Salam,
Hari isnin dah..suka tak cuti hujung minggu? Mesti suka kan? Cuti hujung minggu aku agak penat jugak tapi happy pasal ada aktiviti-aktiviti yang boleh dipenuhi.
Ok, sebelum aku teruskan, aku nak ucapkan tahniah pada mrhubby tersayang yang telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang pada hari sabtu lepas. Maklumlah dah busy sangat dengan hal zarif sampai terlupa nak bagi perhatian kat mrhubby, sian kat dia..:) Good job dan teruskan kecemerlangan ye sayang..
Semalam, aku masak soto sempena hari bapa. Yang seadanya saja. Mak, abah dan yana kan balik kampung, lepas asar baru diaorang sampai rumah. Aku start masak pun lepas zohor..Ingat nak buat mihun soto, tapi yana nak pulak nasi impit..Aku buat sorang-sorang eh. Buat dengan penuh rasa kasih sayang..:)
Kuah dalam periuk tengah panaskan..
Tapi bolehlah..alhamdulillah, kenyang..Tak sakit perut kan? Kalau tak sakit perut tu maksudnya sedap la..hehe. Yang sedap kalau nak makan soto ni kalau ada begedil. Dan aku memang pentingkan begedil sangat-sangat..Penat nak buat tapi puas hati bila nengok semua orang makan..:)
Lagi best bila abah kata, "sedap uda, soto yang awak buat.." (walaupun hakikatnya nasi impit terlembik sikit, tapi takper..)
Yana peminat soto!! xkesah beberapa hari berlaukan soto je.. fuhh...!! tang bergedil tu.. kalau boleh 1 sudu 1 bergedil.. hahahha.. tapi buat tak pernah menjadi macam kedai punya bergedil..
ReplyDeletebetul la yana..kan? akak pun suka dengan begedil..akak buat apa yang boleh je, taklah terer sangat tapi sedap la..hehe
ReplyDelete