8.11.11

Aku cuti lagi ni..

Selamat kembali bekerja pada semua, kecuali aku, hehe..Masih lagi bercuti hari ni yea korang. Esok baru aku kembali bekerja tau.

Macamana raya haji korang? Ok tak? Semoga semuanya ok saja yea. Aku pun menyambut dengan penuh kesederhanaan, biasa-biasa je. Part yang paling tak best bila zara menyamakan aku dengan salah satu lembu yang nak dikorbankan..Nak tau apa dia cakap? "Abah..lembu tu garang macam ibu kan?" Hai, sabar jelah anak..

Dan hari semalam pulak adalah hari yang paling tak best dan paling lemau aku rasa. Aku muntah-muntah, mungkin sebab perut berangin atau aku makan terlebih ke, so aku muntah-muntah. Sampai ke malam tadi aku rasa lesu dan asik nak terbaring je..~sighh..~ Harap keadaan hari ni makin baik, haraplah..

Dan hari ni, walaupun semua bercuti (aku, mrhubby, dan anak-anak) tapi tetap rasa sedih. Sebabnya tengahari nanti mrhubby dah nak ke Johor Bahru ada kursus 2 hari..aihh, sedih tau. Dan sekali lagi, zarif dan zara kena duduk dengan ibu yang garang ni, hehe..Tak best rasanya bila partner lagi satu takde, huhu..Walaupun untuk 2 hari tapi tetap terasa..

Jadik untuk hari ni, ingat nak mulakan dengan membasuh kain baju yang giler banyak tu..Haraplah cuaca ok yea...Semoga mrhubby selamat pergi dan selamat balik khamis nanti..:)

# Ni stok daging banyak ni, takkan hari-hari nak makan daging je..tak elok tauu..

7 comments:

  1. KALO byk stok daging tu.. panjang2kanlah sedekah.. heheheh syoknyer cuti lg.. i dah keja dah ni.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Queen-memang pun daging yg ada tu nak diagihkan pada jiran2..

    ReplyDelete
  3. Moga beransur sembuh...

    Semua org Islam di M'sia meriah dgn daging sekarang. Kakak lebih suka tulang dia buat sup sedap:)

    ReplyDelete
  4. statement ibu garang plg yna suka, ahaha

    best la akak cuti lagi.. yna x balik pun raya :(

    ReplyDelete
  5. haha kiut jer samakan ibunya dgn lembu garang tu...

    ReplyDelete
  6. Bab "lembu garang macam ibu kan" tak tahan saya tergelak.

    ReplyDelete
  7. anak awak tu bergurau aje tu di pagi raya.. he..he.. semoga terus sihat hendaknya.. klu hubby nak outstation mmg kita rasa sedih.. akak pun selalu gitu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...