Oklah aku rasa cerita raya aku sampai part ni stop la, eh tapi rasa last sampai raya keempat la..Ishh melampau betul la..Betul, sedara kitaorang ramai tauu, kalau ikutkan sebulan raya pun confirm tak abis jumpa semua sedara mara baik sebelah mak atau abah aku. Memang ramaiiii...Baru sedara tau tak masuk kawan-kawan lagi huhu..
Dahhh, nengok gambar je la..
Raya ketiga memang turn balik ke Kampung Kesang Muar (rumah arwah atuk dan nenek aku yang dah jadi homestay tu) tapi time raya ni adalah masa untuk berkumpul adik beradik dan buat tahlil ringkas.
Nengok ni kitaorang je adik beradik nak bfast lapar sangat tak makan..
Abah aku dengan cucu bongsu si Nuha tu, macam paham je si kecik tu..
Dengan pakcik-pakcik aku sambil makan buah-buahan tempatan gituu..
Kalau tak silap masa ni semua dah settle tahlil dan tengah berbual-bual, buat aktiviti sendiri sambil tunggu masa nak amik gambar family..
Sebab abah aku anak sulung mehla kita bergambar sekeluarga dulu
Bajet sopan la ni..
Ha amek freestyle katanya..
Ko nengok adik laki aku macam baru balik bercucuk tanam, abis basah bajunya..
Tapi masa ni kat Muar memang cuaca panasssss...
See abah aku yang sulung so kena duduk
Bersama pasangan masing-masing
Yang duduk tu means yang senior (takmo mengaku dah tua)
Aku la cucu yang sulung..
Ni gambar semua cucu perempuan bersama menantu-menantu, ada jugak yang takde kat sini
Gitu jugak ni semua sepupu lelaki dan menantu-menantu
Ada jugak yang takde kat sini
Finally semua sekali
Yeayyy..
Eh, belum abis lagi bergambar tau..Sebelum kita bergerak raya ke Melaka lepas Zohor tu, mehla amik gambar lagi selagi boleh. Padahal memang dah berpeluh dan lokos ok..Rasa macam nak berendam jer.
Adik beradik kitaorang
Satu keluarga :)
Kesian Aisyah ibu paksa bergambar dekat dengan pokok pandan
Lepas tu kat tangki air kosong pun ibu paksa posing jugak huhu
Masa ni dah rasa berlengas yang amat sangat
Aisyah dah tukar skirt pendek jer, ni dah kat Kandang Melaka (nama tempat ok)
Jakun nengok ayam..
Zarif dan Nasya
Abah dan Aisyah
Pergi rumah orang sibuk nak panjat pokok, suka hati la nak oii, bukannya tinggi pun pokok tu
Nengok kucing pulakk..
Balik dari Kandang Melaka, nak sambung beraya ke Muar pulak lepas tu terus balik BP..Tapi disebabkan malam tu aku pun nak ke rumah kakak ipar dan berkumpul sebelah mrhubby so kita skip raya kat Kesang..Parents aku teruskan beraya tapi aku dan adik kedua sekeluarga dan adik bongsu terus cari port makan mi bandung kat Muar..
Woww sedapnya makan mi bandung dengan sate dan soto jugakk..Tq pada Mai yang belanja kitaorang. Siap tapau bawak balik untuk parents aku lagi. Ni kedai yang biasa abah aku bawak untuk makan mi bandung sebelah kuil Cina ni..
Ala kalau makan kat Muar ni aku rasa sama je semua rasanya..Pada aku semua sedap laa hehe..
Bukan main lagi semua sibuk nak amik sate (tu dah second round tuuu)
Balik tu kononnya nak ikut Jalan Bakri, sekali amik kau jam ok..Kereta macam tak gerak langsung, haihh..Terus mrhubby pusing balik dan ikut jalan biasa nak ke Batu Pahat lepas tu sesak pulak kat Jambatan Batu Pahat, haih nama pun raya, pasrah je la..Nak mengamuk dan bising pun dah memang raya kan, nak buat camana..
Balik rumah sampai pukul 8 malam, siap-siap mandi dan solat dan terus beraya ke rumah kakak ipar..Malam tu pengsan zzzzzzzzzzz...
Sekian ~
Tq sudi baca..
Gigih tau aku menaip petang ni nak abiskan entry ni..:)
Sumber gambar : Pelbagai kamera dan dari kamera sepupu, tq.
Terserlah kemeriahannya... :)
ReplyDeletemeriahnya riang raya raya Huda, kak ana singgah beraya ke sini petang ni :)
ReplyDeletesaya punya sampai sudah tak update entri pasal raya.... hahaha asyik duk baca cerita orang lain jer
ReplyDelete