29.9.15

Kisah Aidiladha 2015

Amboi pagi ni bukan main korang bangun lambat ek, tergolek-golek sedap tido huhu. Dengan aku pun bangun lambat pastu lambat slide huhu,pasrah la. Taska pun tutup dan mrhubby kenalah jaga anak-anak, tq sayang! Cuaca sangatlah tak menyenangkan, lemas aku tau. Zara dah memang batuk sejak minggu lepas dan Aisyah dah mula selsema.
 
Ikutkan sebenarnya takde la apa sangat perayaan Aidiladha kat Johor ni, macam biasa-biasa je. Kadang aku pun pakai baju biasa jer cuma kali ni aku baik sikit konon nak pakai baju sedondon tapi bukan baju kurung pun hehe..

Yang balik kali ni aku dan adik yang kedua jer (asalnya), tapi weekend boleh pulak adik aku yang ketiga dan yang bongsu balik, happy la jugak walaupun diaorang balik kejap. Yang confirm tak balik si lelaki tu sebab giliran balik ke Temerloh Pahang.

Gambar yang ada ni, ada dari kamera adik aku. Mana yang aku watermark tu dari hp aku ler, lain tu bukan dari aku.


Masakan pun biasa je macam hari raya ada ketupat, kuah lodeh, rendang ayam, kari daging dan sambal udang. Itu je, syukur alhamdulillah. Lepas dah makan mehla amik-amik gambar jap sebelum ke masjid buat kerja ibadah korban.

 Kurang satu cucu lagi di sini, yang Nuha tu dah kenapa?


Gambar family aku takyah la pasal aku kelihatan gemuk yang amat sangat macam perempuan mengandung, nyampahh..


Bukan main suka korang eh nak nengok lembu kena sembelih, aku baru separuh jalan terus patah balik, takut pun yea jugak, huhu. Tapi budak-budak ni semua memang berani la termasuklah si kecik aku Aisyah tu..


Wah sedondon dan keibuan dan kegemukan gitu huhu. Malas nak fikir pakai baju apa pakai sama je la semua senang yang penting bersih kan.

 Gaya cover segala sudut selagi boleh haha..
Memula dengan ibu.

 Lepas tu dengan abah pulak.

Petang tu kitaorang ada berjalan ke tasik bawak anak-anak dengan anak sedara aku. Kebetulan masa tu jerebu taklah teruk sangat. Nanti esok kita cerita la yea..











23.9.15

Berdoa di waktu wukuf

Korang dah cuti? Dah balik kampung?

Selamat berpuasa untuk yang berpuasa hari ni, in sha allah aku pun puasa hari ni. Aku tak cuti pun masih di ofis hari ni bekerja tapi ofis dah sunyi sepi hoho..Sabarlah hati, minggu lepas sakan aku dah cuti bersambung dengan cuti Hari Malaysia kan takkan minggu ni aku nak cuti lagi kan. So pasrah je la seadanya.

Jangan lupa berdoa waktu wukuf tu nanti yea. Kalau ikut waktu di Malaysia bermula dari jam 5.08 petang hingga 11.12 malam, manakala di Arab bermula dari 12.08 tengahari hingga 6.12 ptg (ni maklumat yang aku terima melalui whatsapp la). 

Salam Aidiladha untuk semua, selamat bercuti dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat. Biar lambat asalkan selamat. Aku pun akan balik ke rumah mak lepas solat buka puasa dan solat maghrib nanti.

Sekian..

22.9.15

Kemas la rumah

Bangun pagi ni bukan main lagi nengok rumah kecil bersepah hehe.

Ye la kan dah ada anak-anak kecik dan sedang membesar haruslah aku terima seadanya walaupun dalam hati Tuhan je la tau. Dulu-dulu aku memang strict betul, sebelum kahwin pun aku strict jugak tak boleh nengok rumah bersepah, ni kan pulak dah ada anak-anak ni tapi bolehlah kot bertolak ansur sikit. Kang memanjang asik nak marah je stress pulak muka ni hahah..

Actually budak-budak ni pun dah mula paham tugas masing-masing lepas main kena kemas semula kecuali untuk si kecik tu. Dia tak paham apa pun, dia tau buat sepah jer. Tapi pasal aku selalu suruh abang dengan kakak dia kemas so kadang dia pun dah terikut sekali la mengemas (kemas cara dia la).





