29.12.15

Ceritera anniversary 12 tahun [271203 - 271215]

Lama betul tak update kan.

Takpe menyepi seketika. Ada banyak cerita yang aku nak share, serius.. Tapi memang sibuk, bukan satu kerja je tapi dah kena buat dua tiga kerja sekarang ni huhu..

Ok lepas ni kena istiqamah kalau boleh nak update setiap hari satu entry. In sya allah start budak naik sekolah nanti back to normal la kot. Pasal hari cuti sekolah ni aku memang masuk lambat sikit ( biasa 5-10 minit sebelum pukul 8 la) tapi kalau hari sekolah tu aku masuk pukul 7 pagi, so sebelum pukul 8 memang aku akan update satu entry dulu..:)

Ok la membuka entry sepanjang menyepi hampir dua minggu ni adalah cerita anniversary aku..

 Gambar memang saja di edit untuk nampak effect pipi flawless haha

27 Disember 2015 genap 12 tahun usia perkahwinan. Alhamdulillah. Syukur Tuhan panjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik untuk sampai ke tahap ni bersama dengan mrhubby dan juga anak-anak.

Sebenarnya tarikh tu juga adalah tarikh ulangtahun perkahwinan blogger Kakcik dan juga birthday blogger Daddy Ziyad.

Pada tarikh tu memang takde ke mana, takde apa yang special la..Memang takde plan apa pun. Tau tak bila dah sampai usia cam ni aku memang tak pentingkan apa-apa kecuali KESIHATAN YANG BAIK.

Kalau dapat apa-apa pun kira bonus la kan, tapi tak penting la pada aku sekarang memandangkan sekarang ni kan zaman nak kena berjimat macam-macam so memang aku tak expect anything. Ini pun salah satu perkara yang kita kena faham bila berkahwin kan? Ada rezeki lebih ada ler, kalau takde, takde la kan..

Tak sangka pulak mrhubby boleh upload kat fb pada haritu.. Pasal aku memang takde upload apa-apa kat fb kecuali instagram jer..

 
Ni entah gambar dua tahun lepas kot lepas aku bersalinkan si Aisyah tu huhu..Terima kasih atas segala wish dan doa untuk aku dan mrhubby. Doakan semoga aku dan mrhubby masih ada kesempatan untuk bersama pada tahun ke 13 nanti in sya allah.

Thanks sayang for everything, biar susah senang kita bersama..Love.

Sekian. 

Thanks sudi baca.




10.12.15

Untuk awak.......

Aku bukan orang yang feeling romantik ok tapi entah kenapa pagi ni tetiba rasa macam nak luahkan.

Semalam entah kenapa aku rasa sakit kepala yang amat sangat. Tapi kebelakangan ni pun aku memang rasa tak selesa kat kepala, belakang badan dan segala-galanya plus tengah 'cuti' kan. Aku assume badan letih, stress dan penat kot memikirkan macam-macam benda. Biasalah nak hujung tahun ni banyak benda berlaku dan nak kena selesaikan.

Aku cuba fikir positif tapi tetap jugak sakit sampai aku wasap mrhubby dan dia suruh berzikir jer..Oklah balik rumah aku cuba tenangkan diri pasal malam tadi aku nak kena baking cake untuk orang order. Sambil tu nak kena masak lagi untuk dinner kan dengan sakit kepala lagi.Tapi tulah aku think positif jer settle semua kerja elok-elok dan slow-slow.

Well, in this case yang aku nak ceritakan adalah mrhubby yang buat aku rasa selesa dan tenang menghadapi semua keadaan. Entah kenapa aku nak luahkan sebab aku rasa kadang aku ni memang manusia yang emosi ok. Mood memang unpredictable. Kejap ok kejap nak marah. Nengok rumah bersepah marah, lepas tu macam-macam la. Senang kata ada je yang tak kena.

Tapi Tuhan tu memang adil dan baik. Dia bagi aku suami yang tak banyak karenah. Ok of course la dia ada jugak kekurangan tapi kita memang kena ajar diri (of course aku ler) kena nengok side kelebihan tu instead kekurangan dia.

Dalam waktu aku sakit kepala, emosi yang macam-macam dia buat aku rasa tenang untuk handle situasi. Dengan anak-anak yang aktif, rumah yang bersepah, sikit pun mrhubby tak merungut tapi kemas sama-sama..Yup aku memang patut berterima kasih sebab dia boleh jaga ketiga-tiga anak dengan baik waktu mood aku tak stabil dan sakit dan bantu aku baking sekali malam tadi.

Pagi ni dia siapkan bekal untuk aku bawak ke ofis (geng makan dah cuti pergi umrah) so kenalah bawak bekal hehe. Ala bekal roti jer tapi ok jer, takde hal. Everything seems perfect untuk aku pagi ni. I feel macam 'oh memang seronok kan bila kita dilayan dan semua dah tersedia untuk kita'

Entah kenapa kan, dalam beberapa minggu lepas kita terima macam-macam berita kematian so aku rasa kita memang kena belajar untuk lebih menghargai orang sekeliling kita. Selagi masih ada hayat hargai la termasuk aku. Kalau pun dia bukan orang yang perfect tapi pandang dari sudut kebaikan. Jangan amik kesempatan atas kebaikan.

