21.10.18

Minggu peperiksaan

Salam.

Minggu ni bermula lah minggu peperiksaan untuk anak-anak aku.
Zara dah mula periksa pagi tadi untuk sekolah rendah.
Minggu ni dia cuti sekolah agama dan harapnya dia dapatlah ulangkaji untuk subjek sekolah agama pulak. Takut kan, tidur yang lebih dari ulangkajinya huhu.

Zarif dan Yaya pulak akan bermula pada hari esok.

Aku tau diaorang boleh buat.
Seandainya keputusan tak memuaskan hati aku, diaorang tau apa yang aku akan buat.
Jadi nengok la macamana kan. Diaorang boleh tak cabar diri sendiri untuk dapatkan keputusan terbaik dan baiki keputusan masa penggal pertama hari tu.

Aku taknak pun push diaorang sebab aku tau tahap kemampuan diri masing-masing.
Tapi aku tau diaorang boleh buat.

Serius ok soalan-soalan masa kini mencabarnya..
Aku pun sampai berkerut-kerut nak menjawabnya.

Macam biar betul soalan macam ni.
Memang bukan level diaorang la patutnya.
Tu pada pendapat aku la.

Kadang macam terfikir apa la yang kita nak kejar ni?
Apa yang kita nak capai dengan budak-budak ni semua?
Apa yang kita nak lahirkan sebenarnya?

Tapi siapalah aku kan.
Nak tak nak kena jugak la ikut acuan yang telah ditetapkan.
Kadang taknak paksa.
Tapi keadaan memaksa aku.
Akhirnya - STRESS.

Aku stress.
Mak bapak stress.
Anak-anak stress.

Well, erm..


Good luck my dear son and daughters.
I know you all can do the best.
Just try and pray to Allah.
May Allah ease everything.
Ibu Abah will always pray and doa for your success.


Till then.
End.
Thanks for reading.



17.10.18

Sembang Kosong - Stress ke?

Salam.

Hi.

Lama dah tak menulis kan.
Yup sibuk jugak dan terlalu fokus pada IG mungkin. So mood nak menulis kat blog tu agak ke laut sikit walaupun hari-hari berniat nak update blog.

Mana mungkin aku tinggalkan blog ni.
Macam hari ni aku update ni sebab dah rindu.
Lagi satu sebab aku sendiri rasa nak luahkan rasa tak best.

Takde la.
Bulan ni aku agak tertekan sikit.
Eh tak tau la sikit ke banyak. Maybe sebab kerja. Yes, more on work kot.
Disebabkan itu, aku tak period lagi sampai ke saat ini.
Dah lewat 8 hari ok.
For sure aku tau aku tak pregnant tapi lebih kepada stress.
Dan muka aku tumbuh jerawat ok.

Erm.
Pagi ni aku cakap dengan mrhubby, macam mana nak tenang ni?

Sebab aku terlalu memikirkan pasal period yang tak datang-datang.
Dan aku rasa aku kena elakkan cakap pasal kerja dan yang berkaitan dengannya.
Aku kena fokus pada benda-benda yang menyeronokkan.

Tapi apa eh?
Blog mungkin salah satu sebab tu aku singgah ke sini dan update [walaupun update benda yang tak best].

Mrhubby kata - cuba makan luar, jalan-jalan ke.
Entah yea.

Tak tau apa yang terlintas sekarang ni.
Kecuali aku terbayang kedai buku.
Boring ke? Haha.

Entah la yea.
Aku sendiri tak boleh fikir apa yang menarik buat masa sekarang.
Cumanya aku sendiri bersyukur sebab selain stress fikir pasal kerja aku ada benda lain yang boleh dibuat untuk menghilangkan sikit la rasa stress tu.

Well aku bisnes ok.
Tapi kecil-kecilan je. Picisan je orang kata.
Aku dropship jual tudung Aidijuma (AJ).
Kenapa AJ?
Sebab ia tudung bawal, sebab aku suka dan aku pakai.
So aku jual la.
Sebab aku tau ada je peminat AJ ni, antaranya aku la.
Well team yang best dan havoc.
Takde la aku ni fikir pasal kerja je kan.

