28.11.12

Mode bercuti : ON

Eh, hampir terlupa kat blog pulak, maklumlah mulai hari ni hingga ke hujung minggu aku bercuti, yeay..Tetiba rasa lega otak ni dapat rehat seketika. 

Kalau berkesempatan aku akan update blog cam biasa. Ni update guna phone je rasa tak best sangat sebab touch screen. Nak taip guna laptop gak baru feel nak bercerita, ye tak?

One of the list this weekend nak ke MAHA..Korang dah pergi MAHA belum? Kalau belum jom....

Orait jap lagi nak gerak ke Janda Baik harap dipermudahkan segala urusan dan perjalanan kitaorang..

27.11.12

Balik tengahari & tidur

Ok, before this aku pernah buat entry pasal balik tengahari ni, tapi malas pulak nak link kat sini..Ok, mungkin kelebihan kat aku kot sebab rumah dekat. Lebih kurang 5-6 minit dah sampai rumah.

Macamana susah ke senang ke, tengahari aku mesti balik rumah. Aku susah nak stay ofis waktu lunch kecuali kalau terdesak je..Tapi selagi takde halangan besar aku cuba untuk balik ke rumah. Kebanyakan orang semua tanya, "Balik rumah masak ke?" Yelah logiknya perempuan especially kaum ibu ni balik rumah mesti nak masak kan..Tapi aku tak, hehe.

Aku balik tengahari untuk tidur. Ada orang susah kan nak tidur tengahari tapi pada aku tidur sekejap atau take a nap tu perlu..Perlu sangat untuk aku, untuk korang tak taulah kan.

Bila dah bangun tidur tu rasa macam lega sangat dan segar sikitlah (konon)...So korang macamana? Boleh tidur tengahari ke tak? Balik rumah atau duduk ofis je?




Mi rebus di pagi hari


Jemput makan dan jemput tengok jugak eh..Pagi ni sarapan mi rebus johor, sedap dan alhamdulillah. Eh, bukan aku yang masak tau, bertuah mrhubby kalau aku masak mi rebus ni pagi-pagi, hehe. Pastilah beli kat kedai je...:)

Maklumlah selera ibu mengandung ni memang tak menentu...


26.11.12

Puteri Harbour Family Theme Park - II

Ok sambung lagi kisah kat Puteri Harbour Family Theme Park. Kita nengok gambar sambil bercerita ok.

 dapat nengok live show Barney

show Hello Kitty juga..

Sebenarnya nak masuk ke park Hello Kitty ni, kita akan dapat kupon cam gini (masa beli tiket dah dapat).

Kat Hello Kitty Park ni ada banyak bilik-bilik macam kat atas ni tapi aku dapat masuk yang bercop tu je. Black Wonder tu tempat main game. Aku excited nak masuk bilik yang lain dengan Zara tapi ramai sangat orang yang beratur so takpelah, dah takde rezeki. Kena lagi pulak aku memang tak suka nak menunggu.








Untuk pengetahuan Zara ni memang fanatik Hello Kitty (dah nama pun gegirl) so agak berbaloi la bawak ke sini nengok gelagat dia..Kalau ada Zarif je memang takde harapanlah nak ke Hello Kitty park ni, hehe.

Ok sambung next entry !




Puteri Harbour Family Theme Park - I

Ok, sekarang kita sambung kisah aku hari tu. Khamis lepas masa cuti umum tu, kitaorang decide last minit nak ke Puteri Harbour Family Theme Park. 
Ikutkan aku rancang nak ke sana bulan Disember tapi alang-alang dah ada kat JB, so teruskan jelah niat dari membuang masa. 

Puteri Harbour Family Theme Park ni indoor so takyah kisah pasal cuaca pun. Aku beli tiket untuk 2 park (Hello Kitty & Little Big Club). 2 park harga tiket RM85 seorang (boleh refer web ok). Kalau korang nak pilih salah satu park pun ok jer.

Oklah layan gambar je yea.

masa ni awal lagi dalam pukul 11 pagi - beli tiket masuk

Kitaorang terus ke level 2 dulu sebab staf diaorang kata kat level 1 (Hello Kitty Park) tu penuh, so kitaorang ok jelah. Level 2 ni Little Big Club park. Ada Pingu, Bob The Builder, Angelina Ballerina dan Barney.

