13.12.13

Totally berubah bila dapat wake up call!

Yup sekarang memang kena berubah!! (Entri ini ditulis setelah mendapat kebenaran dari tuan punya badan iaitu mrhubby :) )

Semua berlaku mulai minggu lepas setelah mengetahui keputusan darah mrhubby;


Asik urik tinggi (tak tau macamana boleh tinggi sebab kitaorang ni bukan seafood lover), lemak baik dan lemak jahat pun tinggi so kenapa nak kena tunggu lagi? Memang kena berubah la kan..

Ok sebelum ni aku dah pernah nasihat kat mrhubby untuk menjaga kesihatan dari segi pemakanan tapi disebabkan kami datang dari latarbelakang yang berbeza makanya segala nasihat aku sebelum ni cuma didengar bagai angin lalu saja..Well aku pun bukanlah yang bagus sangat cuma aku ni bukanlah pemakan pun orangnya (minggu depan aku pulak nak check darah, huhu)..Mrhubby pulak memang jenis pemakan dan suka mencuba pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap.

Sekarang corak pemakanan dan kehidupan kena berubah dan tak boleh bertangguh dan tunggu lagi. Takut nanti kalau teruskan pemakanan yang tak sihat, kadar kolestrol makin tinggi dan boleh menyempitkan lagi saluran darah. Tau jelah kan kalau salur darah dah makin sempit, apa yang berlaku seterusnya???

 Makanan kena kukus


Kena keluarkan peluh

Takpe, sebagai isteri aku kena bagi support. Before this memang selalu nasihat tapi mungkin belum masanya dia nak dengar so aku pun takmolah nak paksa takut kang gaduh pulak.

Jadi Tuhan pun bagi mrhubby wake up call (dr yang kata). Bila dah dapat wake up call ni barulah nak tersentak dan tersedar. Senang kata macam dah terhantuk baru nak terngadah la kan..

Sekarang mrhubby terima apa saja yang aku buat dan uruskan untuk dia...:) Yelah aku pun risau sebab mrhubby boleh dapat penyakit keturunan sebab arwah parents dia ada penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi...

Insya Allah doakan yang bebaik yea sebab aku mengharapkan kesihatan yang baik untuk diri aku serta semua orang-orang yang aku sayang. Lebih baik tau sekarang dan kita masih ada masa untuk berubah..

Ingat, makanan tak salah tapi bagaimana cara kita makan dan macamana kita nak bakar balik segala lemak yang kita makan tu..:)

Pagi ni dapat sms dari mrhubby;


Yea berat mrhubby sebelum ni 94kg, tapi hasil usaha bersenam dan pemakanan yang lebih sihat alhamdulillah berat semakin turun..Chaiyok sayang, moga terus berkurang selepas ini.

Aku share entri ini supaya mana ada masalah kesihatan tu sama-sama kita berubah. Mana yang dah berubah dan jaga kesihatan tu baguslah dan teruskan amalan yang baik yea..

Oh yea, selain dari bersenam dan amalkan pemakanan yang sihat, ada jugak menggunakan produk-produk tertentu. Nanti aku share di entry yang lain yea..Ni dah kira panjang ni..

Tq sudi baca.


6 comments:

  1. support dari isteri kekuatan suami juga kan Huda...
    bagus keluarkan peluh....anak-anak pun sihat juga nanti...

    ReplyDelete
  2. Kalau banyak makan di rumah senang nak control Huda. Macam abang tu banyak makan dgn client susah juga nak jaga..

    Kalau kakak dapat turun 4kg aduhai lompat bintanglah agaknya..

    ReplyDelete
  3. Teruskan usaha ni ye.. semoga kesihatan keluarga terjaga. Mujur dapat tahu awal..boleh mencegah. 4kg dah turun? Bestnya tu..

    ReplyDelete
  4. Bila badan high cholesterol, jgn mendadak diet takot nanti level cholesterol makin tgi. Apapun, moga semuanya baik-baik saja.

    Suami sy pun kuat mkn. Haih...

    ReplyDelete
  5. Yup.. Tq Fara, kita buat ikut kemampuan Taklah terus menolak makan, still makan jugak tapi ada part yg dikurangkan kuantitinya cuma minyak semua mmg kena tolak atas nasihat doktor..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...