31.12.13

Terima kasih 2013............

Hari terakhir sebelum menginjak ke tahun baru esok, insya allah. Hari sekolah esok, dan permulaan bagi negeri Johor yang akan mula bercuti pada hari Jumaat dan bekerja pada hari Ahad, yeehaa..

Kalau nak ikutkan banyaknya nak coretkan warna warni 2013..Tahun yang penuh dengan pelbagai dugaan tapi dalam banyak-banyak tu satu jelah yang paling manis dan suka untuk dikenang...

Kelahiran Zahia Aisyah yang dipermudahkan Tuhan jua. Sesekali teringat momen tu boleh buat aku tersenyum sendiri..:) Ngeri ok masuk hospital lepas tu masuk dewan bersalin dengan bau ubat dan macam-macam lagi laa..TAPIII, demi zuriat tercinta ku tempuhi jua, hehe. ---- > Pengalaman melahirkan anak ketiga.

Lain dari tu adalah perkara-perkara yang biasa saja, biasalah masalah mahupun perkara yang manis dan pahit tak boleh dielakkan ye tak, so suka tak suka kita kena hadapi dengan redha, tabah dan positif...

2014 aku mengharapkan yang baik-baik juga malah aku nak lonjakkan diri kepada tahap yang lebih baik...

Tahun ni mungkin ujian lebih kuat memandangkan kos sara hidup yang lebih meningkat tapi aku harap dapat melalui keadaan ni dengan lebih tabah dan mohon Tuhan permudahkan kehidupan kami sekeluarga dengan lebih baik lagi...

Oh yea sebenarnya aku ada beberapa sasaran dan perancangan yang harapnya dapat dilaksanakan pada 2014, mudah-mudahan tercapai hendaknya...

Dan paling penting sekali aku harap kami sekeluarga (termasuk mak abah dan adik beradik aku) dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Merancang macam-macam tapi kalau kesihatan terabai pun tak guna kan...


Lagi satu, terima kasih tak terhingga pada semua pembaca blog yang sudi jejak ke blog yang biasa-biasa ni...Tanpa korang semua tak bermaknalah blog ni kan, hehe..



SELAMAT TAHUN BARU 2014
  DARI KAMI













 


27.12.13

10 tahun yang macamm-macam!! Syukur!


Alhamdulillah masuk 10 tahun hari ni. Dengan pelbagai ujian dan dugaan kami tempuh dan harungi, insya allah moga hubungan ini direstui dan berkekalan hingga ke akhir hayat.



Ditambah dengan 3 amanah, tugas dan tanggungjawab semakin bertambah. Moga impian dan kehidupan pada tahun depan dan tahun-tahun akan seterusnya dapat dilalui dengan mudah.. 

Love all so much!!


26.12.13

Bisnes online cari duit tambahan

Macamana cuti semalam? Buat apa dan ke mana?

Ok merujuk kepada entri sebelum ni, ada yang bertanya kat mana aku makan mi bandung yang ada udang galah tu kan..

Ok aku pun silap sebab tak amik gambar kedai tu, yelah mana nak tau yang dia nak hidangkan mi tu dengan udang galah, hehe.

Andaikata la korang berminat boleh cari kedainya sederet/sebelah dengan Restoran Murtabak Singapore (dekat dengan SM Sains Muar dan Petronas). Aku memang lupa nama kedainya, maaf yea..

Korang nak tanya ni.....

Disebabkan kehidupan akan datang yang aku rasa makin sukar dengan kos macam-macam yang semakin meningkat..Aku ingat nak buat bisnes laaaa....

Yelah bisnes part time je lah kot..Nak jimat pun duit terpaksa jugak kena keluar kan, yea tak? So kan, nak mintak pendapat korang...Mana yang korang berminat kalau aku nak jual..

@ Moist choc cake
@ Dim sum halal (korang makan tak dim sum?)
@ Baju baby dan kanak-kanak? (Ni memang nak buat)
@ Peralatan tulis & kelengkapan melukis

Dan satu lagi aku nak buat macam kit for kids untuk persediaan sekiranya anak kita sakit dll. Macam first aid kit la tapi tak detail sangat, simple je..

So how????

Bagi pendapat sikit.....Tq kawan-kawan semua..