Oh ye, korang akan dapat sehelai kertas yang ada jadual show kat sini. So korang kena refer jadual tu untuk tau pukul berapa maskot-maskot ni akan keluar untuk buat show @ bergambar, cam aku pergi hari tu memang bernasib baik sungguh.


 2 orang kanak-kanak yang super excited

 termasuk mak budak sekali

 parents yang super excited jugak, hehe

Mrhubby & Zarif main bumper car

Untuk pengetahuan korang kat beberapa tempat kat sini ada disediakan photographer. Diaorang akan amikkan gambar kalau korang nak dan photographer tu pun boleh amikkan gambar korang guna kamera kita sendiri.

Untuk gambar yang diaorang amik tu, dia charge RM30 sekeping, ada jugaklah gambar yang kitaorang amik dari diaorang. Maklumlah aku pun cuma amik gambar guna hp je, takde DSLR pun.

Ok, kita sambung lagi nanti yea.


25.11.12

Akhirnya settle juga...

Akhirnya semalam dah settle nengok filem The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2..Maka settle jugalah keseluruhan filem Twilight Saga yang aku dah nengok, huhu.

Semalam dating dengan mrhubby la walaupun dia tak berapa minat nak nengok filem ni tapi since Twilight Saga : Eclipse dia memang dah redha kena nengok filem ni dengan aku, hehe.

Kesimpulannya aku puas hati la (dasar perempuan kan..puas hati je) , oklah takkan nak cakap tak ok pulak. Aku memang harapkan happy ending. Penat kot nak tunggu setiap episod filem ni sejak 5 tahun yang lalu. Setahun satu filem. So memang patut la aku nak happy ending..:)

Tq to mrhubby sebab temankan semalam, walaupun dalam nengok movie tu aku pening kepala tapi sebab Edward dan Bella ku tahan jua, hehe.

Ok, daaa..

23.11.12

Teaser dulu....

Ok, cukup semalam cuti sehari so hari ni kembali kerja macam biasa. So otak ni pun rasa macam dah refresh la (konon..)

Walaupun ke Johor Bahru je tapi cuti singkat yang sangat berbaloi dan memuaskan hati tambah-tambah lagi dapat menggembirakan hati anak-anak.

Mana aku pergi? Kita bagi teaser dulu ok..:) Sapa yang nengok fb aku semalam memang confirm dah tau la mana aku pergi, hehe.


Next entry aku cerita lagi k..Nak pilih-pilih gambar yang menarik dulu (dahlah blog aku dah sampai limit nak upload gambar terpaksa la aku buat email lain untuk memudahkan upload gambar lagi, huhu)

Al-Fatihah kepada salah seorang warga universiti aku yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amin.


22.11.12

Cuti umum | Gencatan Senjata

Hari ni rakyat negeri Johor bercuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Lega dapat cuti sehari setelah beberapa hari agak sibuk dengan event fakulti dan cuti sehari ni dapatlah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kalau nak lagi best baik sambung esok terus ke weekend tapi aku takdapatlah gitu pasal cuti dah sikit kan, hehe.

Tapi semalam balik dari kerja je aku terus cakap kat mrhubby nak tido hotel, huhu. No reason cuma nak beralih angin. So aku teruslah booking hotel kat JB, hehe.

 kanak-kanak yang super excited

Dan sekarang aku berada di salah sebuah hotel JB. Tengahari nanti baliklah ke BP semula sebab esok kerja cam biasa. Takdelah nak plan ke mana pun, saja je...Kalau ikutkan hari ni ada macam-macam aktiviti kat Muar sebab sambutan Majlis Keputeraan Sultan Johor dibuat di sana sebab Muar adalah bandar diraja. Tapi confirm la Muar ramai orang.


Alhamdulillah setelah lapan hari dengan hampir 150 nyawa terkorban di Palestin, akhirnya awal pagi tadi diumumkan gencatan senjata. Tapi sama-samalah kita terus menderma dan bantu mereka untuk mulakan hidup semula.


21.11.12

Jom sama-sama bantu mereka


Jom sama-sama kita bantu rakyat Gaza. Kalau ikutkan dah tak larat nak nengok mahupun dengar berita pasal peperangan ni. Lagi-lagi gambar kanak-kanak yang cedera dan meninggal dunia. Tersentuh hati nak-nak lagi bagi kita yang dah bergelar ibu bapa ni kan.

Sama-samalah kita berdoa dan bantu mereka mengikut kemampuan yang seadanya.

20.11.12

17hb hari tu..

