31.12.12

Ok confirm - Tadika Pasti

Ohh, Rabu ni dah naik sekolah ek, cepatnya masa..Ikutkan sebelum ni aku taknak hantar Zara ke Tadika Pasti. Kononnya bila Zarif dah sekolah situ dulu, jadi nak hantar Zara ke tadika lain yang lebih omputih sikit, hehe.

Tapi bila Zarif kata dia terer baca bila belajar kat Tadika Pasti tu, buat aku berfikir-fikir banyak kali. Ditambah lagi bila Zarif boleh solat sendiri, boleh hafal macam-macam doa lagi buat aku berfikir berkali-kali lagi..:) Pastinya kebolehan setiap anak berbeza-beza dan aku dah nampak pun perbezaan tu kat Zarif dan Zara ni. 

Tapi kita fikir yang positif je lah kan. So untuk memudahkan segala urusan maka keputusan nekad telah dibuat ---- Zara sekolah di Tadika Pasti sahaja, yeay..:) Pastinya memang more to Islamic kan (semua orang pun tau). Ada disediakan makan (kalau tak silap 3 kali sehari). Aku hantar Zara dari pagi sampai petang, sama macam Zarif dulu..Senang cerita takyah nak transit mana-mana. Bayaran yuran pun berbaloi..

Semalam ada taklimat kat Tadika Pasti ni dan urusan penyerahan pakaian seragam. Serius tak sangka Zara dah besar la..:)

 Ni uniform biasa

Ni pakaian sukan

Nanti petang nanti nak cari tudung lagi untuk Zara. Semalam nampak dia pun ok kat sekolah tu dengan kawan-kawan dia. Haraplah dia tak meragam Rabu ni..

30.12.12

Cuti Sekolah 2013

Ok ni aku ambik dari Takwim Persekolahan 2013, tapi aku ambik yang bahagian cuti je ok..:) Senang untuk korang yang nak rancang cuti untuk tahun depan nanti..


CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
 23/03/2013 - 31/03/2013 = 09 HARI

CUTI PERTENGAHAN TAHUN
25/05/2013 - 09/06/2013 = 16 HARI


CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
07/08/2013 - 18/08/2013 = 12 HARI

CUTI AKHIR TAHUN
16/11/2013 - 01/01/2014 = 47 HARI


Ini adalah takwim cuti bagi sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.


Aku ni tiba-tiba alert bab cuti ni sebab nak nengok waktu aku due nanti kena cuti sekolah tak? So agak surprise bila tarikh dijangka due adalah pada 09/06/2013 -- ikutkan kat takwim kena kat hari akhir cuti pertengahan tahun tu. Dan ikut history aku biasa due 2,3 hari lebih awal..Kalau kena cuti sekolah memang elok sangat la tu..Sokmo mrhubby sambung bercuti, hehe.


29.12.12

Suka Duka 2012

29 Disember 2012, tinggal lagi 2 hari sebelum menjengah ke 2013. Kalau panjang umur in sha allah bertemu di tahun baru.

Tiada azam yang khusus dari aku untuk tahun baru. Sebab aku ni jenis yang follow the flow. Memang hari-hari pun selalu berniat nak jadi lebih baik dari hari sebelumnya. Cuma ada kenangan suka dan duka untuk diingati sepanjang 2012. Pada aku segala yang berlaku baik manis dan pahit buat kita lebih menghargai kehidupan dan orang-orang yang ada di sekeliling kita.

Antara yang manis untuk dikenang adalah bila dapat menduduki rumah sendiri, syukur sangat. Perasaan berada di rumah sendiri memang sukar diungkap dengan kata-kata. Sampai sekarang pun belum habis deko-deko lagi , hehe. Semuanya bergantung pada bajet...:)

Yang lain bila aku disahkan mengandung, perasaan gembira tu tak terkata sampai tak boleh tido malam..:) Terima kasih Tuhan.

Dan bila ada kenangan manis pastinya ada yang pahit bila aku tak boleh lupa situasi yang berlaku pada mak. Boleh dikatakan itu lah kenangan paling pahit dan paling trauma untuk aku ingat sampai sekarang. Syukur kepada Tuhan sebab aku dan ahli keluarga yang lain masih diberi peluang untuk menerima kasih sayang dari mak lagi..

Satu lagi kenangan pahit bila atuk aku meninggal dunia dan aku tak dapat menghadiri majlis pengebumian disebabkan ada kursus team building di Pulau Sibu. Al-fatihah untuk arwah.

