20.6.11

Masak soto untuk hari bapa

Salam,

Hari isnin dah..suka tak cuti hujung minggu? Mesti suka kan? Cuti hujung minggu aku agak penat jugak tapi happy pasal ada aktiviti-aktiviti yang boleh dipenuhi.

Ok, sebelum aku teruskan, aku nak ucapkan tahniah pada mrhubby tersayang yang telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang pada hari sabtu lepas. Maklumlah dah busy sangat dengan hal zarif sampai terlupa nak bagi perhatian kat mrhubby, sian kat dia..:) Good job dan teruskan kecemerlangan ye sayang..

Semalam, aku masak soto sempena hari bapa. Yang seadanya saja. Mak, abah dan yana kan balik kampung, lepas asar baru diaorang sampai rumah. Aku start masak pun lepas zohor..Ingat nak buat mihun soto, tapi yana nak pulak nasi impit..Aku buat sorang-sorang eh. Buat dengan penuh rasa kasih sayang..:)

Kuah dalam periuk tengah panaskan..

Tapi bolehlah..alhamdulillah, kenyang..Tak sakit perut kan? Kalau tak sakit perut tu maksudnya sedap la..hehe. Yang sedap kalau nak makan soto ni kalau ada begedil. Dan aku memang pentingkan begedil sangat-sangat..Penat nak buat tapi puas hati bila nengok semua orang makan..:)

Lagi best bila abah kata, "sedap uda, soto yang awak buat.." (walaupun  hakikatnya nasi impit terlembik sikit, tapi takper..)

19.6.11

Video bolasepak zarif

Salam,

Hari ni aku masukkan video saja ye..nak upload gambar sukan bolasepak zarif semalam, banyak  sangat, nak kena pilih lagi kan.

So, aku sempat rakamkan kejap perlawanan akhir antara team zarif dari Sri Gading lawan team dari Kluang..Keputusan berkesudahan team Sri Gading kalah 0-2 kepada team Kluang..Nak buat macamana. Dah takde rezeki. Dapat naib johan pun dah kira baik kan..:)



Nanti-nanti aku akan update dan upload gambar sepanjang kejadian hari sabtu tu, ok? Tungguuu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...