24.12.13

Cerita balik kampung di Kesang Muar

Assalamualaikum semua...

Hampir seminggu tak update yea..Jangan risau, aku masih minat menulis blog ni lagi, cuma hari tu kan cuti...Ok la direct je yea..

Petang rabu minggu lepas balik kampung di Kesang Muar (kampung sebelah abah). Rumah kampung tu dah jadik homestay setelah kematian atuk dan nenek aku..Sebab abah nak nengok kebun dia jadik kita dok la kampung tu, kira kitaorang ni dah jadi tetamu la kan..:) Zarif dan Zara punyalah seronok dapat balik kampung..Tetiba aku pulak yang rasa seram sebab dah lama sangat tak bermalam kat situ..

 Tak taulah budak dua orang ni suka sangat panjat atas tu, jakun kottt...


Malam tu memang semua orang boleh tido lena, aku ni je yang tak boleh tido..Dalam hati asik nak cepat siang je, entah apa yang aku takutkan pun tak tau laa..Please eh...aku tak takut hantu tau..Zaman sekarang orang lebih bahaya dari hantu...

 Zara tido nyenyak betul

Aisyah pun sama, sedar sesekali nak susu je

 Pagi tu abah ajak mrhubby ke kebun kat Kesang Laut
Zarif mestilah nak menyibuk sama

Nengok kan dah kata Zara memang suka dok panjat ni


Memandangkan petang Khamis tu dah nak gerak ke KL, so kita makan luar jelah. So kalau dah dok Muar ni apa lagi mi bandung je lah..Katanya mi bandung special tu pasal ada udang galah. Ala, kalau tekak aku ni semua mi bandung kat muar ni sedap laa, asalkan kuah tu tak cair. Aku penah oder mi bandung kat BP ni tapi kuahnya cair abis putus selera nak makan.

Balik dari makan, pintu rumah pulak tak boleh bukak..Rupanya abah tersalah bawak kunci ler...Dah stuck kejap dalam 10-15 minit..Nasiblah orang yang jaga rumah aka homestay ni dok tak jauh..Abah call dan dia datang bukak kan pintu...


 Sementara tunggu orang datang bukak kan pintu

 Nasib jugak ler kat luar ni ada tempat duduk...:)


 Nanti kita sambung lagi ok, ni kira ok lah dah update kan..kan...Tq sudi baca...









18.12.13

Tersentuh hati

Ini aku copy dari fb, menarik dan menyentuh hati. So aku letak dalam blog ni untuk tatapan semua. Kisah seorang suami yang kematian isteri akibat penyakit kanser. 

Gambar sebelah kiri kat bawah ni dengan isteri dia masa perkahwinan 2009 dan gambar belah kanan tu dengan anaknya yang diambil pada 2013.




Ben Nunery and his young daughter Olivia recreated these special photos from Ben and Ali’s wedding day to say goodbye to Ali, who passed away from cancer, and to remember the good times


Ben Nunery and his young daughter Olivia have published a gripping and beautiful series of images in which they bid farewell to their home and to their wife and mother Ali, who died of cancer in 2011 at 31 years of age (R.I.P.).

Ben and Ali were married in 2009. Because they had just purchased their new home, they decided to take their wedding photos in the home that was to be their future. After Ali passed just 2 ½ years later, however, Ben and Olivia had to move into a new home together. To say goodbye, Ali’s sister Melanie Tracy Pace joined them for one more photoshoot in the home where Ben and Ali had their wedding day photos and where they had lived together. The resulting images, some of which even shadow the original wedding-day photos, are a touching and beautiful farewell to Ali and to their old home.

17.12.13

Mood nak cuti niii...

Tak tau apasal takde mood sangat nak berblog ni..

Mungkin dah on mood nak g bercuti (bercuti la sangat kannnn) padahal nak ke KL je pun. Esok petang lepas balik kerja nak balik ke kampung Kesang, Muar dengan mak abah aku. 

Khamis lepas Zohor baru gerak ke KL ke rumah adik-adik aku. Bukan selalu dapat jumpa bila jumpa ni buatlah small gathering..:)

Lepas Krismas nanti mrhubby dah sibuk pulak dengan segala mesyuarat maklumlah dah nak naik sekolah dan rutin aku pun akan bermula macam biasa. So sementara cuti ni kita habiskan masa berkualiti dengan keluarga tercinta..