Mula-mula ingat takde orang nak beli.
Maklumlah marketing pun boleh kira, ikut mana sempat je.
Eh tapi alhamdulillah, ada je la yang beli.
Masih lagi dalam proses belajar.

Lagi satu team adalah jual product IMAAN.
Tu pun team yang best siap dengan sistem support yang terbaik.
Tinggal aku kadang tak sempat nak marketing.

Nanti aku akan update lagi pasal part time business aku ni yea.

Cuma concern aku sekarang kenapa tak period lagi.
Kenapa nak tumbuh jerawat?
Stress? Ermm..

Semoga semuanya baik-baik belaka hendaknya.

End.
Nanti aku sambung lagi la yea.

3.9.18

Cerita Hari Kebangsaan ke 61 - 2018 | Tonton filem Munafik 2

Jumaat - 31 Ogos 2018.

Memang aku dah maklumkan awal-awal pada semua untuk bangun awal pada 31 Ogos. Taknak bangun lambat sebab aku nak ajak semua pergi nengok perarakan di Batu Pahat. 
Tak tau kenapa tiba-tiba nak pergi sebab rasa macam tak berbaloi kalau hari istimewa macam ni tapi nak bangun lambat pulak. 

Tapi bila kitaorang sampai pun macam consider lambat sikit la, sebab perarakan dah mula tapi mujur la sempat nengok perarakan macam askar, bomba dan polis. Sebab kalau tak dapat nengok yang tu macam tak meriah tapi aku pun sengal sebab macam bila dah terkagum sangat sampai lupa pulak nak selfie bersama gituu huhu.

Pagi merdeka layan brekfast ni dulu buat isi perut


Nampak tak muka segar je semua hihi

Ni dengan band sekolah mana aku tak pasti

Petang kami bersantai-santai kat rumah je..

Tapi Zarif pulak cakap nak nengok filem Munafik 2. Alahai mengada betul la.
Haritu bila aku tanya semua nak nengok ke taknak, semua kata taknak sebab takut la apa la..Aku ok je, nengok ok, tak nengok pun ok jerr..

Bukan sebab takut tapi aku takut cuti-cuti macam ni full house je MBO tu semua.
Takut takde masa yang sesuai la kan.

So aku pun booking la tiket online MBO untuk Munafik 2 ni.
Majoriti masa untuk sebelah petang Jumaat tu penuh ok. Jangan mimpi dan jangan perasan laa nak nengok. Kalau ada kosong pun memang seat yang depan-depan, hmm..

Nengok punya nengok terpaksa jugak la booking yang masanya 9.20 malam. Tu je la yang boleh dapat seat yang kitaorang suka.
Tu pun penuh jugak ok.
Untuk popcorn tu aku redeem membercard je untuk share combo dan tambah lagi sepeket popcorn.

 Apehal Zarif blur kat belakang tuu


Yang bagusnya Yaya nengok cerita ni molek je..Hmm takde la buat perangai macam nengok filem Hantu Kak Limah tu, pelik jugak.
Zara nangis ok. Ishh balik dari nengok filem ni Zara diam je sampai esok pag, haih penat layan emosi budak ni tau.

Aku tak nangis tapi sebak sikit je..
Overall filem ni 4/5 (taknak la bagi full)
Kira terbaik la.
Bayangkan nengok cerita ni, Zarif kata langsung takde part lawak. Dan lagi satu aku takde pun asyik nak nengok jam habis pukul berapa ok. Memang kau diam je dan menghayati laa..

Korang jangan la assume cerita hantu ke apa ke kan. Macam kitaorang Munafik 1 pun layan gak.
Bila nengok cerita ni terus aku rasa macam eh kerdilnya diri ni...Adakah aku yakin dengan iman aku dan boleh meletakkan kebergantungan pada Allah 100% (walaupun itu la yang sepatutnya).
Macamana nak letakkan rasa cinta yang tinggi pada agama Islam dan Allah pastinya..

Korang kena nengok sebab banyak pengajaran di sebalik cerita Munafik 2 ni ok.
Zara boleh nangis means dia faham kot jalan cerita ni..

