Meh la terus layan gambar yang random jer, rasanya diambil dari sebelum Hari Kebangsaan minggu lepas sampai la cuti 31 Ogos tu kot.
Saja jalan-jalan kat taman sendiri, adui geram pulak tengok rumah baru ni..Kalau mampu macam nak beli je lagi sebuah, kalau mampu laaa, tapi manalah tau satu hari nanti impian jadik kenyataan kan, in sha allah..Nengok rumah baru memang best, tapi nak maintain tu yang payah..
Ada satu malam tu aku dah takde idea nak masak apa, end up ni je yang mampu buat, eh tapi mrhubby makan bukan main bertambah-tambah kena pulak dengan nasi panas, hmm..
Eh kidal ke? Sebab kebanyakannya yang Aisyah buat semua guna tangan kiri..
Kalau ada part belajar-belajar ni mesti hari Khamis atau Jumaat pasal masa ni abah diaorang pergi ajar tuisyen, kalau dok dengan aku memang belajar je la jawabnya, tu je cara nak control diaorang huhu..
Konon buat air detox, takde gula ke madu ke apa ke, no everything..Rasanyaaa ampunnn, tak sedap haha..Ok biasa aku buat lemon dan madu sikit jer buat rasa-rasa still boleh minum..Yang ni aduhai, minum gak tapi tak terkata la rasanya..Tapi nak detox kan, apa hal nak sedap-sedap pulak..
58 Tahun - Sehati Sejiwa katanya, ni masa cuti 31 Ogos tu..:)
Over rajin menu Hari Kebangsaan
Pasal malas nak keluar so kenalah masak-masak sendiri, lagi jimat dan mengenyangkan, alahai menu simple je nasi ayam kan..Aku manalah reti masak benda lain..
Lepas tu macam terajin pulak nak buat brownies kedut..Kenapa diaorang nak panggil kedut. Kebetulan ada dark chocolate yang tak abis-abis aku dok simpan, so buat je la..Nak eksperimen jugak betul ke jadik kedut tu, sekali dah buat betul la..
Eh tapi kan, memang sedaplah brownies ni, memang sedap (ikut tekak aku ler) aku amik resipi dari Kak Ita Masam Manis Memang sedap la, tapi tak tau la kat tekak orang lain, aku buat ni sekejap je abis, kat umah aku tu semuanya asik cepat abis je, agaknya budak nak membesar kan, memanjang je lapar..Korang try la..
Eleh mengada jugak nak siram pokok, dah besar dia ni eh sibuk nak tolong-tolong, kakak mana??
Ni memang tak boleh kata apa la, kepakaran dia tido memang serupa dengan aku, tapi aku baik sikit dari dia hehe..Ni kalau kejutkan memang mengamuk, moody tahap apa entah..
Oklah sekian dulu..Kalau tak kesian kat korang baca je la entry lama hehe. Padahal niat nak update tu tiap hari tapi masa la..Kat opis bz, rumah lagi la bz kan..
Amboi esok tiga hari Zara tak sekolah rendah pasal ada UPSR kan, good luck untuk anak-anak kawan-kawan yang menduduki UPSR esok, semoga dipermudahkan untuk menjawab soalan. Dua tahun lagi giliran Zarif pulak, tapi masa tu bukan UPSR eh, entah apa la namanya..
Ok, tata..Tq sudi baca!
sexynya brownies kedut tu.hehehe
ReplyDeleteMakan ni sebenrnya kalau lapar sedap aje Huda
ReplyDeleteKadang nampak simple tapi lebih membuka selera
Macam yg pertama tu kakak rasa masa makan sama aje kalau banding dgn nasi ayam
Kek kedut tu lainlah.. bukan selalu dapat kan..
Adik semakin ligat - apa org buat mestilah dia nak buat juga:)