Salam hari Selasa..
Banyak betul cerita atau berita menarik yang berlaku dari minggu lepas sampai la ke minggu ni..Ermm kadar tol naik berita menarik ke?
Walaupun aku tak terkesan dengan berita kenaikan kadar tol ni tapi aku pulak yang emo mengenangkan adik-adik aku dan kawan-kawan aku yang dok kl dan mungkin bekerja menggunakan laluan tol ni..Apalah nak jadik kan? Kalau nak naikkan apa pun suka hati la, yang penting biarlah seiring dengan pendapatan kita..Lepas tu alasan naikkan kadar tol untuk menggalakkan naik pengangkutan awam??? Hmmm..
Kalaulah pengangkutan awam tu memang terbaik atau A++, aku rasa orang lain pun tak ingin nak naik kereta, berebut-rebut kot diaorang nak naik pengangkutan awam tu..Macam kat Jepun yang katanya memang pengangkutan awamnya menepati masa..Kalau boleh buat kat Malaysia, okla jugak..Haihh sakit hati pulak kan kalau bebel atau tulis banyak-banyak pasal tak boleh nak ubah apa-apa..Sabarlah hati semua yang terlibat dengan kenaikan kadar tol ni dan apa saja la yang naik..
Ikutkan banyak lagi aku nak tulis dan luahkan tapi takpelaa...Kang hati aku ni sakit, dahla kita nak masuk tahun baru (1437H)...
Untuk menyejukkan hati aku ni tataplah kejap apa yang aku terjumpa si Zara tulis kat bilik dia ni;
Sejuk sikit hati ni tau :)
Jap aku nak letak jugak gambar yang aku buat mi kari minggu lepas, hehe..Ala masa tu nak dinner tak tau nak buat apa, buat la mi kari..Biasanya kalau aku buat kari memang tak letak santan, tapi untuk mi kari ni aku letak la santan..
Mi kari yang simple jer la - syukur alhamdulillah ~
Dah sekian untuk hari ni..
Ada masa kita update lagi ek, hari ni bos dah masuk ofis setelah balik dari Cambodia, nasib esok cuti.
Thanks sudi baca........
Salam Maal Hijrah untuk semua dan Selamat Datang 1437H, moga kita dapat perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik dan sentiasa la berdoa untuk kesejahteraan rakyat dan negara kita, Amin.
Betullah Huda kalau macam keluarga kita di S'pore tu mana perlu kereta semua. Kalau ada pun satu keluarga satu kereta aje cukup. Setakat pergi kerja/sekolah semua guna lrt/bas. Sebab public transport mereka sentiasa ada dan murah.
ReplyDeleteMacam teringin nak buat mee kari pulak:)
Salam ma'al hijrah dari kakak.
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)