26.11.12

Puteri Harbour Family Theme Park - I

Ok, sekarang kita sambung kisah aku hari tu. Khamis lepas masa cuti umum tu, kitaorang decide last minit nak ke Puteri Harbour Family Theme Park. 
Ikutkan aku rancang nak ke sana bulan Disember tapi alang-alang dah ada kat JB, so teruskan jelah niat dari membuang masa. 

Puteri Harbour Family Theme Park ni indoor so takyah kisah pasal cuaca pun. Aku beli tiket untuk 2 park (Hello Kitty & Little Big Club). 2 park harga tiket RM85 seorang (boleh refer web ok). Kalau korang nak pilih salah satu park pun ok jer.

Oklah layan gambar je yea.

masa ni awal lagi dalam pukul 11 pagi - beli tiket masuk

Kitaorang terus ke level 2 dulu sebab staf diaorang kata kat level 1 (Hello Kitty Park) tu penuh, so kitaorang ok jelah. Level 2 ni Little Big Club park. Ada Pingu, Bob The Builder, Angelina Ballerina dan Barney.

Oh ye, korang akan dapat sehelai kertas yang ada jadual show kat sini. So korang kena refer jadual tu untuk tau pukul berapa maskot-maskot ni akan keluar untuk buat show @ bergambar, cam aku pergi hari tu memang bernasib baik sungguh.


 2 orang kanak-kanak yang super excited

 termasuk mak budak sekali

 parents yang super excited jugak, hehe

Mrhubby & Zarif main bumper car

Untuk pengetahuan korang kat beberapa tempat kat sini ada disediakan photographer. Diaorang akan amikkan gambar kalau korang nak dan photographer tu pun boleh amikkan gambar korang guna kamera kita sendiri.

Untuk gambar yang diaorang amik tu, dia charge RM30 sekeping, ada jugaklah gambar yang kitaorang amik dari diaorang. Maklumlah aku pun cuma amik gambar guna hp je, takde DSLR pun.

Ok, kita sambung lagi nanti yea.


10 comments:

  1. bestnya..akak dah pegi ea..nie yg x sabar nak pegi nie..

    ReplyDelete
  2. alamak akak suka sesangatler ngan entryni buatkan akak rs nak berdesup pergi ke sanan..
    akak dah pergi legoland tapi tuler sebab tau hello kitty tu dah bukak masa sampai JB tak boleh nak rancangler..
    terujua sesangat dah ni.. kalauler JBtu dekat...

    ReplyDelete
  3. Kita yg kt jb ni pun asyik dgr jek psl semua ni hihi smpi x jugak hihi..
    Mesti sarah excited ada barney haha

    ReplyDelete
  4. mcm kt genting lak ada khidmat amik gmbr tu..tp sy xbeli pun..hehe..

    apsal sy xtau ada tmpt best ni??

    ReplyDelete
  5. Nampak betul Zarif dan Zara punya seronok tu Huda.. tak terus ke sebelah nya kan Legoland.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat nak ke legoland lagi, iallah kalau jadik Disember nanti tapi tak taulah kot saya ni larat ke tidak nak berjalan kat sana nanti

      Delete
  6. JB skg ni dah mcm2....sernok pulak. Hello Kitty ni ade kena-mengena dgn legoland ke? Tak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastinya tak berkaitan fara..ni indoor, legoland tu outdoor.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...