22.10.15

Fikir yang baik-baik saja

Kelmarin aku ada baca la kat fb pasal kisah jangan riak kalau kita update pasal anak-anak di laman sosial. 

Oklah macam ni yea, masing-masing ada pendapat sendiri dan semua pendapat tak salah. Pendapat orang kan so kita kena respect. Cuma kalau tanya pendapat aku, aku rasa aku takkan bersangka yang orang update pasal anak-anak ke, atau pasal makanan dan tempat makan ke sebagai orang yang riak. Terpulang la pada niat orang yang update dan upload tu.

TAPI kannn..Aku sendiri suka kalau orang share dan letak la gambar anak-anak ke, gambar masakan ke atau gambar tempat korang berjalan ke atau apa-apa jela..Sebab aku selalu ajar diri untuk think positive (walaupun aku sendiri tak tau tujuan utama orang yang upload tu kan) tapi harapnya takdelah yang berniat nak menunjuk-nunjuk.. Aku selalu rasa bila orang update tu sebab aku rasa diaorang nak sharing. So aku memang takde masalah. Berkali-kali kalau korang nak update pasal anak ke, pasal dekorasi rumah ke atau pasal apa je aku memang takde masalah langsung sebab aku memang suka membaca dan suka nengok gambar. 

Maklum je la kan macam aku ni belum lagi ada kesempatan nak jalan jauh-jauh, so bila ada orang share gambar tempat-tempat yang diaorang pergi (esp yang di luar negara), aku rasa happy sangat macam aku pulak yang pergi berjalan tu hehe..Dalam masa yang sama bila orang tu share info lagi la aku suka sebab membantu..Kot-kot ada rezeki aku nak ke tempat yang diaorang pergi tu kan dah memudahkan hidup aku yea tak.

 Sentiasa bersihkan hati (peringatan untuk diri)

Pada aku, kita ajar diri kita la..Think positive k, sentiasa bersangka baik, in sha allah semuanya ok-ok jer. Even aku yang ada instagram selalu jugak update pasal anak-anak dan makan pasal peminat setia aku adalah mak aku :). Dia memang akan nengok semua instagram anak-anak dia. So dari situ dia akan tau pasal kitaorang :)..Tapi mak aku takde pun akaun instagram cuma tumpang akaun insta adik aku jer.

Tu je la aku nak cerita k..Kesimpulannya be nice to people and always think positive. Mana tau apa yang kita share tu sebenarnya boleh bagi idea or something pada orang lain yea tak?

Ok la..Till then bye.


3 comments:

  1. Kakak pun kadang dok tanya dlm diri kakak
    Tapi selalu kakak samakan apa pandangan kakak mungkin sama dengan kawan yg buat entri
    Jadi pada kakak tak ada isu riak/ujub itu sebab kakak suka melihat especially anak-anak (kakak suka budak)
    Sama-sama kita fikir yg baik-baik. takut juga bila ada rasa itu. Allah...

    ReplyDelete
  2. Aku tengok keadaan udet. kalau dia tunjuk gambar dia makan, tetibe kat ujung pinggan ada terselit kunci Merc, memang show off lah. Memang aku menyampah lah. Tapi aku menyampah pun tahap yang, delete je dari fb feed aku. hahahah..

    pasal anak2 ni sensitip. Kita seronok nak tunjuk anak kita punye telatah kat mata dunia. Tapi ada org yang ter-over do it. Tu yang aku tengok mengundang menyampah orang. But then again, kalau ko x suka tengok, x yah tengok. kannn...

    ReplyDelete
  3. setuju..lya pon selalu positif n x pernah bersangka mcm tu.. kt blh tgk berdasarkan post tu..mmg niat nk sharing or nak menunjuk..setakat ni..lya paling suka tgk org post ttg anak2..esp xtvt atau apa2 pon..adakalanya drp y org post tu kt blh ambk panduan (mana yang baik)..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...