Ok begitulah kisah cuti kami pada 31 Ogos tu yea.
Nanti kalau aku rajin aku update la lagi.
Sekarang dah tak ramai nak update blog. Aku pun antara la jugak.
Tapi aku nak clearkan gambar dan lagi satu aku suka menaip dan menulis sebab aku rasa itu terapi.
Kalau takde yang nak baca tak apa. Sekurang-kurangnya boleh jadi rujukan untuk diri aku sendiri pada masa akan datang..

Orait la.
Thanks pada yang sudi baca.
End.




29.8.18

Rombongan sekolah Yaya ke Johor Bahru - 5 Ogos 2018 [part 2 - akhir]

Oklah, kita terus ke part 2 dan akhir la yea.
Sebab nama pun short trip, sehari je pulak tu.

 Tak sabar nak nengok binatang tapi kitaorang kena sarapan dulu.

 Aku dan kawan, memang tahap dah penat ok padahal belum nengok binatang lagi tu..

 Antara anak-anaknya semua dah tak sabar sangat ni

 Beratur dulu ambil makanan

Yeayy, jom nengok binatang..

 Yaya dan kawan Adam

 Eh berani betul nengok ular sawa albino tuu, haih laa

 Si Unta

 Serius harimau gemuk ok..



 Singa pun sama ok la gemuk takde la kurus kering 


 Budak-budak ni tak sabar nak nengok gajah je

 Oklah tu Yaya ada jugak gambar dengan gajah kan hehe

 Si bangau

 Ewah kau buat main pulak,haihhh...


 Sang buaya

 Ye Yaya tu la hippo yang duduk berendam jer
Takmo angkat kepala pun.

 Dah sememeh pun budak2 ni semua

 Suka hati la Yaya haha..
Ibu pun dah tak kuasa sebab masa ni ibu dah pening kepala dengan cuaca panas lagi


Dari Zoo kami berjalan kaki terus ke masjid. Seawal pukul 12 dah sampai masjid besar, nasib la sampai awal. Boleh la mandikan anak2 dan tukarkan baju. Masing-masing segar bukan main lagi tapi ibu yang dah nak pengsan rasanya. Tunggu waktu Zohor dan terus solat. Settle semua baru la kami bersiap-siap nak balik. Oh ye makanan tengahari juga disediakan oleh guru-guru sekolah. Alhamdulillah kenyang semuanya.

 Yaya dan kawan-kawan

 Yea marilah balik ke rumah..

Sepanjang dalam bas macam ni la rupa dia
Nampak tak tahap kepenatan tu macamana..
Balik tu memang dalam bas sunyi sepi yang kedengaran hanyalah muzik dari radio je hehe..
Kalau belah pagi tu memang riuh rendah dengan suara budak-budak je.

Kesimpulannya Zoo Johor ni oklah untuk dilawati, binatang tak banyak tapi oklah setakat nak layan mata anak-anak. Karang kalau besar sangat macam Zoo Melaka atau Zoo Negara jenuh pulak. Zoo Johor ni pun aku dah penat-penat haha..Not bad, binatang pun ok la boleh la..At least kids have fun. Cuma Yaya tanya, takde kuda ke? Aah ek, baru perasan takde kuda? Ke ada tapi aku yang tak tau?

Apa pun terima kasih atas rombongan yang singkat ini dan memberikan kegembiraan untuk anak-anak. Dapatlah merasa pengangkutan awam bas dan kereta api untuk Yaya yang jakun ni. Mungkin akan datang ada rezeki mana tau dapatlah naik kapal terbang dan feri ke, kan Yaya..

Ok la sampai sini dulu.
Akhirnya habis jugak aku menulis.
Dari tadi aku mengantuk sangat, dan dengan menaip dan menulis cerita boleh la hilangkan ngantuk aku ni, hehe.

Sekian terima kasih bagi yang sudi baca.




8.8.18

Rombongan sekolah Yaya ke Johor Bahru - 5 Ogos 2018 [Part 1]

Salam.

Ok kali ni nak bercerita pasal rombongan sekolah Yaya ke Johor Bahru pada Ahad, 5 Ogos 2018 yang lepas.

