30.11.11

Dah lama dapur ni tak berasap..

Kisah semalam;

"B masak ye hari ni..Dah lama tak makan masakan b, dapur ni pun rasanya lama dah tak berasap.." kata mrhubby.

Wow...dah lama tak masak ke? Tetiba macam dah terlupa pulak berapa hari aku tak masak..huhu

Oklah bila dah ada permintaan tu, haruslah kan aku ke dapur. Masak dengan menggunakan bahan yang ada..Taklah sehebat masterchef.

Sebelum pukul 8 malam, semua dah siap terhidang - masakan yang tak berapa hebat tapi sedap di sisi mrhubby dan anak-anak; ikan goreng, sambal tumis sardin, telur goreng, dan sayur kobis.. Tak hebat kan? Tapi sedap tau..:)

Kan dah kata, masak menggunakan bahan yang ada jer..Berkali-kali zarif asik kata - "sedapnya ibu masak". Rasa teruja la jugak walaupun masak sardin je kan, hehe.

Dan hari ni, rasa keterujaan nak memasak tu bertambah. Tapi takdelah sardin lagi. Mungkin masak yang lain.. Siap keluarkan buku resipi Chef Hanieliza malam tadi, beria betul aku..:)


13 comments:

  1. ...yg jarang2 msk, klu dah masak sekali mmg sedap tau walau simple.

    Sy pun dah jarang msk. Kemalasan!

    ReplyDelete
  2. sedap apa sardin...antara feveret en.hubby aku tu...

    ReplyDelete
  3. selalunya orang yang jarang2 masak nie la kalau sekali masak terangkat..pasni kalau masak meh anto sini sikit ye hehe...

    ReplyDelete
  4. bak mai cnie cket nak rasa, hihihi

    ReplyDelete
  5. bestnyer dapat pujiankan... tuler akak yang simpletuler sedap tak tauler kalau beria2 cam tak sedap....

    ReplyDelete
  6. masak sardin sedap juga...
    saya pun jarang masak..

    ReplyDelete
  7. sy lak sejak pndh umah baru, housemate baru, 2kali je msk.. sedey.. sob..sob..

    ReplyDelete
  8. lauk simple lg sedap.. makan leh bertambah2.. hiks..

    ReplyDelete
  9. Janji ibu yang masak..mesti sedap je..:)

    ReplyDelete
  10. salam singgah..jejalan petang...sedap tu sardin...lauk kegemaran tu...sempoi2 pun sendiri masak pasti sedap...dari makan kat luar yg kita tak tahu kebersihannya..baik kita masak...

    ReplyDelete
  11. sebenarnya yg simple2 tu
    lah yg sedap..

    :)

    ReplyDelete
  12. hihihi..sekali sekali makan sardin mmg sedap...

    pandai ayat keluar dari cik abang nak suruh masak tu kan..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...