Tu semua Aisyah la yang buat, lepas tu dah tak mampu nak kemas lagi. Aku biarkan je la pagi ni malas nak kemas. Biar orang yang tengah cuti kat rumah tu yang kemas huhu.

Eh tapi kan sesekali seronok jugak macam ni kan, yelah nampak jugak la rumah aku ada anak kecik :) 

Amboi siap peace bagai ek..


Tengah kemas-kemas sikit tadi, aku terjumpa la pulak note ni, haih kat umah ni mana-mana pun ada note termasuklah dalam beg tangan aku. Maklumlah ada budak tu tengah gian menulis hehe..

Bukan main lagi alasan nak berhenti mengaji ek kata aku letih nak kemas rumah? Adoi la Zara, sabar je la..Niat tu baik nak tolong tapi tak payahlah sampai nak berhenti mengaji yea, tak perlu pun..:)




Ok sekian dulu untuk hari ni..
Tq sudi baca!

21.9.15

Tukar

Hmm saja tukar layout, kalau boleh nak tukar yang lagi best tapi takde masa so ni dulu buat sementara..:) Nak edit gambar pun semua amik masa so ni je la termampu, huhu.

Hari ni masak spageti aglio olio, ala malas nak amik gambar sebab simple jer..Ingatkan tak laku la spageti tu, tapi biasanya kan yang simple tu ler yang paling laku kan..Budak-budak siap bertambah banyak kali nak-nak si Zara tu yang picky eater tu. Aku tau dia suka spageti bolognese tapi bila tukar spageti aglio ni ingat dia tak suka, pergh makan jugak tu..:) Tapi alhamdulillah habis licin senang hati aku..

Tadi macam gatal tangan ni nak baking tapi rasa malas la pulak. Rasa blog ni yang memanggil lebih kuat tu pasal aku gigih menaip ni. Tapi aku cuma buat filling custard untuk cream puff je sebab esok dah nak kena buat creampuff untuk tempahan raya haji. Maybe buat sikit la untuk bawak balik rumah mak aku.

Tak sure raya haji nanti mak aku masak apa..Biasa raya haji kat Johor ni simple jer, so nengok la nanti camana..

Oklah saja je update ringkas, esok sambung lagi k..

Tq.




Kisah nasi lemak dan kopi yang viral

Oklah, dah berapa hari aku tak update?

Oii bz sangat nii..Tak sempat nak baca blog pun tau, nengok gitu-gitu jer huhu..Oklah sebenarnya by the time korang baca blog ni pun aku tengah bz ada program fakulti dari pagi sampailah tengahari nanti. Paham je la dah nak konvo ni memang ler sibuk dengan majlis anugerah itu dan ini, so sabar la yea.

Tapi disebabkan aku pun dah muak entry ni dok melekat dah berapa hari so gigihla aku menaip di tengah malam entry baru :). Kira automatik publish gitu..Semalam konon private kan jap perasan macam nak tukar template dan edit sikit tapi memang tak sempat la, pening kepala la apa la, so mampu update entry je ni..

Ala bukan la entry apa pun tapi lately ni ada pulak kisah viral tempat makan nasi lemak yang glamer tu kan..Nasi Lemak Cik Chom namanya. Well, tak berapa jauh sangat dari rumah aku, tapi aku pun tak pernah singgah lagi. Belum ada rasa nak singgah pun, tak larat la aku semata-mata nak makan nasi lemak pastu nak kena beratur ramai-ramai pastu nak tunggu giliran lagi huhu..




Ni antara tarikannya makan nasi lemak dengan sotong yang besar ni. Selain sotong ada jugak ikan siakap goreng dan ayam. Pastu ada kelainan sikit ada nasi lemak hijau jugak (nasi lemak pandan kot). 

Disebabkan aku tak pergi lagi so adalah tidak adil aku nak bagi komen sedap ataupun tidak kan. Pasal citarasaorang lain-lain. Kang aku kata tak sedap, ada yang kata sedap. Aku pun baca melalui komen-komen yang ada kat fb tu. Memang buat masa sekarang belum nak makan kat situ lagi..:)


Tiap minggu balik umah mak aku lalu jalan ni so nampak la restoran tu (yang ada logo Celcom tu) tapi orang masih lagi ramai dan gigih beratur semata-mata nak makan nasi lemak tu..Memang bukan aku ler jenis nak beratur panjang dan menunggu lama ni, aku memang tak sabar ok :)

Tapi kata orang (penduduk setempat kat kawasan aku ni), tukang masak asal nasi lemak ni dah bukak restoran kat taman aku ni..Kira baru bukak kedai jugak la, ramai jugak orang tapi pasal tak viral so masih boleh lagi la hehe..Buat masa sekarang memang belum pergi lagi walaupun dekat la sangat dengan rumah..