Oklah malas nak bebel banyak, tengok gambar Aisyah je yea..Memang excited amik gambar dia jelah sekarang sebab dia je yang comel, hehe..Sekarang dah mula merangkak (nanti aku upload video dia merangkak) dan mula nak pandai duduk tapi gigi tak tumbuh lagi tu..

 Ni abahnya sikatkan belah tepi ni, hehe..

 Nengok dah mula nak duduk, cepat sangat nak besar..

 Bukan main lagi mata nengok bdaman abangnya..

Anak perempuan kan, tu yang ghairah dok ber'headband' bagai..

Sekian...





16.12.13

Dropbox memang best!!

Apa tu Dropbox?



Mula-mula dulu pakai smartphone aku memang tak tau apa benda alah dropbox ni, kalau boleh nak uninstall jer apps ni..

Tapi ni lah apps yang mudah untuk aku nak-nak lagi bila aku selalu amik gambar dan kalau nak update blog dari pc ofis..:)

Dekat pc ofis pun ada dropbox ni..Segala gambar kalau diambil melalui kamera phone aku akan terus diupdate ke dropbox ni..Baik dropbox dalam hp dan jugak dropbox kat pc ofis, yeayy..

Kalau sebelum ni aku yang sengal ni sibuk la nak transfer gambar dari kamera hp guna kabel usb la, hantar lalu email la..Sekarang dah takpayah nak susah-susah ok, memang mudah yang amat laaa..Aku memang lembap sikit nak explore ni, dok diam-diam explore semua ni baru lah ooooohh gitu ke..:)

Selain dari dropbox ni, google photos pun sama jugak..So ada macam-macam apps yang lebih memudahkan dan tak perlu la nak transfer bagai..Sekarang kita main sharing sharing jer ok..

 


13.12.13

Totally berubah bila dapat wake up call!

Yup sekarang memang kena berubah!! (Entri ini ditulis setelah mendapat kebenaran dari tuan punya badan iaitu mrhubby :) )

Semua berlaku mulai minggu lepas setelah mengetahui keputusan darah mrhubby;


Asik urik tinggi (tak tau macamana boleh tinggi sebab kitaorang ni bukan seafood lover), lemak baik dan lemak jahat pun tinggi so kenapa nak kena tunggu lagi? Memang kena berubah la kan..

Ok sebelum ni aku dah pernah nasihat kat mrhubby untuk menjaga kesihatan dari segi pemakanan tapi disebabkan kami datang dari latarbelakang yang berbeza makanya segala nasihat aku sebelum ni cuma didengar bagai angin lalu saja..Well aku pun bukanlah yang bagus sangat cuma aku ni bukanlah pemakan pun orangnya (minggu depan aku pulak nak check darah, huhu)..Mrhubby pulak memang jenis pemakan dan suka mencuba pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap.

Sekarang corak pemakanan dan kehidupan kena berubah dan tak boleh bertangguh dan tunggu lagi. Takut nanti kalau teruskan pemakanan yang tak sihat, kadar kolestrol makin tinggi dan boleh menyempitkan lagi saluran darah. Tau jelah kan kalau salur darah dah makin sempit, apa yang berlaku seterusnya???

 Makanan kena kukus


Kena keluarkan peluh

Takpe, sebagai isteri aku kena bagi support. Before this memang selalu nasihat tapi mungkin belum masanya dia nak dengar so aku pun takmolah nak paksa takut kang gaduh pulak.

Jadi Tuhan pun bagi mrhubby wake up call (dr yang kata). Bila dah dapat wake up call ni barulah nak tersentak dan tersedar. Senang kata macam dah terhantuk baru nak terngadah la kan..

Sekarang mrhubby terima apa saja yang aku buat dan uruskan untuk dia...:) Yelah aku pun risau sebab mrhubby boleh dapat penyakit keturunan sebab arwah parents dia ada penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi...

Insya Allah doakan yang bebaik yea sebab aku mengharapkan kesihatan yang baik untuk diri aku serta semua orang-orang yang aku sayang. Lebih baik tau sekarang dan kita masih ada masa untuk berubah..

