Adoi hangin betul la aku dari pagi tadi aku nak update blog tapi takdapat sebab internet ni buat hal..Lainkali update kat rumah jelah huhu..
Ni pun tetiba kepala aku pening semacam ntah high blood ke low blood ni..Tension pasal kerja kot?? Tapi takmolah tension pasal kerja sebab banyak benda penting lain aku nak fikir selain dari hal kerja..Dulu aku tak suka cabaran kerja sebab aku rasa cabaran tu menyusahkan aku je..Tapi sejak beberapa tahun ni aku rasa lain pulak..
Aku rasa cabaran tu sesuatu yang menyeronokkan, lagi sukar cabaran tu lagi aku suka, chewaahh..Konon gitu..Tapi nengok jugaklah keadaannya..
Kadang aku rasa aku boleh buat lebih tapi ada masanya kita berdepan dengan cabaran dan dugaan yang tak disangka. Kita boleh merancang tapi yang menentukan tu kan Tuhan so pasrah jelah bila apa yang kita harapkan tu tak menjadi seperti yang dirancang.
Berdepan dengan bos baru ni jugak satu cabaran untuk aku. So far semuanya menyeronokkan walaupun ada masa gerak laku bos sukar difahami tapi macam aku cakap tu adalah cabaran dalam bekerja so aku redah saja, hehe..
Kadang-kadang kan aku berangan jadik macam watak Andrea (lakonan Anne Hathaway) dalam filem The Devil Wears Prada..
Bos Miranda (lakonan Meryl Streep) yang tersangatlah cerewet
tapi dapat PA yang serba boleh (walaupun bukan minatnya)
Tapi bos aku takdelah macam tu cumanya aku cuba untuk buat yang terbaik walaupun aku rasa benda tu sukar tapi macam aku bagitau tadi, semua cabaran aku anggap sesuatu yang menyeronokkan..Insya allah kalau kita fikir positif mesti kita boleh buat..Kalau kita fikir susah memang kita takkan boleh buat, betul tak??
Kat sini aku nak share satu video - RACE THE TUBE..
Ni mrhubby yang share kat aku kisah lelaki (katanya pemain ragbi pasukan England, tak taulah betul ke tak?) yang keluar dari keretapi yang dia naik dan berlumba dengan keretapi itu untuk sampai ke station yang berikutnya dan masuk semula ke keretapi tu..
Memang terbaik la..Nengok, kalau kita fikir positif takde yang mustahil kan?? Yang penting kita kena percaya pada diri sendiri, yakin dan berdoa pada Tuhan.
Tq kerana sudi baca!!
Yup, kalau kita kerja dah monotonous, buat benda yg sama setiap hari, akan timbul rasa boring..
ReplyDeleteMasa tu kita rasa kita perlukan " adrenalin rush" utk move us foward :) So masa tu lah kita nak kan cabaran baru...tu pasal ada org tukar kerja/ buat kerja lain semata mata nak new challenges :)
Good luck :-)
ReplyDelete