Aku mengikuti rombongan ni sebab taknak Yaya pergi seorang diri je, jadi aku dengan kawan aku berpakat nak pergi sama-sama, maka nya kami pun ambil la cuti rehat sebab hari Ahad tu adalah hari kerja rasmi di Johor kan.

Mula-mula kami semua kena berkumpul di sekolah pada jam 5 pagi. Yeaaa, 5 pagi dah berkumpul eh, bukan baru nak bangun tidur. So aku dah bangun dan terjaga pukul 3.50 pagi, mandi dan siap-siap. Yaya aku kejutkan pukul 4.15. Alhamdulillah tak banyak ragam sangat, maybe dia tau nak berjalan kan. Cuma dia pelik kenapa kena pakai baju sekolah, kan nak jalan katanya huhu..

Bas datang dan kami bertolak dari sekolah pada jam 5.20 macam tu dan tiba di Stesyen Kereta api Kluang tepat jam 6 pagi. Yeaay, kami ke Johor Bahru naik kereta api ok. Itu la salah satu sebab utama kenapa aku nak join hehe..Lama tak naik kereta api tau. Kebanyakan anak-anak suka la sebab banyak menggunakan pengangkutan awam maklumlah diaorang ni kan banyaknya naik kereta je kan. Bila sesekali dapat naik bas dan kereta api memang jakun la jadiknya hehe..

Kalau ikutkan tiket kereta api, perjalanan ke JB adalah pada jam 6.45 pagi.

 Semangat dan tak sabar nak naik kereta api tau

Ha, nampak tu 6.15 pagi..
Kalau waktu macam ni Yaya tengah tidur lagi ok, baru nak bangun..

Masa baru je masuk kereta api dan belum jalan pun lagi

 Budak jakun ni hehe
Actually ada video masa kereta api tengah gerak ni, nanti aku cuba masukkan


 Ni terang sikit pasal matahari dah keluar 

 Yaya dan kawan dia


 Budak-budak ni mana la reti duduk diam kan, gerak sana sini je kat kereta api tu

Baru je sampai JB

Perjalanan dari Kluang ke JB mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit je sebab jam 8.15 pagi dah sampai ke JB Sentral. Ingatkan jauh lagi ke kan, nasib la ada penumpang cina tu cakap, dah sampai yea..Terpinga-pinga la aku dengan yang lain termasuk la cikgu. masing-masing saling berpandangan dan macam 'eh dah sampai eh..' aduii sabar je la..

Itu la pertama kali aku sampai di JB Sentral tau. Besar rupanya ek hehe..

Ok la, dari JB Sentral kami terus ke Zoo. Bas yang hantar kami pagi tadi tu dah siap sedia tunggu di situ.

Ok sambung part seterusnya la yea.
Aku kena tulis ni sebab ni memori untuk Yaya.
Kisah dia macam jarang sangat ditulis di dalam blog. Takpelah kalau takde orang nak baca tapi anak-anak aku ada dan diaorang boleh baca hasil tulisan aku ni.

Till then.
Bye.




10.7.18

Raya 2018 - Raya kedua

Salam,

Ikutkan raya kedua kami tak ke mana.

Kebiasaannya pada raya kedua kami memang duduk tunggu di rumah sahaja. Dan saudara mara, anak saudara mak abah yang akan datang ke rumah untuk beraya.

Dan biasanya juga la kami akan masak memasak tak kira waktu. Tapi kali ni cuma aku dan adik aku Yana saja di rumah. Makanya kerja kami je la yang masak memasak tu. Tapi kali ni kami lebih tenang gitu tak mau la macam sebelum-sebelum ni dok berpeluh kat dapur. Nak jugak berbual-bual dengan saudara mara yang jauh datang tu kan. Lagipun bukan selalu, setahun sekali saja.

Tapi tu la kami taknak la bebankan mak untuk masak-masak. Dah tiba masa kami la adik beradik yang masak-masak kan. So kali ni kerjasama aku dengan Yana memang baik, oh lupa termasuk encik suami aku. Dia memang sangat la membantu aku kat dapur terutama bab buat air, thanks sayang.