Ingat, makanan tak salah tapi bagaimana cara kita makan dan macamana kita nak bakar balik segala lemak yang kita makan tu..:)

Pagi ni dapat sms dari mrhubby;


Yea berat mrhubby sebelum ni 94kg, tapi hasil usaha bersenam dan pemakanan yang lebih sihat alhamdulillah berat semakin turun..Chaiyok sayang, moga terus berkurang selepas ini.

Aku share entri ini supaya mana ada masalah kesihatan tu sama-sama kita berubah. Mana yang dah berubah dan jaga kesihatan tu baguslah dan teruskan amalan yang baik yea..

Oh yea, selain dari bersenam dan amalkan pemakanan yang sihat, ada jugak menggunakan produk-produk tertentu. Nanti aku share di entry yang lain yea..Ni dah kira panjang ni..

Tq sudi baca.


12.12.13

Bedtime story katanya

Ni repost balik dari Instagram aku.

Malam tadi sebelum tido Zarif cakap, "Ibu, bacakanlah kita buku cerita sebelum nak tido.."

Yes, sebagai ibu mithali haruslah ku turutkan permintaan anak bujang sorang ni kan...End up, tak abis lagi buku dibaca dia dah zzzzz dulu, hehe..Dah macam baby ok tido pun kat bantal kecik Aisyah lak tu..

Buku Cinderella lagi ok, hehe


Bila bangun pagi ni aku cakap la kat dia, "Apa la Yip ni, ibu tak habis baca lagi Yip dah tido..."

Dia jawab - "Bukan ke buku tu dibaca memang nak suruh kita tido..."

Anak la anak...:) Memang sesuai la bedtime story namanya...

11.12.13

Ohhhh patutlah...tarikh cantik

Ok rugi kalau tak update blog hari ni sebab tarikh best.

Sebenarnya aku agak lembap gak sebab bila tau si Che Ta nak nikah dengan Zain 11 Dis, aku pun selak kalendar laa..Apa hal lak nak nikah di tengah minggu kan, hari Rabu pulak tu...

Pagi ni bila kat fb rata-rata tulis tarikh 11/12/13 barulah aku realize...Ooohhhh no wonder laa..Slow yea aku, huhu..

Oh bukan Che Ta je nikah hari ni tapi kakak Dafi (Nina) pun nikah hari ni jugak dengan Jovian Mandagie (pereka fesyen). So tahniah la pada mereka-mereka yang bernikah hari ni..

Aku pada tarikh ini adalah duduk di rumah saja sambil memasak dan habiskan lipat baju, hehe. Yea aku cuti dua hari, hari ni dan esok sebab perlu menguruskan beberapa hal penting.

So itu jelah nak update, janji ada entri di tarikh 111213....:)

10.12.13

Cerita minggu lepas | Anniversary mak abah 36 tahun

Semalam Johor cuti umum dan hari ni baru mula kerja..Tapi esok dan lusa aku nak cuti lagi sebab memang aku dah rancang dari awal termasuk ada beberapa hal yang perlu diuruskan.

Cuti 3 hari ni takde ke mana pun memang dok rumah je. Cuma rasa happy sangat sebab adik aku balik dan dapatlah jumpa anak sedara aku Umar Daniel yang gedebab itu..Punyelah semangat dan sedap je pegang badan dia, memang jauh beza la dengan baby Aisyah tu, hehe..

L : Zahia & R :Umar

L : Umar & R : Zahia
(gambar masa akikah akhir bulan 6 haritu)


Kebetulan pulak Sabtu lepas, 7 Disember 2013 adalah hari ulangtahun perkahwinan mak abah aku yang ke 36 tahun..Alhamdulillah masih bertahan dan kekal bahagia hingga sekarang, mudah-mudahan perkahwinan mak abah terus dirahmati Allah dan berkekalan selamanya bersama anak-anak dan cucu tersayang..


 Majlis yang simple jer..

Kek yang sedap, yumm..


 Umar asal dapat je memang nak menggigit

Abang yang boleh diharap..:)








7.12.13

Pengalaman itu amat berharga

Selamat berhujung minggu untuk semua.

Minggu ni negeri Johor bercuti selama 3 hari termasuk hari Isnin sebab cuti hol. Cuti panjang pun takde ke mana sebab keadaan cuaca yang tak menentu ni baik dok rumah saja kan..

