18.8.15

Persediaan masak memasak..

Ok nak puji diri sendiri setakat dua hari ni aku istiqamah dapat sediakan makanan tgh untuk anak-anak..

Bukanlah hari lain tak masak dan sediakan makanan, masak jugak, tapi masa....Yea setiap dari kita semua ada urusan masing-masing. So pengurusan masa memang sangat penting untuk urusan rumahtangga tambah lagi macam aku dan mrhubby yang bekerja ni kan. 

Biasa kalau balik tengahari yang lapar bersungguh tu memang Zarif dengan Zara la kan. Kalau aku tak sempat masak memang beli je la. Tapi sekarang ni kalau beli rasa macam tak puas la, lauk tak banyak sangat, belum tentu sedap lepas tu kena bayar mahal, tu yang berkira betul nak beli. Nak taknak kenalah paksa diri memasak.

Aku nak masak ni memang takde hal tapi nak buat persiapan tu alahaiii...Baik nak potong bawang, hiris la, tumbuk la, blender la..Part tu yang malas, kalau semua tu dah get ready memang laju je la aku masak. That's why pengurusan masa tu penting lagipun kerja aku bukan nak memasak je, nak uruskan kain baju lagi, nak layan anak-anak, nengok anak-anak belajar, layan mrhubby lagi, ehhh? :)

Oklah so untuk dua hari ni aku memang prepare dari malam. Yea sediakan semuanya dari malam. Boleh je kalau nak masak dari malam pun ok, lepas tu freeze kan dan reheat balik esoknya. Tapi aku ni pulak kureng suka masak awal kecuali dah terdesak sangat dan emergency bolehlah dipertimbangkan. So seawal pagi aku bangun dan masak la untuk lunch.

Tengahari yang biasa makan Zarif n Zara je. Mrhubby pulak suka makan waktu petang, tengahari takmo makan kecuali dah lapar sangat. Aku fleksibel, nak makan boleh tak makan pun ok. Tapi tengahari biasanya adalah masa ekslusif aku untuk tido..Tido lagi penting dari makan ok huhu..

Malam pulak, depends pada diaorang. Kadang-kadang makan apa yang ada, kadang tak makan pun. Amik makanan yang ringan-ringan je la. Kalau lapar jugak aku kenalah buat something untuk diaorang..

Tu cerita lauk utama, belum bab kudap-kudapan lagi. So tu semua kena ada, kalau malas beli je lah kerepek ke biskut ke ataupun buah, tapi biasanya semua tu tak bertahan lama..Tak sampai sehari semua dah abis..Kalau aku rajin aku buatlah something macam cookies ke, congo bar ke, puding roti atau pun apa-apa je la..Tu kalau rajin la yea...

Memang ada anak-anak yang tengah membesar ni, sokmo lapar jer. Kadang geram jugak, macam tak kenyang-kenyang tapi baguslah kan diaorang nak makan dari susah nak makan lagi aku stress pulak.

Bekal pagi memang aku sediakan untuk Zarif, Zara dengan si kecik Zahia Aisyah tu. Makan ke tak tu belakang cerita tapi mesti ada la, biasanya kalau balik masing-masing semua bawak bekal kosong jer.

So gitulah cerita entry hari ni. Aku harap masih dapat terus istiqamah terus memasak untuk anak-anak. Walaupun tak pro, tak terer masak tapi air tangan ibu kan, tetap menjadi pujaan anak-anak yea tak?

Semalam Zara cerita, cikgu dia tanya apa tugas ayah kamu di rumah (lebih kurang la kot camtu), dia jawab ---- sidai kain..

Lepas tu cikgu tu tanya, eh abis tu mak kamu tak buat kerja ke? (gitulah lebih kurang dia tanya), hehe..Zara cerita balik, aku gelak jer.

Ala rileks la cikgu, setakat sidai kain jer ada apa hal,..Malu ke kalau suami sidai baju?? Mrhubby aku ok jer takde hal pun. Kita memang dah bahagi tugas sama-sama. So lipat kain baju memang dia tak buat la, kau biarla kain baju membukit pun dia takkan lipat melainkan aku sendiri. Aku nak meroyan bising kata kain baju banyak pun, dia takkan cakap apa-apa, melainkan kau teruskanlah melipat hehe..Masing-masing tau peranan so pandai-pandai la..Kan ke berat sama dipikul ringan sama dijinjing kan, hehe..

Oklah sekian, tq sudi baca!





5 comments:

  1. Tak rugi kita sediakan makan utk anak-anak kita sendiri Huda
    Kalau dah biasa tak jadi masalah. Kakak ni dah berbelas-belas tahun macam dah jadi rutin sampai kadang lupa hari Jumaat mereka cuti sebab kakak kerja terbuat bekal utk anak juga. Dah banyak kali kakak terbuat gini (lupa). Dah tua ni nyanyuk hihi...

    ReplyDelete
  2. anaksaya pun bila balik dari sekolah macam nak terkam meja makan.. tapi memang betul, bila kita masak sendiri, tak sedap pun puas hati.. hihihi..

    ReplyDelete
  3. Haha.. X pelik la bile laki sidai baju.. Mcm laki kite laundary mmg die wat.. Basuh + sidai.. Lipat je x.. Kiteorg hanger sbb masing2 malas.. Haha.. Tukang kemas umah, mandikan anak2 + cebuk pn laki kite wat.. Bini die masak je.. :)

    ReplyDelete
  4. saya sangat menghargai bilamana ketika wife sudi luangkan masa berharga dia untuk masuk dapur. maklumlah sebab kami berdua bekerja. tak sampai hati waktu malam balik opis nak suruh dia masuk berperang kat dapur pula.

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Bab lipat kain.. mmg saya pun sama. Husband tolong basuh sidai angkat tapi yang lipat tetap sang isteri :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...