Lagi satu yang baru keluar viral adalah berkenaan minuman Pirate Coffee. Ha yang ni dari awal bukak, memang ler penuh jer. Aku rasa cawangan Pirate Coffee ni macam ada kat tempat lain selain dari cawangan kat Parit Raja Batu Pahat ni.

Disebabkan nengok asik penuh je gerai ni, aku paksa jugak mrhubby beli. Nak jugak tau apa yang sedap sangat pasal ramai je yang beratur nak beli. Itupun setelah beberapa hari gerai ni bukak baru aku dapat rasa, itupun masa brother tu tengah setting nak bukak gerai, dah berapa ramai yang beratur menunggu, memang hebat!

Baca lagi

Tu yang aku beli tu perisa Cappucino. Oklah not bad, memang sedap. Untungnya brother yang bukak gerai ni ramai orang yang beli (kebanyakannya student U) dan lokasi tu memang strategik sangat la...Kalau tak silap aku brother yang jual air ni asalnya pernah jual nasi goreng kat pasar malam. Tu pun mrhubby yang cakap pasal trademark dia pakai kopiah dan badan sado :)

Oh ye harganya kalau tak silap RM4 yang biasa la, kalau special tu RM5..

Tahniah la pada brother ni dan geng dia sebab satu kelainan menjual air coffee kat taman ni. Aku memang salute pada anak muda yang berani dan berjaya berniaga. Memang kebanyakan yang bukak gerai menjual kat taman ni semuanya anak-anak muda, baik yang jual coffee ni, goreng pisang cheese, bubur, burger, rojak dan lain-lain. Memang diaorang berani dan punya hati yang kental.

Akan datang Pirate Coffee ni nak jual hot coffee pulak..



Wah bagus-bagus..Well, aku tak dapat apapun cerita ni semua, cuma bangga dengan semangat anak muda yang bersungguh-sungguh dalam berniaga. :) Lagi satu aku bukan peminat coffee ok. Kalau dah beli haritu dah la..Bila nak beli lagi tu tak tau la kan, pasal aku ni kalau minum coffee mulalah sakit kepala la dan macam-macam la..

Okla sekian dulu, nanti aku update kisah lain pulak yea.

Banyak lagi cerita ok tapi kena tunggu ada masa dan kena ada sifat rajin macam malam ni nak menaip hehe..

Sekian, tq sudi baca!








8.9.15

Malaysia tewas 2-1 dengan Arab tapi............

Malam ni sambil buat kerja sambil terpaksa jugak melayan nengok bola sepak perlawanan antara Malaysia dengan Arab yang aku rasa Malaysia akan kalah huhu..Tapi aku memang bajet diaorang akan kalah sikit laa takde la sampai 10-0 huhu..

Oklah kalah 1-2 tapi tak sangka pulak tetiba ada insiden baling suar ke tengah padang.Wowww, siap ada bunyi-bunyi boleh dengar kat tv tu..Kalau tanya pendapat aku kan...

Aku rasa sangat tak wajar. Kenapa tak wajar?

Sebab tengah syiok kot nengok diaorang main, walaupun ada lagi 4 ke 5 minit lagi sebelum masa tamat tapi tetiba boleh pulak permainan boleh stop sebab insiden tu..

Yelah kan, bila nengok insiden tu aku terus cakap kat mrhubby, "Ehh kenapa jadik camtu, malu la Malaysia.."

Terus mrhubby jawab, "Tu protes untuk FAM, biar la.."

Ehhhh, ada pulak cam gitu kan..Kalau ler aku yang tengah main aku pun frust kot jadik cam tu..Kot korang nak baling suar ke apa ke, tunggu la game abis, pastu suka hati la nak protes camana..Kesian weh kat players, ye la mana la tau kot kita boleh tambah gol last minit ke sapa tau kan?

Tapi apakan daya, benda dah jadik...