Belajar dan hargai waktu susah sama-sama supaya kita akan rasa kemanisan berumahtangga tu. No...belum anniversary aku lagi tapi tak tau kenapa aku nak tulis sebab aku rasa semalam aku sakit kepala yang teruk tapi hari ni aku rasa lega sikit ler..Dan aku patut berterima kasih pada mrhubby for everything..

In sya allah love u and kids...





6.12.15

Johor berkabung atas kemangkatan Tunku Abdul Jalil

Terkejut dan sedih.

Innalillahiwainnailahirajiun. Takziah kepada keluarga Diraja Johor atas pemergian anaknda tersayang Tunku Jalil ke rahmatullah.

Terbayang-bayang lagi keletah almarhum masa Kembara Mahkota Johor bulan Ogos haritu..Seorang putera raja yang memang down to earth, sporting, boleh turun bergambar (siap selfie) dengan orang ramai tanpa ada protokol..Terbayang lagi lambaian almarhum..





Takziah sekali lagi dan moga almarhum ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Tenang dan rehatlah di sana..

Negeri Johor berkabung selama tiga hari.

Kata-kata dari TMJ untuk almarhum


Sumber gambar : Facebook

5.12.15

Juara Parodi - mengenang arwah Yus Jambu

Malam tadi aku nengok Juara Parodi - mengingati arwah Pak Yus Jambu...Kira malam tadi memang takde pertandingan tapi semua artis dan pelawak-pelawak tu buat sesi khas mengingati arwah.

Aku memang nengok rancangan Juara Parodi tu saja nak hiburkan diri sesambil lipat kain baju tapi on off ler. Kalau part yang macam boring tu aku tukar channel hehe. 

Tapi rancangan Juara Parodi malam tadi memang sedih..Aku sedih sebab nengok semua kawan-kawan dia menangis, ternyata mereka semua punya hubungan yang akrab. Memang tak sangka arwah Pak Yus pergi dalam tempoh yang awal ni kan, tapi kalau Tuhan kata dah sampai ajalnya memang tak boleh nak elak kan.

Aku kagum sebab lepas arwah meninggal dunia, memang takde satu cerita buruk pun yang keluar, semua cerita yang baik-baik belaka pasal arwah. Seronok kan bila meninggal dunia orang hanya cerita pasal kebaikan kita. 

Mudah-mudahan kita semua ambil iktibar dari kematian arwah ni. Berbuat baik tanpa mengira orang dan pangkat serta ikhlas bila bersedekah.

Moga roh arwah Pak Yus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

p/s - Pagi ni jugak aku baru terima berita kawan kat pejabat lama aku meninggal dunia sebab kanser hidung. Innalillahiwainnailahirajiun, takziah kepada keluarga arwah kawan aku tu dan moga arwah tenang dan damai di sana..

Sekian...

3.12.15

Macam-macam ler | First time buat churros

Macam-macam kisah aku baca semalam, tapi yang paling menang semalam kisah Fazura dengan KimK tu lerr..Haih la, malas nak komen ler, apa-apapun macam orang putih kata think twice gitu..

Yang lain dengan harga minyak turun ke naik pun aku dah malas nak fikir, jap naik ke jap turun.. Lepas tu dengan harga pengangkutan awam nak naik, ehh Malaysia ni dah kenapa ek..Semalam pun aku baru dapat tau, ada member yang menyewa rumah nak cari rumah lain disebabkan tuan rumah nak naikkan harga sewa rumah. Lewat petang pengusaha taska bagitau dia pun tengah pening kepala sebab taska sekarang ni (rumah yang disewa jadik taska), tuan rumahnya nak naikkan sewa jugak dari RM500 ke RM800..So maybe ada kenaikan harga kot? Ermmm..

Rasanya 2016 lagi parah kot dengan sana sini kos naik. Bertahan la seada dan semampunya selagi boleh..In sya allah, mudah-mudaha Tuhan permudahkan la urusan kita semua...Kalau komen dan luahkan kat mana-mana pun, macamlah menteri kita baca dan amik kisah yea tak?

Dah takmo pening-pening aku nak tunjuk haritu aku ada buat churros..Ala, dah orang viral kan resipi churros tu pastu banyak pulak orang dok share kat fb. Tu yang aku nak try jugak ler.

Tapi churros ni aku buat pendek jer..


Dah ler takde piping bag masa ni, seksanya la haiii..Nak jugak nak ada bentuk star gitu. Pakai je nozzle yang ada tapi tak guna piping bag, berpeluh-peluh aku buat ok..

Penat tak hilang, abis buat je lepas tu lesap diaorang makan huhu. Ni aku golekkan dengan gula dan serbuk cinnamon jer, oklaaa..Kalau ada coklat lagi sedap kot tapi aku malas nak buat hehe..