Sebagai hambaNya aku bersyukur dengan segala perancangan dan ketentuan dalam perjalanan hidup ini. Baik yang manis dan pahit pastinya akan dijadikan panduan dalam mengatur hidup pada masa depan.

Terima kasih 2012, in sha allah kita berjumpa 2013. Mudah-mudahan segalanya yang baik-baik untuk aku dan keluarga, juga untuk semua..:)

27.12.12

Hadiah buku merah

Nah sempena anniversary, terimalah hadiah untuk diri sendiri;


Lega..lega bila dah buat buku merah ni..:) Pertama kali check je tadi Hb aku dah tak cantik,10.4 jer. Dari dulu lagi aku memang problem kalau tak kat urin mesti kat Hb, sabar jelah. Nengok kat buku tu faktor risiko Anemia lagi, isk..isk..

Dua minggu lagi nak kena minum air glukosa pulak, adoi...Selama mengandung sebelum ni tak pernah minum air glukosa tapi kali ni kena minum disebabkan faktor umur yang sudah masuk ke 30-an (gitulah kata nurse tu tadi).

Haraplah check lepas-lepas ni ok saja...





9 tahun | Terima kasih


Hari ni semua status aku baik di facebook, instagram mahupun blog berkisar kasih sayang, hehe. Alhamdulillah, Tuhan bagi peluang masih lagi setia bersama selama 9 tahun. Terima kasih atas segalanya dan terima kasih juga atas hadiah yang tak ternilai yang bakal lahir in sya allah tahun depan nanti. Moga semuanya dipermudahkan untuk kita..Amin.

26.12.12

Masih nampak muda :)


26122012 - Abah tersayang genap 64 tahun. Moga terus diberikan kesihatan yang baik dan diberi perlindungan serta kemudahan untuk melaksanakan amal ibadah serta segala urusan di dunia ini dengan mudah, AMIN.

Sayang abah selamanya ~

25.12.12

Ini baru pra..

Selamat bercuti untuk semua. Hari ni keluar jap ke bandar. Mrhubby nak cari kelengkapan diri untuk naik sekolah. Maklumlah bukan anak-anak je nak pakai serba baru. Cikgu pun nak cari baju baru jugak :)

Sementara nak tunggu mrhubby cari barang-barang dia, aku dan budak-budak pun cari barang jugak..


Ok ni je pun kitaorang beli. Ni baru pra yea belum beli betul-betul lagi. Dah lama tak beli barang baby so macam kekok gitu, hehe. Buku merah pun belum buat so takdelah nak beli beria. In Sha Allah Khamis ni baru nak buat buku merah. Harap semuanya oklah.


24.12.12

Bila tak dapat makan nasi minyak - Asam Pedas Yati Batu Pahat

Semalam ikutkan ada satu lagi jemputan kawin dan kira jemputan penutup untuk tahun ni. Asalnya nak datang pagi tapi disebabkan ada temujanji dengan orang so kita tunda datang kenduri tu lepas Zohor.

On the way nak ke kenduri tu, hujan turun dengan lebatnya. Sampai kat rumah pengantin pun hujan masih turun dengan lebat ditambah pulak si Zara boleh sedap je tido dalam kereta (dia memang kaki tido). So sangkutlah kitaorang dalam kereta. Nak turun kereta pun tak boleh dan keadaan yang sesak kat rumah pengantin membuatkan kitaorang buat keputusan salam je tuan rumah (mrhubby je yang pergi salam). 

Makanya bila dah tak dapat makan tu, diteruskanlah misi mencari restoran untuk isi perut, hehe. Masa tu dah pukul 3 lebih petang (still tak lunch yea).

Tapi kitaorang dah aim restoran ni sejak ia baru dibuka so adalah reason nak makan kat sini semalam;

 Lokasinya berdepan Sekolah Convent Batu Pahat

Muka senyum menahan lapar, hehe

Yeayy makanan dah sampai...

Ok jom nengok apa yang kitaorang makan;

 Aku punya jus oren

Zara punya teh o ais limau

Mrhubby minum jus asam boi dan Zarif pilih jus epal. Ada je nasi beriani kat sini tapi taknaklah makan. Since nama kedai pun asam pedas, jom kita makan asam pedas.