Bercerita mengenai cuaca ni memang tak dinafikan rasa simpati pada semua mangsa banjir di Pahang dan Kuantan dan semua yang terlibat termasuklah di negeri Johor. Sedihnya tak terkata sebab aku sendiri pernah merasa pengalaman banjir di Parit Raja tahun 2006 dulu. Bukan setakat kat rumah tapi kat tempat kerja pun air naik. Cuma kat rumah masa tu air ngam-ngam jer kat porch dan sikit lagi nak masuk ke rumah tapi tak masuk..

Mujur aku ada rumah mak abah di bandar so kitaorang menumpang kat rumah diaorang selama seminggu. Kalau takde rumah mak abah confirm memang dah duduk kat penempatan mangsa banjir.

Tapi aku dan mrhubby serta Zarif (masa tu anak sorang lagi) rasa la pengalaman meredah banjir separas betis nak balik ke rumah untuk amik barang sebab kereta tidak dibenarkan masuk ke rumah lagi disebabkan air naik dengan cepat..Jenuh jugak meredah air sambil bergilir-gilir dengan mrhubby dukung Zarif.

Selain dari jadi mangsa banjir aku pun terlibat sebagai sukarelawan untuk mangsa banjir (ikut tempat kerja aku). Sedih sebab aku nengok sendiri keadaan mereka yang terlibat yang ditempatkan di sekolah-sekolah berhampiran. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul kan..:(

Aku cuma harap keadaan akan kembali pulih dan semua yang terlibat agar bersabar dengan keadaan yang menimpa mereka. Dalam keadaan macam ni, mereka perlukan sokongan moral dan juga bantuan dari segi makanan, pakaian dan lain-lain untuk meneruskan kehidupan. Bantulah mereka yang terlibat mengikut kemampuan yang kita ada, tak dapat banyak sikit pun jadiklah..

Antara petikan dari buku TUHAN SEDANG MENGUJI KITA -USTAZ KAZIM ELIAS

@ Dalam menghadapi musibah yang terjadi, kita harus memegang prinsip bahawa jika sesuatu itu hendak terjadi, maka tetap akan terjadi. Kita tidak perlu menyalahkan sesiapa dan tidak perlu menyalahkan apa-apa, terima dengan redha.

@ Tuhan tidak akan menguji hambaNya dengan sia-sia. Samaada ujian berbentuk kesusahan, kesenangan, musibah atau kesakitan, Allah lebih mengetahui mengapa kita diuji. Malah Allah menegaskan agar jangan mengharap kepada syurga selagi belum diuji.











6.12.13

Untuk semua pencinta buku

Untuk semua pencinta buku termasuklah diri aku sendiri..

Bermula hari ni 6 Disember hinggalah Ahad 8 Disember 2013 akan berlangsung Karnival UTHM bersama Kumpulan Media Karangkraf..


Jomlah sama-sama meriahkan karnival yang menarik ni, selain dari jualan buku ada macam-macam aktiviti yang dijalankan untuk semua. Oh yea bagi yang ada anak-anak tu kalau nak jumpa Upin Ipin boleh datang pada hari Ahad pada jam 4-5 petang..

Karnival ni dari pagi sampai malam tau, rugi kalau tak datang...


Lagi satu, yang aku pasti semua tertunggu-tunggu adalah The Big Bad Wolf 2013..


Aku tak pernah pergi sini tapi adik-adik aku semua pernahlah pergi..Manalah tau diizinkan Tuhan dapat pergi ke kali ni, tapi memandangkan adik bongsu aku dah nak ke sini malam ni makanya aku pesan jelah dulu kat dia, kalau ada rezeki dapatlah aku jejak ke Big Bad Wolf kalau tak dapat pun takpelah...

Ala aku pesan buku untuk anak-anak jer, tak tahan ok nengok buku dengan harga yang murah melampau, huhu...

So semua pencinta buku jangan lepaskan peluang ni yeaaa..............


5.12.13

Bila baby dah mula sihat

Hai, sorrylah semalam masa memang padat, kira semalam cam efisyen gitu fokus pada kerja semata, hehe..Petangnya bawak baby g checkup dan amik injection pulak..

