9.10.13

Zara demam on off & Buah kembang semangkuk

Zara masih demam lagi tapi on and off. Semalam pergi sekolah tapi hari ni aku hantar ke rumah mak aku bagi dia dapat jagaan lebih rapi gitu, maklumlah ex nurse jaga kan..Takut pergi sekolah nanti dia bagi jangkitan kat orang lain takpun dia dapat jangkitan lagi dan tak baik-baik sakitnya.


Zara ni bila siangnya ok tapi malam suhu dia akan naik tetiba lepas tu merengek lagi, kesian la kan..Ubat pun dah nak abis ni kalau tak baik lagi memang kena pergi jumpa doktor lagi la for further investigation (amik darah etc). Setakat pagi tadi hantar keadaan dia ok dan stabil.

Cuma untuk hari ni tadi dah mintak tolong kat mak mintak belikan buah kembang semangkuk, aku nak cari semalam tapi tak sempat..Kata orang buah kembang semangkuk ni boleh buat sejukkan badan..Aku pun baru tau pasal ni bila ada pensyarah yang bagitau. Korang pun boleh refer kat entry ini bagi yang tak tau la..

Harap Zara cepat sihat yea, lama tak nengok Zara berangan jadi cikgu-cikgu..:(




10 comments:

  1. mcm ammar aritula kak huda.. demam on & off smp 3 minggu... minggu yg last tu setiap hari demam panas tp malam jer.. siang bukn main sihat lg... risau kan.. tu yg smp kena tahan wad aritu..

    ReplyDelete
  2. Ala, kesiannye.....mlm2 pns tu yg tak syok tu. Eloklah cri alternatif. Bg ilang pns badan.

    ReplyDelete
  3. Kalau batuk pun kakak minum kembang semangkuk Huda...
    Untung ada nenek jaga kan Zara...

    ReplyDelete
  4. minum kembang semangkuk...rasanya untuk sejukkan badan kan..bagus juga ni Huda..
    cepat sembuh zara...

    ReplyDelete
  5. Akak biasa bg anak minum air badak buat sejuk badan, tak tahu nak cari kembang semangkuk kat mana. Moga cpt sembuh zara

    ReplyDelete
  6. alahai sian zara...musim kot...lieya tgk ramai gak kawan2 opis yg anak dieorg demam nieh...

    cepat sembuh key...dah nak raye aji ni....nak mkn rendang byk2 nieh heheeheh

    ReplyDelete
  7. sian zara! get well soon baby! x pun ko bagi je anak ko minum hapa kebenda lak yang orang cina minum untuk sejukkan badan tu ha.. ala haii.. yang mcm ala2 cendawan tu. but now Yeos da buat campur teh bunga ngan tu...ha buleh la dia minum

    ReplyDelete
  8. sian demam semoga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  9. Wah..petua berguna sangat ni.. saya pun nak amalkan juga petua ni utk anak2

    ReplyDelete
  10. Biasanya bila anak panas badan belah malam, akak tampalkan cool fever dan tekap kepala serta belakang badan dengan towel yg dibasah air. Memang tak tidur ler jawabnya, kejap bangun tengok dia. Air badak pun ok juga. Ada juga terbaca, katanya kena mandikan anak dengan air sejuk (bukan waktu malam tau)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...