 Favourite kitaorang pastinya asam pedas ikan pari

 Telur dadar juga

 Mrhubby nak tambah begedil

 Sambal goreng favourite mrhubby

Zarif nak makan soto ayam je dan dia ada begedil jugak

Kira semalam ni makan merangkap terus sampai malam la..Alhamdulillah kenyang. Servis dari restoran ni pun bagus dan haraplah ia akan diteruskan sampai bila-bila. Yang pasti asam pedasnya sedap di tekak aku (tak taulah kot aku lapar sangat ke, hehe), tapi memang sedapp..

Dekorasi kedai pun simple, cantik dan kemas dan paling best semua pekerja dia pakai pakaian seragam macam ala-ala waiter gitu (tak sempat nak snap gambar).

Harga?


Pada pendapat aku harganya sangat berpatutan dengan servis dan kualiti yang diberikan. Lagi satu kuantiti nasi pun agak banyak dan aku boleh makan dua orang dengan Zara tanpa mintak tambah lagi. Mrhubby siap paksa diri makan nasi tu sampai habis sebab dia rasa nasi tu banyak sangat..:) Jus air pun banyak sampai mrhubby dan Zara kena tapau bawak balik.

Lain orang lain pandangan tentang harga kan? Lepas ni nak bawak mak abah makan kat sini pulak.



22.12.12

Update ringkas - Pembahagian Masa

Nengok rancangan Motivasi Pagi tadi, tajuknya Pengurusan Rumahtangga "Masa". Tajuk yang menarik.

Antara intipati penting, setiap orang diberikan masa 24 jam maka masa yang perlu diperuntukkan adalah 8 jam untuk KELUARGA, 8 jam untuk ORANG LAIN dan 8 jam untuk ALLAH dalam masa sehari.

Jadi sama-samalah nilai diri dengan pembahagian masa ini. Adakah kita adil? Oh malu rasanya bila mengenangkan masa yang diperuntukkan untuk ALLAH tidak sampai 8 jam pun sehari. In Sha Allah aku cuba untuk baiki diri untuk jadi yang lebih baik. 

Selamat berhujung minggu untuk semua!

21.12.12

Memang kerja aku


Selamat pagi Jumaat..:)

Ok, aku upload gambar ulang tayang dari Instagram. Ni memang tugas aku setiap hujung tahun, tak boleh elak punya. Abahnya memang surrender la bab-bab ni semua..As long as ada gunting dan selotape kerja menyampul buku akan menjadi mudah.

Untuk buku teks memang aku prefer sampul manual gini, lebih puas gitu. Untuk buku tulis aku beli je yang sampul segera tu, senang kerja. Sorrylah entry aku kebelakangan ni lebih kepada persiapan anak nak sekolah :).

Zarif bukan main mengira hari nak naik sekolah sebab tak sabar nak pakai serba baru. Zara je yang lain sikit, maklumlah nak ke sekolah baru so beberapa hari ni aku kena psiko dia (kalau boleh takmolah dia buat perangai hari pertama nanti).

Ok daaa..


20.12.12

Menu 20122012

Tajuk tak agak-agak, menu 20122012, macam menu hebat je. Taklah hebat pun, hebat kat tekak sendiri je, hehe.


Aku mengidam nak makan asam pedas ikan pari, so masak sendiri jelah. Kebetulan cuti umum hari ni, so marilah memasak..Alhamdulillah dah kenyang, bertambah-tambah aku makan.

Apa menu korang hari ni?

Oh yea, walaupun dah wish kat facebook tetap nak tulis lagi kat sini - HAPPY BIRTHDAY UNTUK ADIK AKU RAI YANG MENYAMBUT HARI LAHIRNYA YANG KE-28 TAHUN pada hari ni, kebetulan tarikh cantik pulak..:)

19.12.12

Beli baju sekolah Zarif


Ni first time beli baju sekolah brand CANGGIH. Tahun lepas tak dapat beli brand ni, so tahun ni kita berhabis sikit. Orang kata kainnya bagus (memang ok la). Esok ke lusa sambung lagi beli barang sekolah Zarif, dah tak banyak dah tinggal sikit je lagi...Baru tau jugak yang brand CANGGIH ni boleh dibeli secara online (ketinggalan zaman betul aku).

Beli dekat-dekat akhir bulan ni baru feel sikit, hehe (padahal tunggu duit bonus). Duit pun laju je mengalir keluar macam  air tapi semua parents pastinya nak bagi yang terbaik untuk anak-anak kan..:) - (Ishh, tetiba rasa sebak mengenangkan kepayahan mak abah mengeluarkan duit beli segala keperluan sekolah untuk aku 5 beradik, huhu).