Majlis Zara haritu takdelah buat besar-besar. Biasa-biasa je pun. Setakat jemput family kakak ipar aku dan makcik aku je. No friends at all, hehe.

Makanan pun yang ringan-ringan je - Roti jala & kuah kari (ni oder je), muffin blueberry (mak tolong buatkan) dan murtabak (oder juga). Majlis start pun pukul 3.30 ptg. Buat makan ringan-ringan sebab kebetulan ada majlis kenduri kawin so masing-masing semua dah makan berat, :) Itupun tak abis tau sebab masing-masing memang kenyang sangat kot.

Gambar pun aku letak ni jelah. Tak banyak gambar pun dari tab mrhubby. Gambar aku? Langsung takde k, huhu.

 Kek Zara - peminat Hello Kitty
Oder dari Lovely-Cakes

Tuan punya kek yang makin bijak & petah :)

Terima kasih pada yang sudi datang ke majlis kecil dan biasa-biasa ni. Dan terima kasih juga pada yang sudi bagi hadiah semua. Hadiah dari ibu abah untuk Zara dah sampai lebih awal dari majlis dia..

 

19.11.12

Takde yang mustahil pun..

Kecoh sana sini pasal Diana Danielle mengandung walaupun baru bernikah 3 November lepas. Orang suka fikir yang bukan-bukan eh. 

Kalau dah ditakdirkan Tuhan dia nak mengandung awal, tak mustahil pun kan. Lagipun apa je yang berlaku atas kuasa Tuhan. Sekiranya Tuhan berkehendakkan sesuatu terjadi maka jadilah ia. Aku bukannya nak backing sesapa pun dalam hal ni.

Tapi bila baca komen-komen orang berkenaan hal ni buat aku rasa sedih. Sedih sebab senang benar kita lemparkan fitnah dan tanggapan yang bukan-bukan. Lebih bagus kita bersangka baik dan fikir positif je.

Jangan mudah melemparkan fitnah yang kita sendiri pun tak tau kebenarannya. Kadang diri sendiri lebih banyak khilafnya dari mengata pasal orang lain.

Lebih baik banyakkan doa untuk rakyat Palestin yang sedang menderita sekarang.

Peace ~

Makan breakfast macam raja


Homemade bfast aku pagi ni, nak bawak ke ofis..Healthy gitu, hehe. Pagi ni ada event penting anjuran fakulti aku, dan aku antara petugas yang terlibat. So haraplah segala yang dirancang berjalan dengan sempurna, Amin. 

Lately ni blog memang macam terabai dan tak sempat nak baca blog korang pun. Iallah habis je segala event aku pulun semuanya, yea..:)

17.11.12

Zara dah 4 tahun

Tepat jam 10.59 malam - 17 November 2008, aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Zara Afina..

Alhamdulillah hari ini Zara genap 4 tahun. Gembira nengok pembesaran dia dan seakan tak percaya tahun depan dah mula masuk sekolah tadika..

Moga terus membesar menjadi anak yang bijak, baik dan solehah. Ibu sayang adik tau (eh lepas ni dah tak boleh panggil adik lagi, heheh).

amboi lentok bukan main lagi...

14.11.12

Cerita Deepavali semalam

Sebenarnya hari cuti semalam takdelah dok rumah semata sebab ada majlis kenduri kawin. So selamatlah dari memasak lunch, hehe.

Lepas balik kenduri tu, hubby dan anak-anak ajak berjalan. Ikutkan aku malas la sangat, maklumlah by that time cuaca dah ala-ala mendung macam memaksa diri ni nak beradu setelah kekenyangan..Tapi kesian kan diaorang, ikut jelah berjalan ke shopping mall.

Saja cuci-cuci mata..Tapi kalau dah nama perempuan kan, takdelah cuci mata cam tu je. Tangan mesti gatal nak capai something. So terjebak masuk ke SASA.

ha, amik kau..:)

Semua barang berunsurkan memanjakan diri, konon nak treat diri macam kat spa la kan..:) Olive Foot Mask tu beli dua, satu untuk aku dan satu lagi untuk mrhubby. Jangan main-main eh, ingat muka je ada mask ke, foot pun nak jugak tau..

Sebab takde timun kat rumah so belilah timun palsu, hehe. Kalau ada timun betul pun, memang malas nak potong kan, so nak mudahkan kerja, beli jelah cooling cucumber pads, hehe.

