31.12.14

Bye 2014

Hari akhir untuk 2014. Bersyukur sebab masih bernafas di kala ini.

Terlalu banyak suka duka 2014 dan aku boleh simpulkan tahun yang agak 'gloomy' untuk aku. Bermula dari awal tahun bila anak aku disahkan Scabbies dan seterusnya kena breath holding attack. Begitu juga dengan kesihatan suami di awal tahun yang agak tidak baik dan alhamdulillah keadaannya makin pulih selepas itu.

Kemudiannya satu negara dikejutkan dengan berita MH370 yang hingga kini masih menjadi tanya, pasti meninggalkan memori hitam bila kehilangan itu jatuh pada hari lahir aku sendiri 8 Mac. 

Pertengahan tahun alhamdulillah rezeki untuk aku bila diberi penghargaan Anugerah Khidmat Cemerlang 2013, sesuatu yang tidak diduga dan aku anggap rezeki Aisyah (2013 waktu aku mengandungkan dia) dan doa dari mak abah dan sokongan dari kawan-kawan di ofis lama. Thanks guys!

Berpindah ke ofis baru beberapa hari sebelum puasa sesuatu yang mengejutkan tapi sekali lagi rezeki bila aku perlu menjaga Dekan, naik taraf sikit dari sebelum ni..:) Alhamdulillah, insya allah moga segala urusan dalam tugasan harian dapat dilaksanakan dengan baik. So far kat tempat baru semua ok, memula nak cari rentak dan serasi tu bukan senang. Tapi alhamdulillah, makin baik setakat ni.

Kejadian tragis MH17 sebelum menyambut Hari Raya 2014 buat satu negara sekali lagi tersentak. Sesungguhnya Tuhan menguji kami dengan dugaan demi dugaan. Moga roh mereka semua dicucuri rahmat dan diberkati Tuhan hendaknya.

Ke fasa akhir sebelum  2014 menutup tirai, negara kita dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda di negeri di Pantai Timur terutamanya negeri Kelantan yang mengalami kerosakan yang amat teruk dan aku boleh anggap bagai tsunami kecil. Moga Allah ampunkan dosa kita semua, moga mangsa semua tabah dalam mengharungi kehidupan. Sungguh, aku sendiri tak kuat andai ada di tempat mereka.

28 Disember dalam kita sibuk bercerita kisah banjir di negara sendiri, dikejutkan pula dengan kehilangan pesawat Air Asia QZ8501. Semalam telah dipastikan pesawat dijumpai di Kepulauan Bangka Belitung. Besar sungguh dugaanmu Ya Allah. Walaupun pesawat Air Asia Indonesia hakikatnya pemilik Air Asia adalah dari Malaysia. Dalam tempoh setahun 3 kejadian pesawat udara melibatkan negara Malaysia. Moga semua mayat dapat dijumpai dan dikebumikan dengan selamat.

Tapi di sebalik semua ni, ada la jugak secebis kisah aku yang nak dibanggakan hehe. Bila aku mula cabar diri untuk buat kek dan biskut. Bermula dari tak minat akhirnya aku dah mula up sikit untuk berbisnes. Eh, bukan bisnes kek, baru biskut je..Tu pun baru satu jenis, insya allah aku cuba baiki dari masa ke semasa. Tak mudah tapi aku cuba. Bukan senang nak senang katanya. Maklumlah aku kan bekerja full time so kenalah pandai cari masa tak boleh la nak fokus pada buat biskut je kan lain la kalau aku ni tak kerja..So far alhamdulillah, moga Tuhan permudahkan semua urusan aku.

Gitulah beberapa kisah di 2014 ini. Moga 2015 yang akan menjengah esok akan jadik lebih baik untuk aku dan keluarga. Moga segala kisah pahit dan duka pada 2014 ini akan menjadi pengajaran dan panduan kehidupan aku untuk akan datang.

Semoga kesihatan aku, mak abah dan keluarga juga akan bertambah baik untuk tahun akan datang ni. Begitu juga dengan majlis perkahwinan satu-satunya adik lelaki aku pada bulan Mac 2015 nanti. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Sekian, bye 2014!!









2 comments:

  1. Tinggal beberapa jam aje lagi akan kita tinggalkan 2014
    Mengharap segala kebaikan di tahun 2015

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...