22.10.13

Dobi CleanPro Batu Pahat

Sebelum ni memang tak pernah masuk dobi ni. Tapi ini kes dua minggu lepas, tido umah mak abah sekali tu takde air la pulak. Nak basuh baju sekolah agama Zarif sebab baju dah tak cukup..So kita pergi jelah dobi ni senang cerita..(Aku tak pergi pun dobi ni kecuali mrhubby dan anak-anak).


Mrhubby kata dia pun pening masa mula-mula, nak basuhnya 3 helai je (baju, seluar dan samping) tapi masuk dalam mesin 14kg, hehe..Tulah datang masuk dobi macam gitu je takmo tanya orang..Gamaknya ada mesin basuh yang kapasiti 9kg jugak, itu ler yang paling rendah kg nya..So memang rugi la basuh 3 helai je, lantak laa, janji basuh.

Aku nak terangkan pun tak reti sebab memang tak pernah guna pun..Oh ye dobi ni kira LAYAN DIRI tau, ibarat macam kat rumah sendiri la cuma mesin basuh kat rumah ada satu dan kecik je tapi yang ni ada banyak dan gedabak-gedabak gitu.

Tunggu dik, jangan tak tunggu..

Kalau nak tau maklumat lanjut korang google je carilah CLEANPRO EXPRESS ke ok..Kalau kat Batu Pahat ni aku tau ada dua je (setakat yang aku pernah nampak la). Pertamanya kat depan Sekolah Convent dan keduanya kat Taman Bukit Pasir deret-deret dengan Save n Save..

Sekian...


7 comments:

  1. tak pernah hantar atau masuk dobi Huda...
    kalau murah...tak salah cubakan...senang kerja

    ReplyDelete
  2. Kat Kajang kalau tak silap ada satu kat Courtmamooth...

    ReplyDelete
  3. bagus la ada ni kat pekan ni... senang nak basuh toto dengan carpet...

    ReplyDelete
  4. skrg mmg byk dobi gini lg2 area lembah klang ni.. ;)

    ReplyDelete
  5. Amboi...bestnya. Klu mcm nilah, sy nak bsh toto yg dah itam dgn daki tu. Hahahaha....bestlah awak!

    ReplyDelete
  6. izan pun tak pernah pergi dobi ni huda. tapi kalau bercadang nak basuh toto/comforter bolehlah kot pergi. lagipun kapasiti mesin kat umah ni cuma 8kg je.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...