Mujur ada diskaun kat SASA ni, so berbaloilah duit membeli.

Sebelum balik rumah, mintak mrhubby belikan bahan-bahan nak buat kuetiau goreng. Tetiba ibu mengandung ni mengidam nak makan kuetiau goreng basah gitu. So petang tu sinsing lengan memasak kat dapur.

Tadaaa............

takdelah basah sangat pun kuetiau ni

Tapi kira oklah kan untuk aku makan kuetiau masakan sendiri..Rasanya macam lagi sedap dari beli kat kedai, hahaha. Mrhubby berulangkali kata, "Sedap b..macam beli kat kedai" Maksud tersirat dia --- "Masaklah selalu b, abang dah tak larat nak beli makanan kat kedai"

Oklah, bukan takmo masak. Kan aku mabuk, macam tak leh pandang minyak masak segala, tapi lately ni cam mood memasak tu dah mari la pulak, ke tempoh mabuk dah nak abis, huhu...Well, sebenarnya aku pun dah tak larat makan lauk kedai..

Ishh macam dah panjang je entry ni, selamat membaca eh. Aku memang tak sempat nak jengah blog korang, serius bz yang amat ni. Kalau free nanti aku baca blog korang tau.

Daa..

"SELAMAT BERCUTI ESOK DAN MENYAMBUT AWAL MUHARAM"






12.11.12

No cuti-cuti!

Di saat orang lain seronok dan gembira cuti sekolah dan syiok sambung cuti minggu ni sebaliknya pulak aku.

Minggu ni dan minggu depan ni adalah minggu yang sangat kritikal dengan workload yang sangat banyak memandangkan ada event besar yang akan berlangsung pada hari Ahad ni membawa ke minggu depan, huh...

Ikutkan sebenarnya dah tahap stress tambah lagi dengan keadaan diri yang macam ni tapi macam biasalah aku ambil pendekatan think positive je..Itu je yang mampu aku lakukan saat ni, bersikap tenang dan think positive. Mudah-mudahan Tuhan terus bagi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menempuh hari ni dan hari-hari mendatang.

Korang ke mana? Cuti-cuti Malaysia kah?

10.11.12

Tarikh cantik & bersemangat

Alhamdulillah what a good feeling today - 10/11/12. Nice date kan? Malangnya tiada sebarang jemputan kahwin hari ni, hehe. Yang ada banyak jemputan adalah hari esok dan minggu-minggu yang akan datang.

Hari ni hujung minggu a.k.a. first day cuti sekolah. Rasa diri segar semacam (statement cam poyo gitu) dan anak-anak aku boleh bangun seawal pagi sebelum pukul 7 ok..Of course la Zarif dan kitaorang kena bangun awal nak solat subuh kan..Tapi yang dak sorang lagi si kenit tu pun bangun awal..Padahal kalau hari sekolah biasa, dia la yang paling liat nak bangun ok. Tapi kira bagus la kan, semua bersemangat semacam je..

Now, nak kemas-kemas rumah yang sepatutnya, dan lepas zohor nanti insyaallah nak balik rumah mak. Esok nak ke Seremban dengan parents sebab ada jemputan kahwin. Mesti ramai yang cuti hari Isnin kan, tapi aku kerja cam biasa next week walaupun ada dua hari cuti umum yang tersepit tu (hari Selasa dan Khamis).

Cepatlah akhir November, tak sabar nak cuti ni, huhu..Minggu depan dan minggu lagi satu adalah hari yang paling busy sebab ada event besar kat fakulti dan aku adalah antara orang yang terlibat..Wish kalau aku boleh melangkau 2 minggu yang akan datang ni, hehe..

Ok, tata, selamat berehat semua~

9.11.12

Good job team ASK 2012 - Kritikan tu perkara biasalah..

Aku tak habis nengok lagi Anugerah Skrin, tapi tergerak nak tulis dalam blog ni sebab rata-rata yang komen dalam fb semua boring semata. Yelah aku pun admit macam tu, jap rasa macam nak terlelap pun yea gak.

Tapiii..aku paksa gak diri nengok sambil lipat kain baju. Oklah setiap orang boleh bagi pendapat masing-masing. Tapi jujurnya, aku kena bagi kredit jugak kat team ASK 2012. Satu perubahan baru dan idea yang kreatif. 

