2.11.12

Plan cuti sekolah

Tinggal minggu depan je anak-anak sekolah, lepas tu dah start cuti, hooreyy!! Asal nak tiba cuti sekolah je, tetiba aku rasa menyesal tak jadik cikgu, haha..Nak buat camanakan, tapi bagus gak lah diaorang cuti, at least adalah somebody yang tolong kemaskan rumah...:)

So korang semua dah buat plan tak? 

Macam aku, dahlah baki cuti sangat menyedihkan, tinggal 6 hari je kot, so aku kena pandai rancang supaya cuti yang ada tak membazir macam tu je. Aku dah plan akhir November nak ke Janda Baik Pahang bercuti sekeluarga. Walaupun cuaca sekarang tak menentu tapi harap dipermudahkan la segalanya. Setakat ni aku dah survey 2 tempat kat sana, harap-harap dipermudahkan segala urusan. 

Dan awal Disember pulak nak ke Avillion Port Dickson (ni berkonvoi dengan kawan-kawan a.k.a team futsal mrhubby), setakat 2 hari 1 malam je..

Last but not least, dalam bulan Disember jugak (tak decide nak pergi weekend or weekdays) nak ke Legoland. Ni nak pergi dengan adik aku sekeluarga. Pergi sini mungkin sehari je lah kot. Tapi sebab aku dok Johor ingat nak beli annual pass ticket. So kalau tak sempat nak jelajah semua tempat kat Legoland tu dalam tempoh sehari, lain kali boleh pergi lagi..

Ni semua plan kasar je, yang dah booking cuma kat Avillion PD je, lain semua belum booking dan beli ticket. Ikutkan dengan keadaan aku macam ni memang malas nak berjalan, tapi macam tak baik kan, kesian kat anak-anak so kenalah kuatkan semangat, chaiyokk..

Harap semua plan yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, insyallah ~




9 comments:

  1. bestnya dah ada plan mana nk pergi cuti nanti. Teringin gak nak pergi Legoland dan JPO.... sy kena msk keje dulu, tgk mgu dpn mcm mana baru boleh buat plan..takut tak sesuai dgn masa nk kena btugas nanti.

    ReplyDelete
  2. Kakak tak ada perancangan langsung. Tengoklah anak-anak macam mana.
    Legoland yg dekat pun kakak lalu depan aje Huda..

    ReplyDelete
  3. baguih2 der planning untuk anak2kan..
    akak dah gi legoland last weeek belum lagi update ceritanya.. maybe next week baru nak cerita...
    tapi kalau orang johor memang konpom akak beli tiket tahunan berbaloi2.. memang tak puas jalan sehari... banyak benda nak diambek gambar... kalerpul sesangat...

    ReplyDelete
  4. bln nov/dis memang hari jenjalan sekeluarga....baguslah dah ada planning..
    bln ni kami sekeluarga nak ke johor juga....masuk Legoland tak lagi kot...nanti-nantilah......

    ReplyDelete
  5. wah bestnya cuti2 kak.. sy lg la cuti dh habis dh.. klu nk cuti lepas nih kena potong gaji.. huhu.. selamat bercuti ye kak.. harap2 apa yg dirancang berjalan lancar.. amin..

    ReplyDelete
  6. Wahhhhhhhhhh! Syoknya cuti. Tp tak syoknya, nape cuti sekolah ms musim ujan eh? Huhuhuhu...

    ReplyDelete
  7. kami pun takde plan nak pegi jenjalan huda. ikut ajelah en hubby yg masih ada cuti nak kena habiskan sblm masuk thn baru. yg pastinya... disember ni balik kampung lagi sbb anak kakak izan nak kawen. kalau tak bulan ni nak ikut rombongan menikah ke t'ganu, tapi sbb bby zayyan masih kecik... tak jadilah.

    ReplyDelete
  8. Kenapa menyesal tak jadi cikgu? Saya paling mengelak jadi cikgu sejak dulu sampai sekarang. Susah tu lebih tak seronok banding cuti. Apapun jadi cikgu memang kerjaya mulia yang disanjung tinggi.

    Cuti sekolah biasanya tempat bercuti akan naik harga!

    ReplyDelete
  9. salam dik
    wahhh banyak plan cuti sek nie .. seronok anak2 kan
    akak nie nak berjalan juga , tapi x jauh koot .. ke KL aje ..
    kalau jauh2 nie nak kena ada budget huhu
    skrg gerak kereta dah nak duit huhuh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...