Ok, hari ni baru macam santai-santai sikit. Tapi santai tetap buat kerja ok bukan bermalasan. Cuaca hari ni pun alhamdulillah, baru nampak cahaya matahari. Yea, silalah pancarkan cahaya mu itu, kesian kat baju-baju aku yang bersidai kat luar tu mahukan cahayamu wahai mentari..:)

Aku simpati pada mangsa-mangsa di Pantai Timur terutamanya pada mereka yang menetap di Pahang dan Terengganu, moga mereka bersabar dengan dugaan ini. 

Oklah sebab santai-santai, layanlah gambar anak-anak aku ni yea;

 Aisyah yang dah mula rasa sihat..

 Aisyah nak main sekali laaa...

 Haiiii......

 Amboi sedap betul makan berdua eh..
Si kecik dan si besar..

 Spot sapa yang tak tido lagi? Hehe..






3.12.13

Seminar untuk diri sendiri

Pagi ni aku dah naik kerja dan baby Aisyah aku tak hantar ke taska sebaliknya aku minta mrhubby jagakan kat rumah.. Haraplah baby Aisyah ok..

Oh yea by the time aku taip ni aku ada kat dewan tengah dengar ceramah dengan personaliti terkenal dari pagi sampai petang ni..Nanti aku bagi tau ok..

Selamat bertugas untuk semua...





2.12.13

Bila Aisyah kena viral fever...

Salam Isnin untuk kawan-kawan. 

Hari ni aku cuti lagi. Patutnya aku ke Melaka dari semalam ada family day tapi aku tak dapat join disebabkan keadaan Aisyah yang tak mengizinkan. Mrhubby dan dua anak aku masih lagi di sana dan tengahari ni baru check out..

Hidup aku memang agak kelam kabut beberapa hari ni senang kata sejak minggu lepas. 4 klinik (mujurlah 3 klinik adalah Panel) dalam tempoh seminggu semata-mata nak dapatkan rawatan dan ubat terbaik untuk Aisyah. Dari Isnin sampai Rabu demam dia on off dan asyik terjaga pukul 2.30 pagi.

Klinik kedua ada bagi antibiotik Augmentin tapi pelik sebab tak baik-baik jugak..Dalam masa yang sama kat badan dia ada tumbuh macam bintik-bintik atau merah-merah, aku ingatkan demam campak ke atau denggi tapi semua klinik yang aku pergi termasuklah pakar kata bukan campak mahupun denggi. Dan doktor tu semua pun takde yang suruh amik darah pun....

Klinik ketiga (pakar kanak-kanak) bagi antibiotik Cedax (Zara yang dulu selalu demam pun tak pernah amik Cedax ni). Antibiotik ni memang mahal giler, sekotak RM87 tak taulah kat klinik atau hospital lain. Terpaksa amik ubat ni jugak sebab demam dia on off plus dia batuk pulak (semua doktor takmo bagi ubat batuk pada baby sebab dia kecik lagi)

Antibiotik Cedax ni cuma makan sekali sehari jer..Dan alhamdulillah lepas makan ni keadaan Aisyah better, tapi bintik-bintik or merah kat badan dia naik dengan banyaknya satu badan ok!

Dah aku ingat dia ni allergik pada ubat pulak..Tapi bila ke klinik keempat doktor tu kata bukan alergik ubat tapi ia adalah viral fever symptom..

Yea, mostly semua doktor yang aku jumpa kata ni adalah viral fever symptom. Sebelum amik antibiotik Cedax tu, sebenarnya memang dah ada merah-merah kat badan dia tapi tak banyak..Tapi lepas amik antibiotik tu laa, terus penuh satu badan dia..

Sekarang ni Aisyah dah makin ok, dan merah-merah kat badan dia dah makin susut. Aku kalau boleh memang takmo bagi Aisyah antibiotik tapi aku terpaksa sebab demam dia on off dan dia batuk (masih lagi sampai sekarang) dan aku takmo effect kat paru-paru. Semua doktor yang aku jumpa kata walaupun dia batuk tapi paru-paru dia ok...

Yea aku memang panik bila nengok keadaan anak aku macam ni. Fobia dengan keadaan Zara dulu masih teringat-ingat sampai sekarang sebab tu aku cuba buat yang terbaik. Sekarang Aisyah dah melepasi zon yang tak best (walaupun masih batuk lagi) dan dalam zon penyembuhan :).