Senang kata seni tu sesuatu yang subjektif. Apatah lagi nak buat satu tema "Selami Dunia Fantasi Kami" (Fairy Tale) yang pada aku memang tak mudah dengan props yang hebat. So, nak memuaskan hati semua penonton memang tak senang tapi at least kita kena appreciate dengan idea segar yang dipersembahkan.

Lepas ni confirmlah diaorang akan buat post mortem dan nilai semula hasil persembahan malam ni..Biasalah satu-satu idea baru tu memang susah nak diterima oleh semua orang kan..

Aku suka tema ni sebab aku jenis orang yang suka berangan dan banyak baca buku cerita fairy tale masa kecik-kecik, dan secara tak langsung terimbas kenangan masa dulu, hehe..

Tahniah pada semua pemenang, daaa....Happy Weekend.

8.11.12

Semalam di Konvo Zarif


Semalam di Hari Konvokesyen Zarif, chewah Konvo Zarif lagi tau.. Dia terima anugerah cemerlang untuk subjek English..Cam tak caya je, hehe. Tahniah untuk anak ibu, :)

Yang tak tahan tu siap tanya, "Ibu suka tak kita dapat cemerlang untuk English?" Aku angguk jelah. Lepas ni kena usaha lebih lagi ok, buat yang terbaik dalam semua subjek, mudah-mudahan terus berjaya.

Kalau nak hadiah dari ibu mintak kat abah ok :)

Kita nak tidur je

Aku  : Seronoknya Zarif esok dah last sekolah..Apa nak buat cuti sekolah ni ek?

Zarif : Tu la, tak sabar nak cuti ni sebab kita nak tidur je..

Aku : Tidur?????

Zarif : Yelah kita nak tidur sebab dah penat dah asik sekolah je...

Aku : ???

Takdelah maknanya asik nak tidur je kan..At least kenalah do some activities yang berfaedah lagi menyihatkan badan. Melampau sangatlah kalau nak tidur je, huhu..

Yang dak Zara lagi la, tak sudah-sudah mengira hari bila nak cuti sekolah (lagaknya mengalahkan dah sekolah betul padahal taska je pun)

Nasiblah mrhubby kena jadi mrmama start next week, hehehe...

7.11.12

Lesu & Angin dalam badan

Semalam aku rasa lesu dan letih sangat. So pergi klinik dan check. Biasalah time pregnant cam gini, lesu, mual loya, letih dan macam-macam lagi. Angin banyak dalam badan la..Macamana nak hilangkan angin selain makan ubat yang doktor bagi? Maksudnya adakah makanan-makanan tertentu atau minuman tertentu yang ibu mengandung tak boleh makan dan minum sebab nak elakkan angin dalam badan? Boleh share?


Sempat jugaklah buat scan untuk pertama kalinya...Alhamdulillah kandungan berada dalam keadaan yang baik dan dijangka bersalin pada 20.6.2013, insyallah.

6.11.12

Berita gembira

Tengahari semalam Zarif balik rumah dan bawak berita gembira..:) Dia salah seorang dari pelajar dalam kelas yang akan terima anugerah cemerlang (cemerlang apa aku tak tau la pulak..) so majlis penyampaian anugerah akan disampaikan hari esok dan ibu bapa dijemput hadir sama, syukur alhamdulillah.

Petangnya pulak kembali ke rumah dengan berita gembira lagi.."Cuba teka kita dapat nombor berapa kat sekolah agama?"

Aku macam biasa sangat skeptikal, "mesti lebih teruk dari periksa hari tu kan?"

"Taklah.." Setelah penat main teka teki, akhirnya dia bagitau dapat no. 3..Kira oklah tu kan, hehe. Macam tak percaya pun ada jugak, sebab dia banyak main-main. 

Alhamdulillah, ni semua baru peringkat permulaan. Banyak lagi kena belajar lepas ni. Nak besarkan anak laki ni memang penuh cabaran la. Nak suruh belajar, kalau tak kena jerit dan tak kena paksa memang tak jalan derr...

Tahniah jugak pada semua anak-anak korang yang berjaya dalam peperiksaan. Perasaan nak cuti sekolah tu dah meluap-luap rasanya (macam aku lak yang jadi student kan, haha)



5.11.12

Cerita di pagi Isnin

Good luck untuk semua calon SPM pagi ni. Sebenarnya kan aku tak sangka yang hari ni SPM dah start, rasa macam awal dari tahun-tahun sebelum ni. Dan subjek mrhubby Pendidikan Seni Visual adalah antara kertas peperiksaan yang perlu dijawab pada hari ini.