Churros ni makan panas-panas sedap ler, dah sejuk cam tak best, tapi pada pendapat aku ler, lain orang lain citarasa kan..Nanti ingat nak buat lagi ler tapi dengan sos coklat pulak, tapi nak buat versi panjang sikit :)

Oklah sekian, thanks sudi baca..





1.12.15

Aisyah nyaris ditinggalkan tertidur dalam kereta

Berlaku pagi tadi.

Mrhubby hantar aku ke ofis. 

Rutin harian kitaorang adalah hantar Aisyah ke taska dan kemudian barulah hantar aku ke ofis. Tapi sebab ni cuti sekolah biasanya aku pergi lambat pasal taska buka pukul 7.30 pagi. Tapi tadi macam awal so aku minta mrhubby hantar aku dulu ke ofis. Aisyah pulak tido, dan selalunya aku pegang dia tapi aku minta mrhubby letak Aisyah tido kat seat belakang. 

Dah beberapa minit kat ofis..

Tak lama aku terima whatsapp dari mrhubby..


Ye botol air Aisyah penyelamat semuanya. 

Walaupun parking depan rumah jer (asalnya nak parking sebelah rumah jiran lagi sebab ada kereta orang kat depan rumah). Andaikata la mrhubby tak nampak botol air Aisyah tu..

Soalannya, adakah dia akan nengok belakang seat? Kebiasaanya memang tak nengok dan terus tutup everything dan jalan keluar (pasal rutin asal memang hantar Aisyah dulu ke taska). Kira dah expect nothing ada kat belakang (tambahan senyap sunyi).

TAPI botol air tu penyelamat dan Tuhan nak tolong, alhamdulillah.

Aisyah memang tido senyap sunyi, takde bunyi dan umpamanya macam takde apa-apa pun kat belakang.

Kesimpulannya kitoarang paham sangat keadaan yang berlaku pada parents yang kehilangan anak (kes anak tertido dalam kereta). 

Ya Allah aku tak boleh bayangkan...

Ni satu pengajaran untuk aku dan mrhubby. Bila kita dah terbiasa dengan sesuatu rutin tu elok teruskan la nak-nak lagi melibatkan anak-anak..Bila kita ubah sikit jer takut boleh mendatangkan perkara yang kita sendiri tak boleh nak jangka.

Sekian, thanks sudi baca.

 




Majlis penyampaian hadiah sekolah agama Zara

Ni aku nak letak jugak entry ni khas untuk tatapan aku dan jugak Zara hehe. Maklumlah dia kan darjah satu, lepas tu ni first anugerah dia dapat tapi untuk sekolah agama la. Sekolah rendah dia tak dapat apa-apa pun tapi it's ok.

Majlis ni dibuat sehari sebelum cuti sekolah. Sebenarnya Zara dapat no. 3, alhamdulillah kira ok la kan. Ikutkan masa awal tahun dia masuk sekolah dia langsung tak boleh baca jawi. Tulah sibuk ajar baca rumi sekali tu lupa nak ajar part jawi. Tapi alhamdulillah sekarang makin ok.

 Budak depan Zara tu sama-sama dok taska dengan Zara masa kecik, badan dah macam Zarif


 Dari kelas Zara, budak laki yang dpt no 1 dan 2, dia je sorang dapat no.3

Si Aisyah ni pun sibuk ikut sekali, kebetulan masa hari ni aku pun cuti sesaja :)

Harap tahun depan Zara dan Zarif dapat usaha lebih lagi yea...Nombor tak penting, tapi kalau dapat anugerah apa-apa anggap je itu bonus untuk diri yang dah berusaha yea?

Ucapan takziah untuk keluarga arwah Pak Yus (Jambu). Sungguh kematian itu sangat dekat dengan kita. Sebab tu kena selalu persiapkan diri. Kesihatan tu memang sangat penting la kan. Pastikan jaga makan dan jaga rehat. Aku pun suka makan jugak tapi dalam masa yang sama aku pentingkan rehat. Kalau rasa penat, memang aku akan tido la. Kita yang kena tau kemampuan diri kita kan. Tapi nak senam ya ampun memang pemalas yang amat. Lepas ni kena rajin ler..At least buat gerakan ringkas pun jadik la kan..Selalu niat je ada tapi tak terlaksana.

Sekian, thanks sudi baca!
 
 


29.11.15

JDT kalah dengan Felda United pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2015

Amboi tajuk macam tajuk suratkhabar?
Ingat tak sedih? Eh sedih kot, tapi masih cool lagi, rileks la setakat Piala Malaysia je pun....

Lagipun aku rasa sesekali kita kena kalah (walaupun kalah di Larkin) untuk dapatkan hasil yang lebih baik. Kalau tak kita akan rasa sentiasa bagus jer.

Game malam tadi pada aku dah ok tapi aku rasa JDT boleh buat lagi yang terbaik cuma nasib tak menyebelahi JDT dan aku rasa reff malam tadi lemau la sangat. Ntah kenapa la gol yang Haris Harrun buat boleh dibatalkan? Dahla tu pemain Felda United main kasar, hmmm..

Eh tapi takpe la, aku terus doakan supaya JDT akan jadi lebih hebat pada tahun 2016. Kalah menang takde hal punya la. I LOVE JDT, I TRUST TMJ!!