Tapi kan memang sekarang ni musim sakit yea, demam zaman sekarang bukan macam demam zaman dulu, kalau tak rawat dan buat sambil lewa keadaan anak mungkin akan lebih bahaya..

 masa baru mula-mula demam...

 Petang Khamis baru lepas diurut

 Tanda merah-merah dah mula naik di belakang badan

 Kat bahagian badan

 Kat muka macam dah kurang sikit

 Seram kan...

Tapi semua ni tak gatal pun, cuma aku yang nengok je rasa gatal...Doakan semoga Aisyah cepat sembuh yea...

Ke korang ada tips macamana nak atasi dan kurangkan batuk di kalangan bayi??? Kalau ada boleh share, tq...


 Korang boleh baca pasal VIRAL FEVER..




29.11.13

Jangan nilai dari luaran...

Semalam takde post sebab aku EL terus sambung hari ni sebab nak pantau Aisyah yang demam, tapi hari ni alhamdulillah makin baik..Itu nanti aku cerita kat entri lain k..

Malam tadi ada ke aku mimpi jadi perantara pada mak Johan Asaari untuk terima Lana Nodin sebagai menantunya, huhuhu..Ha, ni la padahnya sebelum tido pergi jadi stalker kat instagram orang lain pastu sibuk baca komen orang jer, aduiii...

Ok, sebenarnya memang agak terkejut la dengan berita yang mengatakan si Johan ni nak kawin dengan Lana...Yelah, aku pun ingat Johan ni bercinta dengan Shila Amzah tapi tup tup jadik kisah lain pulak..

Biasalah dunia artis kannnn..Bila baca komen orang pun macam-macam, memang teruklah orang sekarang ni komen macam tak reti dan tak tau segala yang berlaku atas ketentuan Tuhan. Yelah soal hati dan perasaan ni susah nak cakap.. Lagi satu kita tak tau cerita sebenar so suka-suka je nak hentam orang sebarangan..Yea, aku pun terkejut dan aku pun kalau boleh nak si Johan tu kawin dengan Shila (sebab lagaknya macam orang bercinta je) lagipun nampak macam sepadan dan sopan jer, alih-alihhh....
Disebabkan hari ni hari Jumaat, mehlah kita muhasabah diri sikit rentetan dari kisah ni...Kita semua ni manusia biasa termasuk la aku yang tak perfect ni. Tapi siapalah kita kan nak menghukum orang tu baik ke tidak melalui luaran jer.

Dulu aku pun suka judge orang dari sikap luaran. Ada member ni dia jenis yang muka masam jer, terus aku judge dia garang dan sombong..Tau tak, sekali tu Tuhan bagi aku satu ofis dengan dia dan setelah kenal rupanya dia baik sangat dan sekarang kitaorang bestfriend tau... Tu satu contoh yang berlaku pada diri aku la dan pastinya ia kisah benar yang buat aku tersedar kita tak boleh judge orang dari luaran melainkan kita kenal hati budi dia dulu..

So sekarang aku cuba kawal diri untuk judge orang dari luaran melainkan kita kenal hati budi dia dulu. Ada member aku pulak nampak macam baik tapi hakikatnya sebaliknya pulak..Aku pun tak tau nak judge diri aku macamana, aku rasa aku orang yang baik dan happy go lucky, tapi mungkin ada orang anggap aku sombong sebab kalau dengan orang yang tak kenal aku macam berat mulut sikit dan serius jer, hehehe..

Kesimpulannya jangan terus menghukum orang tanpa kenal hati budi dia dulu. Percayalah setiap apa yang berlaku ada sebabnya...

Kita doakan andai benar jodoh mereka bersama doakan yang baik-baik. Mana ada manusia sempurna semua pun pernah melalui kesilapan dan kejahilan dalam hidup. Mana tau satu hari nanti Lana akan berubah menjadi insan yang lebih baik even lebih baik dari yang dok komen dia teruk-teruk tu..Nengok jelah contoh artis-artis kita yang dulunya seksi tapi semua pun dah melalui fasa perubahan dalam hidup yang nyata lebih positif dan pastinya lebih baik dari aku..

