10.11.12

Tarikh cantik & bersemangat

Alhamdulillah what a good feeling today - 10/11/12. Nice date kan? Malangnya tiada sebarang jemputan kahwin hari ni, hehe. Yang ada banyak jemputan adalah hari esok dan minggu-minggu yang akan datang.

Hari ni hujung minggu a.k.a. first day cuti sekolah. Rasa diri segar semacam (statement cam poyo gitu) dan anak-anak aku boleh bangun seawal pagi sebelum pukul 7 ok..Of course la Zarif dan kitaorang kena bangun awal nak solat subuh kan..Tapi yang dak sorang lagi si kenit tu pun bangun awal..Padahal kalau hari sekolah biasa, dia la yang paling liat nak bangun ok. Tapi kira bagus la kan, semua bersemangat semacam je..

Now, nak kemas-kemas rumah yang sepatutnya, dan lepas zohor nanti insyaallah nak balik rumah mak. Esok nak ke Seremban dengan parents sebab ada jemputan kahwin. Mesti ramai yang cuti hari Isnin kan, tapi aku kerja cam biasa next week walaupun ada dua hari cuti umum yang tersepit tu (hari Selasa dan Khamis).

Cepatlah akhir November, tak sabar nak cuti ni, huhu..Minggu depan dan minggu lagi satu adalah hari yang paling busy sebab ada event besar kat fakulti dan aku adalah antara orang yang terlibat..Wish kalau aku boleh melangkau 2 minggu yang akan datang ni, hehe..

Ok, tata, selamat berehat semua~

2 comments:

  1. eh..a'ah la..tak perasan tarikh hari ni cun...huhu

    ReplyDelete
  2. Ramai yg nikah hari ini Huda. Sama juga 12-12-12 pun ramai yg dah pilih tarikh ini.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...