27.8.14

Raya dah habis - bolehlah lipat baju!

Aduh aku rasa tak terurus sangat beberapa hari ni, sejak weekend hari tu sampai la malam tadi aku rasa macam dok hotel..Balik rumah - tido, mandi, salin baju dan pergi beraya..

Kemas rumah? Hmm, macam tak kemas dan tak sempat je rasanya. Yang confirm aku buat - kemas dapur dan basuh baju. Tapi part yang lain tu (LIPAT BAJU - terutamanya) memang tak sempat..Kadang rasa nak nangis, huhu..Alangkah bahagianya kalau aku surirumah dan alangkah bahagianya kalau ada maid..Jelesnya nengok Kakcik Seroja dah mula cuti sebelum bersara, dah takde lagi nak tension fikir kerja, dah boleh main-main dengan cucu...SELAMAT BERSARA ye kak..

Pagi ni discuss dengan mrhubby pasal Zara. Tetiba mrhubby kata nak hantar Zara masuk darjah satu sekolah tahfiz pulak...Padahal surat tawaran ke sekolah rendah (sama dengan Zarif) dah diambil sejak minggu lepas. Tinggal belum daftar sekolah agama je ni. 

Bila tanya Zara dia ok je, tak kisah pun. Kalau hantar ke sekolah tahfiz aku pun ok je sebab sekolah tu sehala dengan tempat kerja mrhubby. Lagi satu takyah nak sekolah agama sebab semua satu tempat jer..Tak tau macamana lagi, aku tak letak harapan tinggi sebab kalau dapat masuk alhamdulillah, kalau tak dapat pun aku terima..Tapiiii...jauh kat sudut hati aku macam mengharap la jugak, huhu..Tunggu jelah perbincangan mrhubby dengan pihak sekolah tahfiz.

Ok, since hari ni takde dah nak kemana - raya pun dah abis, so haraplah aku dapat habiskan masa dengan melipat kain baju yang banyak tu sampai habis. At least aku ada dua hari, dari hari ni sampai esok...Jumaat dah nak gerak ke Melaka pulak sebab ada family day sampai hari Sabtu. 

Seronok kan minggu ni cuti lama sampai Ahad..Korang ada plan ke mana-mana ke?

 Hai semua :)


Sekian, tq sudi baca!



 


6 comments:

  1. Harap impian utk Zara ke sekolah tahfiz berjaya Huda.

    Kakak cuti sampai Isnin sebab 31 ogos jatuh hari ahad. Kakitangan awam memang jumat/sabtu/ahad
    Memang best kalau cuti 3 hari panjang sikit.


    ReplyDelete
  2. Bagusnya ada niat nak masukkan anak ke tahfiz :-)

    ReplyDelete
  3. kami tak tau lagi nak pi mana.belum ada tempat nak di tuju.kalau boleh nak pi tempat yang orang tak ramai la.takut nak pi tempat sesak2 ni..kang balik bercuti nak kesah kan anak yang sakit pulak..

    ReplyDelete
  4. lepak rumah je... kalo jln pon sekitar ni je kot

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...