9.4.11

Cerita hujung minggu

Salam,

Cuaca panas sungguh, sampai aku pun pening kepala padahal bukan keluar ke mana pun setakat sidai kain je. Tapi aku suka gak panas ni, kering kain baju yang dibasuh.

Kejap lagi mrhubby nak keluar pegi makan-makan dengan team rugbi sekolah dia. Ala, budak-budak rugbi menang sukan peringkat daerah kan, jadiknya diaorang membelanjakan diri la.

Lunch tadi aku buat spageti bolognese je. Dah mrhubby nak, maka isteri yang baik hati kenalah masakkan..Bagus gak, senang je buatnya. Itupun kitaorang makan pukul 3 petang tadi, hehe.

Petang semalam round kat area rumah baru..Rumah yang masih dalam pembinaan lagi..


Kalau tak silap, inilah rumah kitaorang..aku pun lupalah..first time ke site ni, walaupun hari-hari melalui jalan ni. Kecik je rumah, tapi syukurlah ada rumah..Tak sabar nak siap, pastu nak pindah..Belum siap pun macam-macam aku dah pikir nak buat apa kat umah ni..

Hai, duit la duit..hehe..Kalau la duit tu umpama daun kat pokok-pokok main petik-petik cam gitu je kan seronok..:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...