengan hirisan ayam tadi. Lepas tu masukkan garam dan kacau-kacau sambil rasa sedap ke tak?
Settle je masak bubur, tutup api dan biar kejap. Lepas tu aku amik daun sup sikit dan hiris halus lepas tu masukkan ke dalam bubur tadi sambil kacau rata.
Dan untuk menambahkan sedap sikit, aku amik la segenggam ikan bilis dan goreng. Lepas tu aku tumbuk halus tak halus la dan tabur ke dalam bubur dan kacau bagi rata sikit.
Tadaaa dah siap dah, hehe. Senang kan kira bubur stail orang malas masak gitu. Korang masak mesti lagi sedap kan. Aku malas nak masak remeh-remeh sangat. Yang ni memang stail aku la, janji anak-anak suka makan termasuklah aku sendiri..:)
Oh yea, kalau nak bagi best boleh la tambah telur hancur atau bawang goreng dan kicap yea.
walaupun bubur ni utk org sakit tapi umi yg tak sgt ni rasa cam wowww nak jugak hehehehe
ReplyDeletebubur org sakit ni buat org sihat terliur lah heheheeh...nampak menarik tuh....
ReplyDeleteorg x sakit pun sedap je rasanya mkn bubur ni
ReplyDeletetime sakit ni huda bubur yang sedap...
ReplyDeleteSlm ziarah...simple2 pun ok nmpk mcm sedap je.Terliur pula :)
ReplyDeleteSelamat malam Huda...kakpb jarang masak bubur sebab dlm rumah ni cuma ada beras basmathi. Jenoh nak merebus beras ni, keras sikit kan. Sekarang ni mudah, nak mkn bubur ada mcd n kfc...tapi lebih baik kita buat sendiri kan?
ReplyDelete