Sumber gambar : Page Johor Southern Tigers

Ok, sekarang semua boleh berehat k. Thanks pada semua pemain JDT yang telah mewarnakan game pada 2015 dengan hebat. Dulu aku tak suka bola, tapi sekarang aku selalu tertunggu-tunggu game bola esp JDT ler :)

Sekian, thanks sudi baca..

26.11.15

Sketch suka-suka untuk soalan SPM 2015 - PSV2

Kalau tak silap aku Rabu lepas, aku mintak mrhubby sketch salah satu soalan untuk Pendidikan Seni Visual 2 untuk SPM (dah berlangsung Isnin lepas).

Boleh tahan mencabar ok soalannya (biasanya soalan dapat awal supaya student boleh buat latihan)..Aku memang dari dulu memang tak suka subjek Seni, biarlah orang kata senang sekali pun, pada aku tetap susahhh...

Susah kan??? Ke senang??

So untuk menguji mrhubby aku mintak la dia sketch kan..Kebanyakan cikgu seni memberi tumpuan pada soalan Panglima Lebah dan Suasana dari Bilik di tingkat empat hotel. Ada jugak aku nengok cikgu yang buat soalan burung..Tapi haritu aku mintak hubby sketch je soalan panglima lebah dan suasana dari bilik hotel tu..Pada aku semua soalan ni susah (dasar tak reti melukis memanglah susah jer kan..)



Oklah at least dia boleh buat walaupun sketch jer..Tapi kan ada jugak cikgu seni yang lain buat lagi hebat (aku nengok kat fb untuk cikgu-cikgu PSV). Ni belum warna lagi tau, baru sketch ala-ala jer..Aku?? Jangan kata lukis, sketch pun belum tentu ada rupa dan bentuk, nyampah laa..Aku kagum dengan orang yang ada bakat melukis ni..Tapi mrhubby ni takdelah hebat sangat, tapi bolehla setakat nak lukis yang basic..Kalau nengok gambar dan lukis balik pun dia okla..

Semoga pelajar-pelajar yang menjawab PSV2 untuk SPM haritu dapat melukis dengan jayannya yea..:)

Sekian, thanks sudi baca.

25.11.15

Cerita Birthday Zara Afina [17/11/2015]

Seminggu sekali aku update, janji ada ek. Padahal minggu lepas birthday Zara, beria aku nak publish entry, semua pun tak sempat..Busy sokmo la.

Ok, direct to the point je la yea.

17hb November lepas adalah birthday Zara yang ke 7 tahun. Waktu sebenar Zara dilahirkan adalah pada jam 10.59 malam. Sebenarnya memang takde plan apa-apa pun. Kononnya aku nak buat kek yang simple jer la kan, tapi bila aku update dalam instagram, mak aku terus whatsapp dan suruh balik rumah dia, nanti dia buatkan kek untuk Zara huhu..Kebetulan esoknya 18hb tu cuti umum kat Johor so ptg tu balik kerja memang terus ke rumah mak la.


Isshh dah besar anak ibu ni, macam tak percaya pun ada. Dulu dapat dia ni ler aku dok manjakan, bukan manjakan apa pun, tapi lebih kepada beli baju yang macam-macam untuk dia. Tak tahan ohh, nengok baju girl cantik-cantik..Sampai ada masa Zarif cakap, asyik-asyik baju Zara jerr, huhu..Pasrah la nak..Tapi untungnya ada antara baju Zara yang masih elok, boleh diturunkan ke Aisyah. 

 Ok dia perasan tu kek dia, asyik la cakap, "tu bdaytoyou (maksudnya kek la tu) Yaya"

 Birthday girl dengan kek Victoria Sandwich yang mak buat, memang sedappp

 Si tirus dan si lebar haha..

 Terima kasih Tokzu buatkak kek yang sedap ni..

 Tq Tok Tip yang bagi hadiah buku, untungnya bukan birthday girl je yang dapat,yang tak dirai pun dapat sekali :)

Memang takde buat apa pun, simple je kan, yang penting happy. Ibu dan abah doakan supaya Zara membesar dengan sihat dan sejahtera dalam hidup. Jadilah anak yang solehah dan sentiasa menghormati sesama manusia, Amin.

Sekian, thanks sudi baca.




16.11.15

Jemputan kahwin [Sabtu - 14 Nov 2015]

Assalamualaikum kawan-kawan..

Uhhh lamanya tak jengah sini, kadang ada jugak la aku baca entry korang..Banyak masalah la minggu lepas.

Tetiba tak boleh nak masuk blog la apa la nak verification code through phone no la (padan muka aku), sekarang aku dah off apa-apa verification code guna phone senang cerita..Bila tukar phone no datanglah macam-macam masalah. Kadang rasa leceh nya la guna smartphone ni tauu..

Sebenarnya kan ada banyakkkk cerita tapi aku cerita kejadian minggu lepas la yea. Nak buat cerita lain, nak kena transfer gambar yang banyak dari hp, satu-satu dulu k.