Aku tak beli sekaligus banyak tapi beli sikit-sikit dulu. Stationeries semua alhamdulillah dah lengkap. Yuran Tadika Zara pun dah bayar tinggal nak pergi sekolah je next year. Yuran sekolah rendah dan sekolah agama Zarif akan dibayar masa pendaftaran dan pembelian buku pada 31 Disember dan 1 Januari nanti.

Yeay esok negeri Johor bercuti umum, bestnyaaa....:)

18.12.12

Bila anak makin suka bertanya...

Makin lama makin hebat soalan dia dan makin terperangkap aku, hehe. Nasihat abah, kena bijak jawab soalan anak...
 


Bila soalan diajukan dengan spontan, maka dengan spontan juga aku kena cari jawapan yang bijak. Adakalanya aku kalah dan terpaksa cari masa lain untuk terangkan jawapan paling bagus dan boleh diterima akalnya.

Dulu masa anak kecik sibuk nak anak pandai cakap..Bila dah pandai cakap dan dah pandai tanya itu ini, ohhh letih tau nak menjawab.. :)

17.12.12

Kemas untuk 5S

Selamat pagi kawan-kawan semua. Tak boleh fokus pada blog sangat lately ni sebab tengah sibuk nak audit 5S. So terpaksa la kemas ofis dengan bersungguh-sungguh sejak Khamis lepas..Mulai esok audit bermula, huhu.

Selagi bilik dan ofis tak mencapai spec yang ditetapkan selagi tulah kena kemas, maka fokus kepada perkara-perkara lain terpaksa dilupakan. Semalam pun aku datang ofis bawak mrhubby dan anak-anak mintak tolong kemas bilik, nasiblah diaorang sporting..:)

Lagi best bila mrhubby turut sumbangkan idea dan tenaga untuk mencantikkan bilik aku, tq la sayang..

Esok = hari audit = hari gaji...yeay! Dan 20hb ni pulak Johor akan bercuti sempena cuti umum, ermm..mana nak pergi eh???

15.12.12

Harga yang sebenar


Rentetan entry ini, meh aku bagi jawapan yang sebenar. Maaflah lambat keluarkan entry ni disebabkan sibuk dengan urusan kerja kat ofis. Nak update kat rumah pun asik tertunda je, huhu.

So dari ramai-ramai yang komen tu, cuba nengok siapa yang kena dengan harga kat atas..Yang tepat takde kan? Dan ada sorang je yang aku rasa paling hampir dengan harga sebenar iaitu Cik Huda dengan harga diteka RM85.35, tahniah yeaa!!

Nowadays, kalau bawak RM50 memang tak cukup ler..Tapi depends jugaklah dengan barang-barang yang dibeli, tapi biasanya memang lebih dari RM50 la..

So, terima kasih pada yang sudi meneka tu yea. Pada Cik Huda nanti ada something untuk awak..:)


13.12.12

Dahhh..jangan sedih

Wah kat fb macam-macam status aku baca malam ni termasuklah diri aku sendiri, hehe. Sebenarnya tak berapa layan bola mulanya tapi bila pengadil tu cari pasal, eh terus diri ni jadi emosi, lagi pulak bila Malaysia kena main 10 orang...

Hakikatnya memang nak Malaysia menang tapi Thailand main malam ni memang bagus (Harap Thailand menang lawan Singapura nanti). Malaysia pun dah cuba sehabis daya dah, nasib tak berpihak pada kita nak mengekalkan Piala AFF Suzuki tu..Takpe, fikirkan strategi untuk 2 tahun akan datang nanti yea.

Sekarang, aku akan fokus pada pasukan Johor la pulak, ewahh (mentang banyak player yang best, hehe)..

Dah takmo sedih-sedih ok, kalah ke menang kita semua tetap bersatu, yeay!!

12.12.12

Cuma 10 barang je tapi harganya......

Malam tadi pergi Carrefour nak beli barang sikit, tak banyak pun adalah 10 barang je...2 item lagi takde dalam gambar ni - Fried Chicken Popcorn (RM2.47) dan Fried Chicken Cocktail (RM1.87).


Masa nak bayar mrhubby bagi RM50 kat aku..Aku nengok kat dia sambil ambik jugaklah duit tu, hehe. Cumanya aku dah target yang semua ni lebih dari RM50..