Cuaca pagi ni pun mendung je, seems macam hujan nak turun lagi. Agak risau kat area Parit Raja ni kalau berterusan hujan, memang banjir la jawabnya. Tapi harap-harap tak banjir la kan, seriau mengingatkan kenangan banjir besar 2006 dulu (first time meredah banjir tu) baik kat rumah dan kat tempat kerja, huhu..

Ok, ni aku selitkan gambar Zara Jumaat ari tu nak cabut gigi. Actually gigi tu dah berlubang, tapi aku suruh je dr cabut terus..Bukan aku yang teman dia kat bilik dentist tu, aku suruh mrhubby, huhu. Sebenarnya aku yang penakut ok, bukannya Zara.

Kira aku respect la budak kecik ni sebab aku first time cabut gigi pun 6 tahun, dia ni 4 tahun pun belum jejak lagi. 

Pada aku kan, lagi takut nak jumpa dentist dari nak bersalin, hehehe...




 


2.11.12

Plan cuti sekolah

Tinggal minggu depan je anak-anak sekolah, lepas tu dah start cuti, hooreyy!! Asal nak tiba cuti sekolah je, tetiba aku rasa menyesal tak jadik cikgu, haha..Nak buat camanakan, tapi bagus gak lah diaorang cuti, at least adalah somebody yang tolong kemaskan rumah...:)

So korang semua dah buat plan tak? 

Macam aku, dahlah baki cuti sangat menyedihkan, tinggal 6 hari je kot, so aku kena pandai rancang supaya cuti yang ada tak membazir macam tu je. Aku dah plan akhir November nak ke Janda Baik Pahang bercuti sekeluarga. Walaupun cuaca sekarang tak menentu tapi harap dipermudahkan la segalanya. Setakat ni aku dah survey 2 tempat kat sana, harap-harap dipermudahkan segala urusan. 

Dan awal Disember pulak nak ke Avillion Port Dickson (ni berkonvoi dengan kawan-kawan a.k.a team futsal mrhubby), setakat 2 hari 1 malam je..

Last but not least, dalam bulan Disember jugak (tak decide nak pergi weekend or weekdays) nak ke Legoland. Ni nak pergi dengan adik aku sekeluarga. Pergi sini mungkin sehari je lah kot. Tapi sebab aku dok Johor ingat nak beli annual pass ticket. So kalau tak sempat nak jelajah semua tempat kat Legoland tu dalam tempoh sehari, lain kali boleh pergi lagi..

Ni semua plan kasar je, yang dah booking cuma kat Avillion PD je, lain semua belum booking dan beli ticket. Ikutkan dengan keadaan aku macam ni memang malas nak berjalan, tapi macam tak baik kan, kesian kat anak-anak so kenalah kuatkan semangat, chaiyokk..

Harap semua plan yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, insyallah ~




1.11.12

Tentang aku | Terima kasih

Dari balik kerja petang semalam sampailah ke malam tadi keadaan aku agak lemah, biasalah kan di awal mengandung ni. Lepas tu kesejukan sampai gigil-gigil manja, hehe. Kejap rasa nak muntah tapi tak muntah, lepas tu rasa macam nak demam tapi tak panas..

Langsung takde selera nak makan, tido malam pun tak lena. Tapi pagi ni alhamdulillah keadaan ok sikit. Dan aku mengidam nak makan lontong dan mrhubby dah janji nak belikan so I'm waiting for him..

Cuma nak cakap terima kasih pada mrhubby (i know u read this). Terima kasih sebab membantu kerja-kerja di rumah. Thanks jugak pada anak-anak yang semakin besar dan faham erti tanggungjawab (walaupun ada waktu aku terpaksa membebel jugak - eh tapi time marah-marah ngan bebel semua takdelah pulak rasa loya ngan nak muntah kan? )

So harap lepas ni keadaan akan semakin ok..Pagi ni tanya Zarif;

Aku : Zarif, ibu dah gemuk ke?

Zarif : Belum lagi ler..

Hehehe..hari tu timbang berat badan, turun 2kg, ermm, nampak gaya kena makan lebih lagi ni. Sekarang nak makan apa yang teringin je. Tu pun kira nasib baik aku boleh makan ayam lagi. Ikutkan time pregnant Zarif ngan Zara, trimester pertama je aku langsung tak boleh makan ayam, tapi sekarang ok la pulak, alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...