27.12.14

Banjir lagi

Banjir yang berlaku ni sebenarnya kita boleh jangka akan berlaku kerana sememangnya kita berada di musim tengkujuh. Tapi kita tak jangka sebenarnya ia akan berlaku sebegini besar dan kawasan yang tak terjangka dinaiki air juga terlibat sama, malah difahamkan air naik dengan begitu cepat.

Walaupun aku tak berada di Kelantan dan negeri yang dilanda banjir tapi pengalaman 2006 buat aku teringat-ingat sampai sekarang. Meredah air banjir di rumah dan juga di tempat kerja, air yang gelap tak nampak apa, sejuk so aku dapat rasakan apa yang mereka rasa. Sungguh dugaan berat untuk mereka tambah lagi sekolah akan naik kurang seminggu lagi. Aku sendiri tak pasti adakah aku kuat andai diduga macam tu?

Segala gambar dan komen di fb atau di media sosial aku baca. Ya, orang kita begitu berterus terang, mungkin dah tak mampu menanggung sabar lagi.  Kalau diizinkan nak je aku ke Kelantan untuk bantu apa yang mampu, sebab sebelum ni pun pernah terlibat dengan Pusat Kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada mangsa-mangsa banjir. Insya allah, aku akan packing mana pakaian yang masih elok dan tak dipakai lagi untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Walaupun sumbangan kita tak seberapa harapnya dapat membantu mereka di sana. 

Kadang terfikir kenapakah kita tidak buat satu bangunan / dewan khas di satu tempat yang selamat (selain menggunakan sekolah ) untuk penempatan mangsa banjir..Mungkin kita akan bina beberapa tempat/dewan begitu siap dengan stor untuk menempatkan khemah yang sesuai dan lain-lain. Bila tiba musim tengkujuh dan banjir berlaku, tempat /dewan khas itu boleh digunakan. Anggap je tempat/dewan itu selamat/tidak dilanda banjir. Tapi kalau diusulkan pasti jawapan diberi, membazir je, kalau tak banjir tempat tu nak buat apa, guna sekolah lagi jimat..Nengok majalah 3 hari tu, since kejadian tsunami pada 2004, diaorang dah buat satu bangunan tinggi di Acheh untuk persediaan andai berlaku tsunami lagi. Bertingkat-tingkat supaya rakyat Acheh tau tempat untuk menyelamatkan diri, kita hanya berusaha tapi Tuhan yanag menentukan ye tak. At least kita amik iktibar dan pengajaran. Well, orang kita selalu tidak amik iktibar..Dah terantuk baru nak terngadah.

Semoga mereka semua tabah!! By the way harini anniversary aku ke 11 tahun. Kita cerita lain yea..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...