Salam hari Isnin, baru naik kerja hari ni setelah bercuti minggu lepas dan semalam. Bukan main lagi bercuti konon nak hilangkan stress, nah naik kerja hari ni silalah mengadap kerja yang banyak..Nasib bos takde tapi seawal pagi dia wasap cakap g KL hari ni..
Ikutkan menduga betul nak bangun pagi ni sebab hujan turun dengan lebat dari sebelum subuh sampailah waktu nak pergi kerja tadi, haihh..Takkan nak sambung cuti lagi kot so gigihkan diri ke ofis, Aisyah pun kita hantar ke taska, sian dia hehe..
Sebenarnya banyak gambar nak up kat blog tapi tak sempat nak edit so nanti la dulu. Cuma nak tanya korang pasal WAWASAN 2020. Eh, tetiba pulak nak tanya pasal WAWASAN 2020. Dulu masa zaman sekolah teringat cikgu selalu tanya pasal WAWASAN 2020. Kira berdegar-degarlah pasal WAWASAN 2020. Kira macam hebat betul tahun 2020 tu..
Salah satu subjek yang aku ingat adalah lukisan bila cikgu suruh imaginasikan tahun 2020. Kira kena buat lukisan masa tahun 2020 tu ler. Wahhh tahun 2020 tu kan hebat so antara yang aku lukis masa tu adalah kereta terbang. Kelasss kereta terbang ok, kira tahap dah canggih sangat tu kereta boleh terbang. Ada lagi kot yang aku imaginasikan tapi dah lupa ler pulak maklumlah imaginasi budak sekolah masa tu pasal digembar gemburkan hebatnya 2020 tu..
Hari ni 1 Disember 2014, kurang sebulan menginjak ke 2015. Lima tahun lagi jejak ke 2020. Tak pasti adakah imaginasi kereta terbang aku bakal jadi kenyataan? We'll see....
Kereta terbang xde, subsidi petrol terbang ada. Hahahaha!
ReplyDeleteKakak baru nak komen macam Fara katakan tu tak jadi hihi...
ReplyDeleteKapal terbang pun dah jatuh Huda macam mana kereta nak terbang:)
betul2...mase lieya sekolah pun ade satu hari tu cikgu suruh lukis tema suasana tahun 2020 heheeheheh.... mcm2 semua punye imiginasi.... tapi tu la ntah betul2 ade atau tidak kan....
ReplyDelete