 Menunggu tetamu dengan penuh kesabaran
Selalunya dah nak dekat tengahari memang ramai tapi kali ni lain pulak
Tapi bagus jugak tenang sikit

 Terima kasih abang Ngah dan keluarga sebab sudi hadir ke rumah mak abah
Abang Ngah ni anak sedara mak [mak abang ngah adalah kakak mak]
Kami jamukan dengan nasi arab, alhamdulillah..

Lepas zohor macam tu, cucu saudara mak pulak datang, tapi lupa pulak nak ambil gambar.
Thanks Syafiq dan keluarga.

Petang sikit aku jumpa kawan masa sekolah kat bandar BP untuk bagi barang
Ni dah kali kedua berjumpa tapi belum berkesempatan untuk jumpa secara proper
Masing-masing berbual lama termasukla encik suami masing-masing yang baru kali pertama berjumpa, tunggu ada masa lagi kita jumpa betul-betul k, lin..

..............................

Malam kat rumah mak abah, baru la ramai orang datang ok.

Bila anak saudara dan cucu saudara berkumpul di saat WC sedang berlangsung, memang meriah la rumah hendaknya..

 Terima kasih la semua sepupu dan makcik yang datang yea
Sangat menghargai semuanya..
Masa raya ni la yang dapat jumpa macam ni..


Hari Raya kedua tu jugak, adik aku yang kedua dan keempat balik beraya. Tapi anak saudara aku, Nawra (anak pada adik laki aku Wan) tak sihat sangat dan demam.

Alhamdulillah semua makanan boleh dikatakan habis. 
Makan apa yang ada je la kan.
Yang penting semua happy.

Ok, next raya ketiga.
Ni lebih kepada appreciation post atau post thank you kot.
Ye la kenangan pun yea jugak kan.

Thanks pada sesiapa yang baca.
Next entry please -- nampak beno cepat nak habiskan semuanya kan..

-End-



























































Raya 2018 - Raya pertama

Salam.

Sebelum raya habis dalam minggu ini, baik aku post kan entry berkenaan raya 2018 ni. Sebab seingat aku, tahun lepas memang aku tak update langsung entry raya. At least tahun ni ada la kenangan kan.

.........................................

Dua hari sebelum raya, kami ambil gambar di studio. Rasanya kali terakhir bergambar di white room studio adalah masa usia Yaya tu setahun. Selepas 4 tahun kami kembali lagi ke studio. Well, aku akan ceritakan tu di entry khas la sbb taknak campur di entry ni.

 Makanan di pagi raya macam biasa, menu kami sekeluarga adalah; ketupat, rendang ayam, lodeh, sambal tumis udang, sambal goreng. Tu je kot, yang aku masak adalah rendang ayam dan sambal goreng je.

Mak aku macam biasalah - drama queen forever hehe
Mesti la kena ada drama nangis-nangis di pagi raya kan..



 Biasalah sesi bermaafan di pagi raya dengan atuk dan nenek

 Ini raya last adik aku sebagai orang bujang, tahun depan dah berdua, insya Allah

 Ni memang port biasa la setiap kali raya sebab teruja dengan pokok hijau abah tu

 Yana dengan mak dan abah






 Habis sesi bergambar, macam biasa balik ke kampung la di Rengit Johor


 Kalau balik ke kampung memang ini yang dikejar diaorang - Burasak
Tahun depan kita order ni je la

 Pilih bang, nak makan apa hehe

 Makan jangan tak makan..




 Kalau suruh bergaya bukan main lagi semua, kalau tak raya bila lagi kan..




Jumlah rumah pada raya pertama adalah empat buah di mana tiga darinya adalah rumah kakak emak [makcik aku]. Semoga aku diberi peluang untuk terus berjumpa dengan mereka dalam keadaan baik pada tahun-tahun yang mendatang, Aamin.

Ok next aku akan cerita raya kedua dan seterusnya. Aku kena update sebab ini semua kenangan dan aku taknak habis macam tu je. At least kalau boring boleh baca blog ni semula dan mengimbau kenangan lalu gituu..

Okla next k..Tengah mood rajin nak update di kala sibuk tak tentu hala ni.

Thanks sapa yang sudi baca.
-End-

















































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...