9.8.15

Takziah | Bila anak sakit lagi

Takziah untuk adik aku Rai kerana ibu mertuanya meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Putrajaya. Innalillahiwainnailahirajiun, moga Alip dan keluarga tabah menerima ujian di bulan Syawal yang mulia ini.

Yang aku tau arwah memang ibu mertua Rai yang sangat baik. Moga arwah tenang di sana dan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.

Minggu lepas ni memang aku takde nak raya ke mana sebab diuji ringan juga bila mak dan abah demam, batuk dan selsema. Tau jelah kan mak aku ada masalah paru-paru so bila kena batuk memang amik masa yang lama untuk pulih semula. 

Khamis petang bila balik dari kerja Aisyah pulak diserang demam semula. Jumaat malam bila nak pergi rumah kawan open house badan dia boleh menggigil-gigil pulak. Mujur klinik depan rumah terus masuk la ubat bontot dan amik antibiotik. Pergi jugak open house tu sebab dah siap semua, mujur Aisyah tak meragam. Sampai sana buat jugak sponging untuk Aisyah. Masa pergi klinik tu suhu dia 37.8C. Dr kata tekak dia merah dan bengkak. 

Walaupun tekak merah dan bengkak tapi selera makan tetap tak hilang. Siap makan nasi dagang dengan ayam goreng lagi, hehe..Memang berselera betul dia makan malam tu, minum air pun siap bertambah-tambah.

 Tu pakai baju kakak dengan jeans jer pasal seluar asal gedoboh, belum pergi alter lagi

 Nampak bukan main selera minum air ke jelly apa ntah

Dengan rakan sebaya yang lahir 3 bulan awal dari dia :)


Semoga anak-anak, mak abah dan sesiapa saja yang demam dan sakit lepas raya ni cepat sembuh semula yea..Amin.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...