Sabtu lepas ada jemputan kahwin kawan kat Bakri, Muar. Pergi konvoi 3 kereta, tak jauh sangat la tapi sesat jugak huhu.

 
Actually family kawan aku ni ada buat bisnes lembu, so ada kandang lembu kat belakang tuu..Seronok jugak la nampak lembu-lembu tu semua, tapi paham je la kan kalau ada lembu tu mesti la ada bau-bauan..Esp kitaorang yang dok kat bahagian belakang ni. Tapi aku ok je takde hal, tapi nengok budak sorang tu mengada tak sudah..Bajet princess sangat ok...Esok dapat kahwin orang kampung baru tau hehe..

Aku takde amik gambar makanan pun tapi makan memang sedap..Ada kulit lembu tapi aku tak reti makan, Zarif dengan mrhubby bukan main lagi makan..Tak sangka aku Zarif ni reti makan kulit lembu tu, kadang makanan yang aku tak makan pun dia reti makan...


Kawan aku yang laki tu, tahniah untuk Akob dan Tasha. Moga jodoh kekal hingga ke akhir hayat, suka nengok baju Tasha ni, warnanya cantik memang sesuai la dengan Tasha..

Gigih betul aku tunggu sampai pengantin datang tau, rugi la kan dah datang pastu takmo jumpa pengantin, tapi tu jelah shot yang aku mampu amik pasal mrhubby dan anak-anak dah tunggu kat dalam kereta pasal tak tahan cuaca yang panas..


Terima kasih pada kawan-kawan yang sama-sama memeriahkan majlis kahwin ni. Ni semua kawan-kawan masa kerja kat fakulti lama, sekarang masing-masing dah berpisah dan dok kat ofis lain. Tapi takde hal  still boleh berhubung lalu whatsapp kan..:)

Balik dari Muar tu singgah rumah mak abah dulu, sempat la minum petang sesama. Balik rumah dah lewat petang. Memang sakan berjalan padahal ke rumah orang kahwin jer..

 

Budak kecik ni peminat telur tapi takmo makan part yang kuning serupa macam kakak dia. Bagila telur rebus ke pindang ke telur goreng ke semua pun dia makan. Oh aku belum cuba telur setengah masak la, nanti nak buat la nengok dia reti makan ke tak ek..

Oklah, sekian dulu cerita untuk pagi ni.
Lepasla gian untuk menulis hehe..

Thanks sudi baca.

 











5.11.15

Bila Zarif ujian taekwando

Ok semalam cerita pasal Zara kan, hari ni pasal Zarif pulak sebab program yang melibatkan diaorang melibatkan hari yang sama iaitu hari Sabtu lepas.


Habis je aktiviti untuk Zara tu, kitaorang pun balik la rumah pasal Zara dah kalah kan, hehe..Ok balik rumah rehat-rehat pasal nak bawak Zarif pulak ke ujian taekwando nak naik (1st) blackbelt pukul 3 petang Sabtu tu.

Tapi aku tak ikutlah pasal aku memang penat dan kebetulan pulak hujan turun lebat sangat waktu tu. Jadi mrhubby je yang bawak Zarif dan tukang amik gambar dan rekod video :)


Sebenarnya dah banyak kali la Zarif ni nak berhenti taekwando ni tapi aku dan mrhubby tak bagi. Memandangkan taekwando ni seminggu sekali dalam tempoh sejam setengah je, rugi pulak nak berenti kan? Lagipun dari darjah satu dia masuk sampai dah darjah 4 ni..Nak berenti tak jadi-jadi jugak hehe. Aku suka dia ada aktiviti dari dok kat rumah melanguk nengok tv.. Zarif ni suka main bola dan aktiviti luar sebenarnya..Tapi taekwando ni aku akan teruskan sampailah ke peringkat yang mana aku dah tak mampu nak bayar yurannya haha..Nengoklah nanti macamana, buat masa sekarang ni just go on..


Mujurlah masa tu Zarif dalam group pertama nak buat ujian, so habis je dia dah boleh balik rumah. Beberapa hari sebelum aku memang pesan kat dia fokus sebab sebelum-sebelum ni kalau time ujian macam main-main je kan..Sebab time ujian ni ada beberapa langkah yang dia kena hafal kan..Nasib la ok..

Tak sempat lagi belikan Zarif baju baru taekwando Zarif, haritu takde saiz..Nanti ibu belikan ok supaya Zarif lebih bersemangat pakai baju baru hehe..

 



So harap Zarif berjaya dengan ujian naik ke 1st blackbelt ni. Mudah-mudahan berjaya ye anak ibu, ibu akan support Zarif selalu.

Oklah sekian dulu.
Tq sudi baca!





4.11.15

Bila Zara masuk pertandingan mewarna

Lama pulak tak update yea hehe. Rindu tak? Rindu tak? Hahah..

Sebenarnya banyak je cerita yang berlaku minggu lepas tapi kita cerita yang berlaku Sabtu lepas ok. Zara sibuk nak masuk pertandingan mewarna kat sekolah rendah lain (bukan sekolah dia), kebetulan sekolah tu buat Hari Amal dan ada la pertandingan mewarna tu. Tak pernah masuk tetiba nak join. Kononnya dah berjanji dengan kawan dia, tiba masa kawan dia tu takde, nak ke taknak kena la masuk jugak pasal dah daftar.

