1.3.17

Gold Coast Morib [27-28 Januari 2017]

Assalamualaikum,

Salam Rabu untuk semua.
Salam 1 Mac juga. Bulan favourite aku pastinya :).
Semoga yang baik-baik hendaknya.

Okla kali ni nak cerita pasal kitaorang pergi ke Gold Coast Morib pada 27-28 Januari 2017 haritu. Yup masa raya CNY haritu. Tapi kitaorang pergi sehari sebelum la. Baliknya esok je. Sebenarnya perancangan kitaorang lain tapi jadiknya lain. Banyak cerita la time pergi tu. Malas nak detailkan. So taknak ingat lagi la.

Kenapa Gold Coast Sepang? Maybe sebab ada theme park dia tu kot, or maybe ada jacuzzi kat bilik. Sebelum pergi memang aku dah baca mostly review dari mereka-mereka yang pernah pergi. Memang macam-macam pendapat dan bad/negative review semua ada. Aku memang redah je la [pasal dah bayar awal] dan terima je la apa kemungkinan pun. Kalau tak lalui pengalaman memang tak tau kan.

Actually masa kitaorang pergi ni takde la ramai sangat orang. Biasa2 je la. Tapi kan kalau korang tanya kitaorang nak pergi lagi tak? Aku taknak pergi lagi la..

Dah la jauh.
Pekan pun jauh.
Stesyen minyak jauh.
Bank? Takde. Korang kena siap-siap keluarkan duit kat Petronas yang berdekatan [almost 30 minit].
Aku kalau sekali dah masuk hotel memang kirim salam la nak keluar balik beli makanan macam dinner ke apa ke kan [kecuali kalau terpaksa sangat].
So aku memang dah siap-siap masak untuk makan malam sekali.

Eh malas la nak cerita panjang.
Kita nengok gambar yang ada je yea. Terus terang cakap masa g sini aku memang out of mood. So nafsu nak amik gambar tu tak beria sangat, more untuk happy kan anak-anak je.

Oh ye masa kitaorang check in, bilik tak siap lagi ok [padahal kitaorang check in pukul 4 gitu].
Bilik tak kemas dan berselerak.
Pasrah. Ye pasrah sebab dah pernah baca review kan so takde la terkejut sangat.
Panggil je orang bersihkan bilik.

 Zarif [gambar ulang tayang lagi hehe]

 Zara 

 Zahia @ Yaya

Us tapi aku dah serupa bibik
Semua pun tak mandi lagi huhu


 Macam cantik pulak amik kat pokok buluh ni


 Zara tu memang peel sikit, cepat moody dengan merajuk serupa cam aku dulu2

 Ni lagi sorang perangai..
Dia je takmo mandi asik kata sejuk jer..
Sebelum datang beria nak mandi sekali dah datang takmo mandi kolam ok.
Dah macam fobia nengok kolam..

 Ni memang dari kecik taksub dengan kolam

 Memang tiga orang ni wajib mandi kolam la walau di mana
Aku memang terkecuali yea
Sorry, memang tak suka basah-basah

Nasib la Zara ni ok je suka gak mandi kolam hehe


Oklah tu je la cerita ke Gold Coast Morib.
Sorry semua gambar ni adalah pada hari kedua dan hari kitaorang nak balik.
Gambar first day memang takde.
Biliknya memang besar puas hati. Tapi tiles semata, kalau hujan memang sejuk. Lagi best kalau dapat bawak totto ke, tikar atau karpet kecik..Incase nak tido bawah kan atau ada baby..Kesian kalau baby nak meniarap atau merangkak ke kan..

Nak pergi lagi ke?
Kalau diberi peluang takmo buat masa sekarang..Tak tau la akan-akan datang..

Tapi theme park diaorang ni ok la best.
Sesuai la untuk budak-budak.
Oh yea satu lagi jacuzzi kat bilik tu pun best..Serius best, tu aku suka.
Aku layan tu kat bilik dengan si Yaya. Tapi Yaya tak suka part buih-buih keluar dengan air panas. So dia tak masuk pun bila aku tengah jacuzzi tu..Memang feeling ok buat tu, hilanglah tekanan sikit hehe.


Okla tu je.
Laju-laju aku taip ni sementara bos takde.
Sekian, thanks sudi baca entry ni.

End. Bye.





16.2.17

Result UPKK Zarif

Salam Khamis untuk semua.

Kejap je dah hari Khamis kan..Esok dah weekend yeay..
Lately ni kan memang penat sangat.
Ikutkan tadi pun penat, macam malas nak masak. Harini pun tak bawak bekal, huhu. 
Zarif ada sukan masuk lontar peluru kat sekolah peringkat sekolah-sekolah la kot.
Zara kata taknak bawak bekal pulak.
Mrhubby pulak ada maulud nabi kat sekolah.
Tapi aku paksa diri masak lunch - sup ayam je. Aku beli roti je untuk alas perut pagi ni.
Yaya pun takde bekal takpela huhu, sorry anak-anak ibu.

Ok, nak cerita pasal result UPKK Zarif yang dah dapat semalam [15/02/2017]. Peperiksaan UPKK ni diambil masa darjah 5 sekolah agama tahun lepas.

Bagi yang tak tau apa tu UPKK, baca ni;

Ujian Penilaian Kelas KAFA atau lebih dikenali dengan UPKK merupakan peperiksaan yang dilaksanakan kepada murid KAFA sama ada yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM. Matlamat diadakan peperiksaan UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan serta dapat beramal dengan cara hidup Islam yang sebenar.
kredit : Website JAKIM


Bermula tahun ni result boleh disemak melalui online ataupun SMS.
Aku memang tak mengharapkan sangat Zarif ni sebenarnya. Dia ni kalau nak periksa macam main-main. Lepas tu kalau tanya sokmo betul jawabnya senang je..Kalau nengok jawapan, macam confident kan..
Aku memang bersedia dengan apa je keputusan yang keluar pun.




Mrhubby yang check kan melalui sms dan alhamdulillah.
Syukur, sungguh tak sangka keputusannya tu, hehe.

Tahun ni ada lagi exam yang penting tapi aku jenis yang redah je la. Korang tau la kan macamana gaya budak laki ni belajar. Memang beza sangat la dengan budak ppuan. Aku kalau kat rumah nengok Zarif dan Zara belajar memang beza sangat la.

Untuk exam UPSR Zarif ni aku dah nampak kelemahan dia pada beberapa subject. So aku akan lebih tekankan pada latihan semata-mata. Dia pun dah ada kelas tambahan setiap kali balik sekolah rendah termasuk tuisyen hujung minggu. Aku taknak tambah lagi tuisyen lain semata-mata nak fulfill kehendak aku nak dia dapat A semata-mata. Yang penting apa dia buat dia faham. Insya allah sebagai parents aku akan cuba bantu dia ikut kemampuan yang aku ada.

Doa aku semoga segalanya dipermudahkan. 

Sekian, thanks sudi baca.
End.
Bye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...