1.9.15

Terima kasih atas rezeki yang diberi

Apa khabar semua? Macamana cuti korang? Bukan main lagi eh cuti bersambung, ye la kan bukan selalu dapat peluang camni kan, dapat cuti tu apa lagi rehat dan jalan la puas-puas. Untuk aku takde cuti sambung pasal malas nak cuti sebab Ahad dah kerja. Tapi seronok jugak semalam dok rumah je berehat sokmo.

Harini memang hari rezeki untuk aku. Syukur alhamdulillah sangat, yelah kan rezeki tu bukannya duit semata kan, tapi rezeki tu datang dari pelbagai cara termasuk la apa yang aku dapat macam gambar kat bawah ni hehe..


Memula officemate aka kawan baik aku bagi goodies sempena adik dia kahwin haritu, thank you. Lepas tu bos pulak bagi hadiah baju dari Sarawak ok. Baju kelawar ok hehe, aku memang tak pernah pakai baju kelawar sebab selalu dapat labuh dan macam serabai je pakai tapi yang ni aku dapat memang just nice fit kat aku ok. Bila lunch tadi aku try, mrhubby terus kata aku nampak lain la ahaha..Eh tapi bos ni memang pandai la belikan baju untuk aku, semua memang nice fit, haritu beli jubah pun just nice jer..

Bos kalau bagi apa-apa pun aku ok jer, rasa sangat dihargai walaupun  benda tu simple je. Kadang kita ni jadi setiausaha bukanlah nak something yang grand tapi kalau tau menghargai so takde masalah pun nak buat kerja yang susah-susah untuk dia, even nak kerja lebih masa untuk dia pun takde hal, amboii bukan main lagi. But so far, bos ni memang sangat baik lagi menghargai la, yang penting siap kan kerja pasal dia diam tapi sangat memerhati segala kerja yang dibuat. Anyway thank you again bos!

Lepas tu ada satu staf tu bagi popcorn garrett. Selama ni dok peratikan dalam fb kawan yang pernah makan popcorn ni, katanya sedap dan mahal ler. Syukur sangat dapat jugak merasa, walaupun aku ni bukan peminat popcorn, memang sedap ler..Thanks!

Botol tupperware yang comel dan cantik tu pulak adalah cenderamata dari Persatuan Setiausaha aku sempena mesyuarat agong khamis lepas tapi sebab aku tak dapat hadir so baru dapat tadi hadiahnya, suka giler ok pasal brand tupperware..:)

Dan keychain comel tu pun dari salah sorang staf kat sini yang baru balik dari bertugas di Sabah. Comel kan, Zara dah sibuk nak mengendeng keychain orang utan tu..Thanks! Thanks!!

Memang seronok kerja di kalangan orang-orang yang tau menghargai kita kan. Aku memang tak pernah harapkan apa-apa dari sesiapa pun. Logiklah kerja kalau tak stress kan, tapi dah nama tanggungjawab so cuba la buat seikhlas mungkin dan ikut kemampuan kita, in sha allah Tuhan akan balas dengan kebaikan. Kita mudahkan kerja orang, orang pun akan mudahkan kerja kita.

Kisah benar yang sampai bila aku takkan lupa, masa kat fakulti lama, memang ada sorang staf ni minta tolong aku buat surat (senang kata bukan kerja aku ler) dan masa tu aku tengah pregnant si Aisyah. Tau la kan masa pregnant memang la tahap pemalas dan moody tak tentu hala jer. Tapi bila hamba Allah ni mintak tolong aku pun cam nak taknak jer. Tapi dia hantar email dan tulisannya sangat la baik, ayat yang aku tak boleh lupa dan boleh lembutkan hati aku nak buat kerja dia adalah ' Terima kasih atas bantuan yang diberikan dan moga Tuhan permudahkan urusan puan untuk bersalin' --- lebih kurang cam gitu la kalau tak silap aku..

Terus aku buat kerja dia dengan seikhlas hati dan alhamdulillah memang Tuhan permudahkan urusan aku masa bersalin kan Aisyah. I mean, bukan sebab aku buat kerja hamba Allah tu aku boleh bersalin dengan senang tapi dalam tempoh kita mengandung tu cubalah mudahkan kerja orang sebaik mungkin, in sha allah Tuhan akan bagi ganjarannya. So kesimpulannya kalau kita susah cubalah mudahkan kerja orang in sha allah Tuhan akan permudahkan urusan kita yea..

Wah panjang pulak la tulisan aku ni, hehe..

Sekian, tq sudi baca!
 






3 comments:

  1. Alhamdulillah. Orang memberi kita merasa, semuanya aturan Yang Maha Kuasa... :)

    ReplyDelete
  2. mura rezeki ko huda...alhamdulillah....

    tu la kan, kite ni bukan nak org atau bos memberi je ....kite nakkan bos yg jenis hargai kite...seronok rase dpt bos mcm tu...kerja pun ikhlas n bersemangat jek nak buat....

    untung dpt garret tu...sedap...tapi siap lee kene bilas dgn air masak byk2 bile dah makan...kalo tak terase2 caramel melekat kat tekak....

    ReplyDelete
  3. saya suka nasihat di pengakhiran tu.... cuba untuk permudahkan urusan orang lain, Insya Allah urusan kita jua akan di permudahkan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...