Dan pastinya jumlah akhir adalah RM................Ok cuba korang teka. Jangan lupa tambah sekali 2 item yang aku tulis kat atas tu yea. Siapa dapat paling tepat atau paling hampir dengan jumlah sebenar adalah something untuk korang...mau tak? Ha, cer teka cepat....:)

8.12.12

Dah ada 'heartbeat'

Since aku berjalan sakan last week, agak risau jugak dengan kandungan aku kan. Yelah walaupun takde apa-apa yang berlaku tapi nak la tau jugak status dia dalam perut ni..

Hasil scan semalam;


Alhamdulillah doktor kata kandungan baik, uri pun dah kat atas, paling penting baby dah ada heartbeat..Ya Allah seronoknya dengar degupan jantung dia..:) Tak sabar nak tunggu kelahiran dia nanti.

Oh yea tarikh EDD pun dah bertukar dah ni - 9/6/2013 nanti. Ohhh seram pulak rasanya..

Aku pun dah melepasi tahap mabuk-mabuk ni, sekarang semua pun ok, setakat letih-letih sikit tu biasa jelah. Doakan semuanya dalam keadaan baik ok..:)

7.12.12

As Sakinah Resort - III (Final)

Yeay..Amik ko 3 entry sekaligus hari ni pasal Janda Baik, senang cerita.

Bangun pagi hari terakhir tu, budak-budak ni nak turun ke sungai lagi. So layankan jelah, tapi diaorang tak mandi cuma cecah tapak kaki jelah. Air sejuk giler, menggigil ko..



So marilah kita bersiap sedia nak balik...

 Dengan mrhubby

 Dengan Wan

 Bye-bye Janda Baik..

Lain kali kami akan kembali lagi..:)

Kesimpulannya aku happy dengan percutian kat Janda Baik. Pastinya aku nak jadikan percutian ke Janda Baik ni satu percutian tetap. 2 hari 1 malam pun dah cukup memadai, lepas ni boleh try resort yang lain pulak.

Oh yea, sebelum aku tamatkan Kak Aziezah ada tanya;


Oh soalan susah ni, hehe. Aku terpaksa la google jugak nak cari jawapannya. Sebab aku sendiri pun nak tau, so sama-samalah baca dari sini yea..Dapat satu pengetahuan yang baru.

Sekian.


As Sakinah Resort Janda Baik - II

 Macam aku cakap setakat 2 hari semalam je dan takde banyak aktiviti setakat nak rehatkan diri dan minda. So masa pun agak lambat bila ada kat situ, hehe. Kata nak rehatkan diri kan, so memang tak perlu buat apa-apa. Nasib la line internet ok (untuk maxis broadband le). Line Digi aku memang dah out pun..







 depan bilik kitaorang ada kolam ikan dan laman yang luas

Masa diaorang dok santai-santai bergambar semua ni, aku dan mrhubby tengah cari makanan. Adik aku cam biasalah tido je memanjang.

Oh ye time bermalam kat situ masa ada perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Laos. Untuk pengetahuan TV takde eh kat dalam bilik ni. Tapi ada TV kat area kawasan makan. Mrhubby, adik aku dan Zarif pergilah nengok bola tu dan aku dok mengadap laptop kat bilik.

Alhamdulillah sepanjang berada kat sini cuaca sangatlah baik, cuma malam tu hujan sikit. Tapi sebelah siangnya semua pun ok..:)

Dah sambung lagi nanti, wah laju je aku nak habiskan entry kat Janda Baik ni, hehe..


As Sakinah Resort Janda Baik - I

Rabu lepas aku dan keluarga serta mak abah dan adik aku Wan menuju ke Janda Baik. Perjalanan tak lah jauh sangat memandangkan kitaorang memang dah ada kat rumah adik aku kat Damansara. 

Sebenarnya ada banyak pilihan nak menginap kat Janda Baik. Oh ye kenapa aku pilih Janda Baik? Err, tak tau ek. Cumanya aku dah rasa tension sangat kerja so aku nak satu tempat yang jauh dan terpencil lagi sunyi sepi nak tenangkan hati dan otak..:) Tak lama pun kat Janda Baik ni, setakat 2 hari 1 malam je. Oh lagi satu nak kasi anak-anak mandi sungai, sian diaorang asik mandi swimming pool je kan, meh g kawasan kampung sikit.

Di Janda Baik ni kitaorang menginap di;


Kat Assakinah Resort ni parking kereta kat tepi-tepi jalan tu dan kena jalan kaki masuk ke resort. Teruja bila sampai sini dah nampak sungai;


Pada mulanya kita dah booking 2 bilik kat bahagian depan, dekat dengan jalan masuk dan sungai tapi disebabkan ada program dan ramai peserta maka En. Ariffin (tuan punya resort) dah bagi kitaorang tempat penginapan seperti di bawah ni;

Lebih privacy dan tak campur dengan orang lain.

