Salam Jumaat untuk semua..
Baca berita online hari ni masih ada lagi kisah keracunan makanan. Kali ini 32 pelajar sekolah pulak yang muntah-muntah dan sakit perut selepas makan nasi goreng dan ayam paprik, hmmmm..Berita selanjutnya boleh baca kat sini .
Eh macam menjadi-jadi pulak kes keracunan makanan ni, lepas kisah haritu yang ada maut, jadi lagi. Susah la nak cakap dan aku macam seram pulak nak pergi kenduri kawin dan makan luar..Lepas ni pengendali makanan, tukang masak semua kena lebih berhati-hati.
Kalau tuan rumah yang nak buat kenduri kawin pulak confirm lepas ni akan lebih strict dan nak memastikan bahan mentah yang nak dimasak dalam keadaan baik.
No wonder la, mak aku la terutamanya sangat cerewet bab-bab penyediaan makanan ni. Cerewet sangatlah dan mak ada SOP dia sendiri. Kalau ikut aku biasa-biasa je tapi mak aku dari penyediaan bahan mentah je dah memilih dan nak pastikan yang terbaik untuk keluarga dan tetamu. Sebab tu kalau nak memasak dengan mak aku ni macam remeh dan penat sikit sebab kita nak kena ikut SOP dia, hehe.
Aku sendiri pernah dengar taklimat pasal pengendalian makanan dan penyimpanan bahan mentah dalam fridge. Tapi aku ni jenis yang makanan lebihan semalamnya yang dah tak boleh makan memang aku buang je. Dan sebelum guna sesuatu bahan tu memang aku akan nengok tarikh luputnya sebab aku taknak perkara-perkara buruk berlaku pada keluarga sendiri. Kadang kita rasa macam remeh dan selalu cakap, "ala, ni boleh makan lagi..takde apa ni.." Tapi kalau dah jadi cam insiden-insiden yang tak diingini macam mana?
So lepas ni semua kena hati-hati even kita masak sendiri pun, kita kena pastikan segala-galanya dalam keadaan bersih dan elok untuk dimasak dan dimakan yea..Apapun kita merancang dan segalanya atas kuasa Tuhan jua. Kalau dah kita jaga semua serba serbi dalam keadaan elok tapi kalau Tuhan kata sesuatu tu akan berlaku, maka ia berlaku jua...
Tiba-tiba kakcik rasa macam fobia nak makan lauk ayam! :(
ReplyDeletesalam jumaat...
ReplyDeletekebetulan, ank akak saya di sek asrama pun mengadu sakit perut lepas makan makanan kantin sediakan.. maknya nak pergi ambil tu.
ReplyDeleteada apa2 yg tak baik mintalah dijauhkan..
Menakutkan. Moga tak jadi pape pd kite satu hari nanti ye? Kdg dgn sikap, "Bolehlah ni..."...pun boleh mengundang padah.
ReplyDeleteAyam tu lalat suka sangat hinggap kemudian bertelur, kadang2 kita tak sempat nampak telur2 yg sedang nak membesar tu kendian terus ngap2. Kalau masak dulu lain ceritalah tu pun kena masak betul2.
ReplyDeletebuat sementara waktu ni elok jangan makan ayam.. mungkin ayam-ayam di pasaran ada virus / kuman kan...
ReplyDeletebuat masa ni elok kita elakan dari makan ayam. secara tak langsung kita boikot dan harga pasti akan turun..hehe
ReplyDelete