Kategori Zara (7 - 9 tahun) memang ramai yang masuk. Walaupun abah (mrhubby) guru seni tapi tak bermakna anak-anaknya terer jugak..Kadang bila abah ajar teknik warna dan lain-lain, anak-anak semua takmo ikut, dia cuma percaya kata cikgu seni yang ajar diaorang jer, huhu..

Jomlah layan gambar jer.

Abahnya pun satu, beria mengajar teknik mewarna guna crayon, susah tuu..

Ha amik kau dok depan sekali, macam nak exam je kan..

Ni baru satu kelas..kelas sebelah pun ada lagi yang sama kategori umur dengan Zara

Sementara kakak Zara mewarna, 
jomlah jalan-jalan nengok apa yang ada kat sekolah ni sempena hari amal ni yea..

Cuaca memang panas ohhh, gigih je la aku masa ni demi anak..


Uihh gigihnya bergambar kat panas huhu

 Cam ni rupanya lori bomba ek..

 Aku nak tunggu tempat redup jer :)

Sekali ternampak abang bomba, aku suruh mrhubby bergambar hehe

Ok jom naik balik kelas nengok kakak mewarna..
Ramai rupanya dah habis buat, terernya, padahal masa panjang lagi tu..

Aiyok cikgu seni tengah pantau, maklum la first time masuk bertanding huhu

Masa ni dia mula stress dan tension, moody lagi kan..
Apam tu aku belikan konon peransang untuk dia hehehe..

End up Zara kalah, even saguhati pun tak dapat. Yang menang tu kaler memang cantik giler laa..Tapi takpe, ni kan permulaan, pada aku Zara berani la jugak sebab nak masuk bertanding. Lepas ni boleh belajar teknik mewarna dengan abah lagi yea..Maybe dia nervous ke apa ke kan, lepas tu nak moody laa..

In sya allah akan datang ada la rezeki dia..

 Kakak kita kalah la, tapi takpe kita tetap support dia sampai bila-bila..


Ok, sekian.
Thanks sebab sudi baca..Moga terubat rindu korang :)

 










28.10.15

Happy Birthday Encik Suami

Hari ni 28 Oktober adalah hari lahir mrhubby, abah pada Zarif, Zara dan Zahia - dua tahun lagi menginjak ke 40. Tapi kenapa dia takde uban pun, aku punya uban bukan main lagi, mungkin suka berfikir kot hehe.

Anyway, Happy Birthday to u, semoga dirahmati Allah selalu, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik, in sya allah.

Sebenarnya memang takde nak celebrate apa pun, lagipun tengah musim exam kan. So memang takde buat apa la..Tapi atas dasar kasih sayang gitu, aku pun gigihla fikir kek apa la nak buat ek. Malas la nak buat kek besar-besar. Nak beli memang tak la, fikir mahal pastu gst lagi kan, lagipun nengok bahan-bahan baking macam ada lagi so jomlah kita buat kek simple..

Aku pun google dan rasa nak buat hokkaido chiffon cupcake jer. Nampak macam senang tapi remeh ok. Ni adalah kali kedua ke kali ketiga aku buat. Tapi konon-konon nak buat cantik-cantik la untuk mrhubby pasal masa first time buat cam tak cantik pun (UPDATE : makan masa lunch tadi sedap la sebab sejuk dengan kastard tu lagi hehe). Gigih tau malam tadi buat dalam keadaan ngantuk dan sakit leher hehe..


Sebenarnya ada lagi cupcake lain, ni aku letak dalam bekas remekins ni untuk mrhubby la. Konon special untuk birthday boy :) kahkahkah..

Pagi ni pulak buat bekal nasi lemak je untuk semua..Pun gigih jugak bangun seawal pagi tau, padahal malam tadi tido pukul 12.30 tapi untuk semua yang tersayang takde hal la kan..Ayam tu guna drummet Ayamas jer tak sempat nak beli bahan basah lain.

Tapi yang bengang pagi tadi bila aku excited nak buat sambal, tetiba aku macam, apahal la lada boh aku ni beku? Siap ketuk pakai sudu nak confirm kan lagi..Tapi ada part yang dah tercair la, tu pun sikit jer, tu pasal sambal tak dapat buat banyak..Tapi masa aku amik lada boh tu, bekas tu ada kat bahagian bawah fridge..Entah bila masanya dia alihkan dari freezer ke fridge bawah tu (UPDATE : aku dah tau siapa punya kerja : ZARIF) grrrr..sabar jela. Mesti masa aku suruh simpan kat fridge bawah, dia tak fokus lepas tu suka hati letak kat freezer.



(UPDATE : rupanya aku tertukar bekal Aisyah dengan mrhubby. Kesian mrhubby nak makan tadi rupanya dia terbawak bekal upin ipin Aisyah yang sambal secoet tu je haha..)