Pengulas kat chanel xxx tu kata, kita ada banyak saluran lain kalau peminat nak buat protes..Tapi agaknya peminat dah tak tahan kot, tu pasal diaorang lepaskan marah cam tu..

Kalau la aku ni player Arab, mesti aku akan rasa entah apa-apa je Malaysia ni huhu..

Ermmm, tak taulah nak kata apa lagi ek selain dari rasa malu.....

Sekian, tq sudi baca!


7.9.15

Random - Cuti Hari Kebangsaan

Salam kembali ke blog..:)

Meh la terus layan gambar yang random jer, rasanya diambil dari sebelum Hari Kebangsaan minggu lepas sampai la cuti 31 Ogos tu kot.


Saja jalan-jalan kat taman sendiri, adui geram pulak tengok rumah baru ni..Kalau mampu macam nak beli je lagi sebuah, kalau mampu laaa, tapi manalah tau satu hari nanti impian jadik kenyataan kan, in sha allah..Nengok rumah baru memang best, tapi nak maintain tu yang payah..


Ada satu malam tu aku dah takde idea nak masak apa, end up ni je yang mampu buat, eh tapi mrhubby makan bukan main bertambah-tambah kena pulak dengan nasi panas, hmm..


 Eh kidal ke? Sebab kebanyakannya yang Aisyah buat semua guna tangan kiri..


Kalau ada part belajar-belajar ni mesti hari Khamis atau Jumaat pasal masa ni abah diaorang pergi ajar tuisyen, kalau dok dengan aku memang belajar je la jawabnya, tu je cara nak control diaorang huhu..


Konon buat air detox, takde gula ke madu ke apa ke, no everything..Rasanyaaa ampunnn, tak sedap haha..Ok biasa aku buat lemon dan madu sikit jer buat rasa-rasa still boleh minum..Yang ni aduhai, minum gak tapi tak terkata la rasanya..Tapi nak detox kan, apa hal nak sedap-sedap pulak..


58 Tahun - Sehati Sejiwa katanya, ni masa cuti 31 Ogos tu..:)


Over rajin menu Hari Kebangsaan
Pasal malas nak keluar so kenalah masak-masak sendiri, lagi jimat dan mengenyangkan, alahai menu simple je nasi ayam kan..Aku manalah reti masak benda lain..


Lepas tu macam terajin pulak nak buat brownies kedut..Kenapa diaorang nak panggil kedut. Kebetulan ada dark chocolate yang tak abis-abis aku dok simpan, so buat je la..Nak eksperimen jugak betul ke jadik kedut tu, sekali dah buat betul la..

Eh tapi kan, memang sedaplah brownies ni, memang sedap (ikut tekak aku ler) aku amik resipi dari Kak Ita Masam Manis Memang sedap la, tapi tak tau la kat tekak orang lain, aku buat ni sekejap je abis, kat umah aku tu semuanya asik cepat abis je, agaknya budak nak membesar kan, memanjang je lapar..Korang try la..


Petang 31 Ogos tu balik rumah mak kejap, tolong siramkan pokok bunga mak abah. Mak abah aku ke KL hampir dua minggu so kitaorang kenalah tolong siram pokok bunga kesayangan abah ni tau..


Eleh mengada jugak nak siram pokok, dah besar dia ni eh sibuk nak tolong-tolong, kakak mana??


Ni memang tak boleh kata apa la, kepakaran dia tido memang serupa dengan aku, tapi aku baik sikit dari dia hehe..Ni kalau kejutkan memang mengamuk, moody tahap apa entah..


Oklah sekian dulu..Kalau tak kesian kat korang baca je la entry lama hehe. Padahal niat nak update tu tiap hari tapi masa la..Kat opis bz, rumah lagi la bz kan..

Amboi esok tiga hari Zara tak sekolah rendah pasal ada UPSR kan, good luck untuk anak-anak kawan-kawan yang menduduki UPSR esok, semoga dipermudahkan untuk menjawab soalan. Dua tahun lagi giliran Zarif pulak, tapi masa tu bukan UPSR eh, entah apa la namanya..

Ok, tata..Tq sudi baca!

