12.2.19

Salam 2019

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Maaflah sebab lama tak jengah ke sini.
Dan dah masuk bulan Februari 2019 baru nak ucap Selamat Tahun Baru 2019.

Alhamdulillah.
Masih dipanjangkan umur dan mampu menghirup udara tahun baru.
Syukur.

Tak mau berazam yang tinggi, takut tak mampu nak lunaskan.
Cuma berazam untuk melunaskan dan selesaikan apa yang aku dan suami dah rancang.
Berazam untuk menjaga kesihatan dan pemakanan dengan lebih baik.
Berazam untuk kehidupan yang lebih teratur.
Doakan semoga apa yang aku rancang dapat diselesaikan dan dilalui dengan baik pada tahun ini.

Semoga aku juga akan terus istiqamah dan mampu menulis dengan lebih baik lagi.
Tau tak ramai pun yang akan baca dan jengah ke blog ini.
Tapi aku akan pastikan blog ini terus hidup untuk apa sahaja perkongsian yang bermanfaat untuk semua, Insya Allah.

Dan boleh juga jadi ruang bacaan untuk anak-anak aku.

Ok.
Aku akan cari masa lain untuk menulis lagi.
Terima kasih sudi baca.






1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...