Kiranya dia upgrade lagi bilik-bilik kitaorang lebih luas dan besar dari bilik asal, yeay..:) Aku nak privacy sangat kan, ha amik ko memang sunyi sepi ok kat belakang ni.

Baru sampai..

Oh ye, kitaorang bertolak dari Damansara lebih kurang pukul 10 lebih pagi, kira tengahari dah jejak dah kat sini. Makanan memang tak disediakan oleh pihak resort (memang dah maklum dari awal). So kitaorang kena beli sendiri makanan. Tak susah pun nak beli makanan kat sini sebab ada warung-warung kat kawasan sekitar.

Lepas lunch, mrhubby dan anak-anak terus mandi-manda kat sungai;

  Diaorang je mandi, aku tak pun sebab sejukkkkkkk....

 Zarif paling excited yea..

 Zara pun boleh tahan sejuk..

Aku memang tak mandi sungai sebab tak tahan sejuk takat cecah-cecah kaki je. Sebenarnya rahsia yang patut korang tau sepanjang aku kat Janda Baik ni, aku memang tak mandi pun hahaha. Serius bukan takat air sungai je yang sejuk tapi air paipnya pun sama macam ais!

Ada heater kat bilik air tapi macam tak berfungsi je. Cerek tak disediakan ok. So aku redha! Makanya mandi aku kat sana cuma lap-lap je, hehehe.

Ok sambung next entry nanti, daaa...





6.12.12

Puteri Harbour Family Theme Park - Final

Ok aku ada hutang lagi cerita pasal Puteri Harbour Family Theme Park kat Nusajaya. Kira ni part last la. Senang buat entry ni buat rujukan untuk sesiapa yang nak ke sana.

Kisah lepas;


Ok, kat Hello Kitty Park ni, bilik terakhir yang kita masuk adalah;

Kat dalam macam ada game sikitla..

Sebelum tu macam biasa kita bergambar dulu..

Setiap group yang masuk akan diberikan sebuah (ke sebiji?) lantern untuk satu game. Kena cari simbol misteri ke apa ntah dan dapatkan satu perkataan untuk keluar nanti (Zarif je yang beria cari perkataan tu, hehe). Setiap satu lantern tu kira ada kod dan perkataan yang berbeza la..


Aku tak kuasa nak cari simbol misteri tu, so Zarif dan mrhubby jelah yang beria..Ala kalau korang takmo cari pun takper..Ni just for fun je.


 Nak jugak bergaya dengan lantern, ha oklah..:)


See Zarif berjaya dapat B, hehe..Kira oklah tu, perkataan nak dicari tu KITTY je pun. Oh ye, kalau nak dapat A tu korang kena cari perkataan tu within masa yang ditetapkan, aku lupa laa..Zarif beria tau cari simbol tu..Ikutkan aku kalau tak dapat cari pun, tak kisah la kan terus keluar tapi dia memang bersungguh-sungguh.:)

Last but not least mestilah ada gambar dengan Hello Kitty nya kan..

Sebelum keluar dari sini singgah kejap kat cafe Hello Kitty ni beli makanan yang simple je cam Sardine Puff dan seangkatannya. Oklah not bad gak rasanya. Harga bolehlah so-so. Taklah terlalu mahal, takkan nak expect harga murah cam kat luar dah kat tempat cam gini, ye tak?


Tips ringkas dari aku kalau nak ke sini;

i) Rasanya tak perlu bawak baby yang umurnya bawah setahun, sebab macam tak berbaloi. Best kalau pergi Theme Park ni bila bawak budak-budak yang dah faham..

ii) Bawak je air mineral atau roti dan biskut letak kat beg. Aku pun buat macam tu gak sebab kesian kat Zara yang cepat lapar, hehe. 

iii) Bawak duit lebih la kan, sebab time nak keluar tu lalu kat kedai souvenir, berpinar biji mata nengok macam-macam dalam tu, tapi aku tak beli apa pun..:)

Itu je kot tips ringkas, hehe. Sebab ni indoor jadi takdelah nak risau pasal cuaca ke apa kan. Rileks je boleh bersantai-santai. Akan datang aku rasa akan ada lebih banyak game dan akan ada Lat's Place pulak, mesti happening.

Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...