Belum pun pembunuh staf bank tu ditangkap (yang kata kena tangkap kat LCCT tu polis kata tak benar), keluar pulak berita lain..
Petikan dari Berita Harian Online;
Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki
dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan
berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan
melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa
mineral.
Berita Harian Online difahamkan, suspek adalah seorang penuntut ajaran sesat dan ketika ditangkap mulutnya membaca sesuatu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan mangsa maut di lokasi kejadian.
"Suspek kemudian larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta Toyota Prius yang dipandu remaja lelaki.
"Suspek kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.
Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.
Semakin takut dgn sekeliling... org awam oun dahbjadi ancaman...semoga kita sekeluarga dilindungi dr bencana dan malapetaka...
ReplyDeleteHttp://sumijelly.com