1.9.15

Terima kasih atas rezeki yang diberi

Apa khabar semua? Macamana cuti korang? Bukan main lagi eh cuti bersambung, ye la kan bukan selalu dapat peluang camni kan, dapat cuti tu apa lagi rehat dan jalan la puas-puas. Untuk aku takde cuti sambung pasal malas nak cuti sebab Ahad dah kerja. Tapi seronok jugak semalam dok rumah je berehat sokmo.

Harini memang hari rezeki untuk aku. Syukur alhamdulillah sangat, yelah kan rezeki tu bukannya duit semata kan, tapi rezeki tu datang dari pelbagai cara termasuk la apa yang aku dapat macam gambar kat bawah ni hehe..


Memula officemate aka kawan baik aku bagi goodies sempena adik dia kahwin haritu, thank you. Lepas tu bos pulak bagi hadiah baju dari Sarawak ok. Baju kelawar ok hehe, aku memang tak pernah pakai baju kelawar sebab selalu dapat labuh dan macam serabai je pakai tapi yang ni aku dapat memang just nice fit kat aku ok. Bila lunch tadi aku try, mrhubby terus kata aku nampak lain la ahaha..Eh tapi bos ni memang pandai la belikan baju untuk aku, semua memang nice fit, haritu beli jubah pun just nice jer..

Bos kalau bagi apa-apa pun aku ok jer, rasa sangat dihargai walaupun  benda tu simple je. Kadang kita ni jadi setiausaha bukanlah nak something yang grand tapi kalau tau menghargai so takde masalah pun nak buat kerja yang susah-susah untuk dia, even nak kerja lebih masa untuk dia pun takde hal, amboii bukan main lagi. But so far, bos ni memang sangat baik lagi menghargai la, yang penting siap kan kerja pasal dia diam tapi sangat memerhati segala kerja yang dibuat. Anyway thank you again bos!

Lepas tu ada satu staf tu bagi popcorn garrett. Selama ni dok peratikan dalam fb kawan yang pernah makan popcorn ni, katanya sedap dan mahal ler. Syukur sangat dapat jugak merasa, walaupun aku ni bukan peminat popcorn, memang sedap ler..Thanks!

Botol tupperware yang comel dan cantik tu pulak adalah cenderamata dari Persatuan Setiausaha aku sempena mesyuarat agong khamis lepas tapi sebab aku tak dapat hadir so baru dapat tadi hadiahnya, suka giler ok pasal brand tupperware..:)

Dan keychain comel tu pun dari salah sorang staf kat sini yang baru balik dari bertugas di Sabah. Comel kan, Zara dah sibuk nak mengendeng keychain orang utan tu..Thanks! Thanks!!

Memang seronok kerja di kalangan orang-orang yang tau menghargai kita kan. Aku memang tak pernah harapkan apa-apa dari sesiapa pun. Logiklah kerja kalau tak stress kan, tapi dah nama tanggungjawab so cuba la buat seikhlas mungkin dan ikut kemampuan kita, in sha allah Tuhan akan balas dengan kebaikan. Kita mudahkan kerja orang, orang pun akan mudahkan kerja kita.

Kisah benar yang sampai bila aku takkan lupa, masa kat fakulti lama, memang ada sorang staf ni minta tolong aku buat surat (senang kata bukan kerja aku ler) dan masa tu aku tengah pregnant si Aisyah. Tau la kan masa pregnant memang la tahap pemalas dan moody tak tentu hala jer. Tapi bila hamba Allah ni mintak tolong aku pun cam nak taknak jer. Tapi dia hantar email dan tulisannya sangat la baik, ayat yang aku tak boleh lupa dan boleh lembutkan hati aku nak buat kerja dia adalah ' Terima kasih atas bantuan yang diberikan dan moga Tuhan permudahkan urusan puan untuk bersalin' --- lebih kurang cam gitu la kalau tak silap aku..

Terus aku buat kerja dia dengan seikhlas hati dan alhamdulillah memang Tuhan permudahkan urusan aku masa bersalin kan Aisyah. I mean, bukan sebab aku buat kerja hamba Allah tu aku boleh bersalin dengan senang tapi dalam tempoh kita mengandung tu cubalah mudahkan kerja orang sebaik mungkin, in sha allah Tuhan akan bagi ganjarannya. So kesimpulannya kalau kita susah cubalah mudahkan kerja orang in sha allah Tuhan akan permudahkan urusan kita yea..

Wah panjang pulak la tulisan aku ni, hehe..

Sekian, tq sudi baca!
 






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...