Showing posts with label rumah baru. Show all posts
Showing posts with label rumah baru. Show all posts

9.4.11

Cerita hujung minggu

Salam,

Cuaca panas sungguh, sampai aku pun pening kepala padahal bukan keluar ke mana pun setakat sidai kain je. Tapi aku suka gak panas ni, kering kain baju yang dibasuh.

Kejap lagi mrhubby nak keluar pegi makan-makan dengan team rugbi sekolah dia. Ala, budak-budak rugbi menang sukan peringkat daerah kan, jadiknya diaorang membelanjakan diri la.

Lunch tadi aku buat spageti bolognese je. Dah mrhubby nak, maka isteri yang baik hati kenalah masakkan..Bagus gak, senang je buatnya. Itupun kitaorang makan pukul 3 petang tadi, hehe.

Petang semalam round kat area rumah baru..Rumah yang masih dalam pembinaan lagi..


Kalau tak silap, inilah rumah kitaorang..aku pun lupalah..first time ke site ni, walaupun hari-hari melalui jalan ni. Kecik je rumah, tapi syukurlah ada rumah..Tak sabar nak siap, pastu nak pindah..Belum siap pun macam-macam aku dah pikir nak buat apa kat umah ni..

Hai, duit la duit..hehe..Kalau la duit tu umpama daun kat pokok-pokok main petik-petik cam gitu je kan seronok..:)

6.4.11

Alhamdulillah, dipermudahkan..

Salam,

Tengahari tadi dapat SMS dari Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), pinjaman perumahan aku diluluskan..:) Syukran..

Sekarang BPP senang je, main SMS je..ok, banyak cerita la mohon pinjaman ni..Banyak cerita dari aku lah, borang hilang la, surat itu takderlah, surat ni hilang la..serabut..dah hantar kena pulang balik la, salah tandatangan la..haii, macam-macam ler..But at last, segalanya dipermudahkan Tuhan jua..

Rumah aku beli ni rumah teres je..Sama tempat dengan rumah yang aku sewa sekarang ni, bezanya aku sewa ni rumah 3 bilik, yang aku beli 4 bilik..Bertambah gembira, aku akan berjiran dengan kawan-kawan mrhubby di kiri dan kanan rumah..:)

Jadik hari-hari aku akan lalu rumah baru yang masih dalam binaan lagi. Rasanya dalam akhir tahun ni siaplah kot..Tapi nak pindah mungkin tahun depan kot, kot laa..tunggu la ada rezeki-rezeki yang bakal datang..

Kenapa aku nak beli rumah tu?

Sebabnya;

* dekat dengan sekolah rendah dan sekolah agama zarif (untuk tahun depan)
* dalam taman ni, ada 6 taska + tadika
* ada kedai makan
* ada kedai hp
* ada 7e
* ada restoran 24 jam
* ada mcd yang bakal dibina
* ada hostel UTHM (aku suka budak-budak ramai, rasa selamat dari kawasan taman rumah sunyi)
* ada pasar malam tiap hari rabu
* ada kedai jual barangan bayi
 
So, sekarang dah boleh la belek-belek majalah IMPIANA kan..hehe..boleh la pegi pameran dekorasi rumah ke..Lepas tu kumpul la duit..:)

Confirm tahun depan, aku miskin giler..duit kena potong banyakkk...waaaa...(tapi takper, janji ada rumah sendiri)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...