Oklah sekian untuk hari ni.
Tq sudi baca!

22.10.15

Fikir yang baik-baik saja

Kelmarin aku ada baca la kat fb pasal kisah jangan riak kalau kita update pasal anak-anak di laman sosial. 

Oklah macam ni yea, masing-masing ada pendapat sendiri dan semua pendapat tak salah. Pendapat orang kan so kita kena respect. Cuma kalau tanya pendapat aku, aku rasa aku takkan bersangka yang orang update pasal anak-anak ke, atau pasal makanan dan tempat makan ke sebagai orang yang riak. Terpulang la pada niat orang yang update dan upload tu.

TAPI kannn..Aku sendiri suka kalau orang share dan letak la gambar anak-anak ke, gambar masakan ke atau gambar tempat korang berjalan ke atau apa-apa jela..Sebab aku selalu ajar diri untuk think positive (walaupun aku sendiri tak tau tujuan utama orang yang upload tu kan) tapi harapnya takdelah yang berniat nak menunjuk-nunjuk.. Aku selalu rasa bila orang update tu sebab aku rasa diaorang nak sharing. So aku memang takde masalah. Berkali-kali kalau korang nak update pasal anak ke, pasal dekorasi rumah ke atau pasal apa je aku memang takde masalah langsung sebab aku memang suka membaca dan suka nengok gambar. 

Maklum je la kan macam aku ni belum lagi ada kesempatan nak jalan jauh-jauh, so bila ada orang share gambar tempat-tempat yang diaorang pergi (esp yang di luar negara), aku rasa happy sangat macam aku pulak yang pergi berjalan tu hehe..Dalam masa yang sama bila orang tu share info lagi la aku suka sebab membantu..Kot-kot ada rezeki aku nak ke tempat yang diaorang pergi tu kan dah memudahkan hidup aku yea tak.

 Sentiasa bersihkan hati (peringatan untuk diri)

Pada aku, kita ajar diri kita la..Think positive k, sentiasa bersangka baik, in sha allah semuanya ok-ok jer. Even aku yang ada instagram selalu jugak update pasal anak-anak dan makan pasal peminat setia aku adalah mak aku :). Dia memang akan nengok semua instagram anak-anak dia. So dari situ dia akan tau pasal kitaorang :)..Tapi mak aku takde pun akaun instagram cuma tumpang akaun insta adik aku jer.

Tu je la aku nak cerita k..Kesimpulannya be nice to people and always think positive. Mana tau apa yang kita share tu sebenarnya boleh bagi idea or something pada orang lain yea tak?

Ok la..Till then bye.


21.10.15

Akhirnyaaa...

Akhirnya kes seorang lelaki menampar seorang pekerja Bangladesh sehingga mendatangkan kecederaan di kedai cuci kereta mencapai penyelesaian bila mana dia mengaku bersalah. Baca petikan berita dari Metro ini;


Moga kawan aku (pemilik kedai cuci kereta) tu berpuas hati dengan keputusan ni. Kawan sekolah aku yang bukak bisnes kedai kereta ni. Dan sejak dia bukak bisnes ni dengan suami dia rasanya memang takde masalah la dan aku tau dia sangat menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya. 

Harap kisah ni menjadi pengajaran pada semua. Sekalipun kita rasa tak puas hati dan ada masalah tolonglah jangan nak ringan tangan nak menampar ke menumbuk sesuka hati. Please respect others. 

So kes selesai..

Sekian. Tq.


19.10.15

Jerebu lagi tapi tak cuti

Salam Isnin...No lazy Monday right?

Harini ada sekolah di beberapa negeri dan daerah yang ditutup sebab jerebu kan? Aku ingat Johor ada la termasuk dalam list rupanya takde pulak..Haih la, tak tau ke kat Batu Pahat dengan Parit Raja ni jerebunya teruk ok..Sejak Jumaat petang membawak sampai la ke pagi ni..Entah apa-apa la..Mujur la minggu ni tak mula exam, semua mula minggu depan.

Semalam memang teruk la jerebunya..Berasap jer rasanya, dari pukul 2 sampaila ke ptg cuaca macam mendung dan gelap padahal jerebu..

Pagi ni keluar dari rumah memang nampak berasap je dan aku ingat kabus ok...Biasalah pagi-pagi..
Bila tanya member naik motor dia cakap, ni bukan kabus tapi jerebu pasal kalau kabus kalau dia naik motor memang ada titik-titik air kat helmet dia, tapi ni memang asap jerebu..Dan waktu aku taip ni, keadaan kat luar masih lagi berasap yang aku rasa lagi lemas melemaskan, hmmm..Confirm memang jerebu laa..

Macam kabus kan, tapi jerebu ok..

Ni kalau Johor tak cuti esok tak tau laa..Kesian kat budak-budak, mask pulak dah abis, aku ingatkan harini jerebu dah ok, rupanya lagi teruk..Nantilah kena beli mask lagi.

Bilalah nak abis masalah ni kan, rindu pada awan yang cerah dan langit yang biru..Cepatlah semua berubah supaya keadaan kembali pulih macam biasa.

Sekian terima kasih dan tq sudi baca!

15.10.15

Kisah sedih dan tragik di Awal Muharam

Semalam cuti takde ke mana pun melainkan singgah kejap rumah mak waktu petang. Lain masa dari pagi memang duduk jelah kat rumah mengemas, memasak dan berehat. Sehari sebelum cuti tu aku dah mula lipat kain yang banyakkkk giler. Rasa nak muntah nengok kain baju yang banyak padahal aku dah lipat tapi tetap jugak banyakkk..So sebab diri sendiri yang kena lipat makanya kenalah positifkan diri, akhirnya habis jugak semua..

Ingat cuti semalam takde la apa-apa berita yang menyedihkan tapi tetap jugak ada berita yang menyentap diri..

Pertamanya kisah enam sekeluarga yang terbunuh dalam kemalangan kereta rempuh treler di LPT2 Terengganu. Tapi ada sorang anaknya terselamat (tak ikut) sebab ada exam di kolej, takziah pada adik tu dan tabahlah meneruskan hidup setelah kehilangan keluarga tersayang..Ya Allah berat betul dugaan yang diberikan, andai aku ada di tempatnya pun belum tentu aku mampu tanggung dugaan sebesar ini. Al-fatihah pada yang telah pergi.

Keduanya kisah adik Firdaus yang telah kembali ke rahmatullah disebabkan sawan. Ingat lagi tak kisah adik ni tahun lepas yang ditinggalkan sendirian di rumahnya dalam keadaan kurus kering dan badan melekat dengan najis? Ya dia telah meninggalkan kita semua..Sungguh Allah lebih menyayanginya..Al-fatihah. 

Ketiganya kisah sorang kanak-kanak 8 tahun yang telah meninggal dunia disebabkan kena airbag. Yang aku baca kisahnya abang bawak kereta dengan dua beradik, sorang dok belakang dan adik 8 tahun ni dok depan dengan kepala melekap betul kat dashboard yang ada airbag tu..Tiba-tiba terlanggar bonggol dan abang tekan break, airbag keluar mengembung tapi adiknya tu terpelanting ke belakang dan maut..Gitulah kalau tak silap. Aku terasa sebab kadang-kadang anak kedua aku memang suka tido sambil melekap macam tu..Al-fatihah kepada arwah.

Kadang kita tak sangka perkara-perkara macam ni boleh berlaku. Ya Allah lindungi la keluargaku dari sebarang perkara yang boleh memudaratkan. Mudah-mudahan keluarga/waris semua mangsa tabah dan sabar atas dugaan yang menimpa. Moga aku akan lebih berjaga-jaga dan lebih waspada dengan keadaan dan keselamatan di sekeliling..Amin.


13.10.15

Naik je laa | Salam Maal Hijrah

Salam hari Selasa..

Banyak betul cerita atau berita menarik yang berlaku dari minggu lepas sampai la ke minggu ni..Ermm kadar tol naik berita menarik ke?

Walaupun aku tak terkesan dengan berita kenaikan kadar tol ni tapi aku pulak yang emo mengenangkan adik-adik aku dan kawan-kawan aku yang dok kl dan mungkin bekerja menggunakan laluan tol ni..Apalah nak jadik kan? Kalau nak naikkan apa pun suka hati la, yang penting biarlah seiring dengan pendapatan kita..Lepas tu alasan naikkan kadar tol untuk menggalakkan naik pengangkutan awam??? Hmmm..

Kalaulah pengangkutan awam tu memang terbaik atau A++, aku rasa orang lain pun tak ingin nak naik kereta, berebut-rebut kot diaorang nak naik pengangkutan awam tu..Macam kat Jepun yang katanya memang pengangkutan awamnya menepati masa..Kalau boleh buat kat Malaysia, okla jugak..Haihh sakit hati pulak kan kalau bebel atau tulis banyak-banyak pasal tak boleh nak ubah apa-apa..Sabarlah hati semua yang terlibat dengan kenaikan kadar tol ni dan apa saja la yang naik..

Ikutkan banyak lagi aku nak tulis dan luahkan tapi takpelaa...Kang hati aku ni sakit, dahla kita nak masuk tahun baru (1437H)...

Untuk menyejukkan hati aku ni tataplah kejap apa yang aku terjumpa si Zara tulis kat bilik dia ni;

 Sejuk sikit hati ni tau :)


Jap aku nak letak jugak gambar yang aku buat mi kari minggu lepas, hehe..Ala masa tu nak dinner tak tau nak buat apa, buat la mi kari..Biasanya kalau aku buat kari memang tak letak santan, tapi untuk mi kari ni aku letak la santan..

Mi kari yang simple jer la - syukur alhamdulillah ~

Dah sekian untuk hari ni..
Ada masa kita update lagi ek, hari ni bos dah masuk ofis setelah balik dari Cambodia, nasib esok cuti.
Thanks sudi baca........

Salam Maal Hijrah untuk semua dan Selamat Datang 1437H, moga kita dapat perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik dan sentiasa la berdoa untuk kesejahteraan rakyat dan negara kita, Amin.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...