Sekian....



27.11.13

Cepatlah sembuh baby...

Minggu ni aku tak banyak amik gambar disebabkan Aisyah yang kurang sihat. Tapi ni gambar Ahad lepas, sian kan...

 Asiklah nak melepek jer...

Ni macam senyum paksa gitu..


Malam tadi ke klinik sebab kat badan dan kat kaki ada keluar bintik-bintik merah (tapi tak banyak). Macam biasalah aku cepat gelabah sebab aku ingat demam campak ke atau HFMD..Tapi kalau HFMD, boleh je dia menyusu macam biasa (sebab kalau HFMD budak biasanya taknak makan atau minum sebab kat mulut dah ada ulser)..

Tapi aku lega sikit bila dr kata Aisyah ok, bintik-bintik tu bukanlah sebab campak atau denggi (hope so) dan dr kata paru-paru dia pun ok walaupun dia batuk..Yup aku harap yang baik-baik je sekarang ni..Walaupun kurang sihat, tapi berat badan naik tu, malam tadi timbang dah 7kg..

Pagi tadi hantar ke taska siap bekalkan ubat dan makanan semua..Aku tanya pengasuh samaada si Aisyah ni nak makan ke tak? Dia kata apa yang aku bekalkan semuanya habis dimakan..

Semoga Aisyah cepat sembuh yeaa...


26.11.13

Menyusukan bayi | BF

Amboi makin lambat pulak aku update ni selalu asik nak cepat je..Yelah mood pun ikut cuaca kat luar yang dingin dan sejuk je ni..

Oklah hari ni malas nak tepek gambar cuma nak cakap pasal topik MENYUSUKAN BAYI..Skema tak ayat, menyusukan tuuuu, hehe..

Sekarang Zahia Aisyah dah 5 bulan lebih, lagi 4-5 hari nak masuk 6 bulan dan aku masih menyusukan dia..Aku bersyukur pada Tuhan sebab aku antara insan yang terpilih untuk menyusukan baby dari anak pertama sampailah sekarang.

Urusan nak menyusukan atau istilah lainnya BF sangat mudah. Terus terang aku cakap BF memang sangat senang dan aku lebih prefer BF berbanding buat susu untuk bagi anak. Leceh kot, nak bangun amik air panas, bancuh susu pastu letak air masak segala, aiyoo malas ok...Lagilah kalau baby bangun tengah malam atau di awal pagi..Kalau BF memang mudah la kan, main selak je, kejam mata pun boleh buat, hehe..

Cuma aku ni memang pemalas sikit la nak pump susu..Nasiblah beli manual pump je kalau la beli yang mahal tu pastu pemalas nak pump kan dah membazir..Eh, tapi mungkin jugak jadik rajin sebab pump yang mahal tak guna tangan untuk pump kan..:)

Oklah sekarang ada la stok susu sikit kat freezer tu, aku ni akan pump betul-betul bila b aku tu dah rasa keras dan penuh susu..Tu kalau nak baring pun sakit baru aku bergerak nak pump susu, masa tu stok susu memang melimpah ruah laaa..:) 

Nak pump susu memang kena ada kekuatan mental dan fizikal ok...Bukan setakat tu je, emosi pun kena jaga, kalau emosi tak stabil, kadang susu pun takmo keluar tau. Tu pasal aku memang suka direct feed je, senang..

Sekarang ni macam-macam produk ada nak pastikan susu badan kita ada. Sebelum ni aku amik ESP Shaklee, memang best sangat la..Tapi kalau takmo amik ESP Shaklee boleh je kalau nak minum Horlicks atau kurma ke atau lobak putih (ni antara yang aku tau)..Korang google je petua nak tambahkan susu badan ok, macam-macam cara ada..

Cuma sekarang ni aku nak try produk ni pulak;

Eh, tadi kata takmo letak gambar kan?

Eh, aku tak promote tau, ni memang aku google dan nak cuba sendiri.. Yelah bila kita menyusukan kenalah makan dan minum yang berkhasiat, kalau tak nanti susu kita pun tak berkhasiat yea tak?

Kalau nak nengok macam-macam produk baby dan pasal BF ni boleh ke LUNATOTS.COM

Sekian ~







 




25.11.13

Bila si ibu yang tak sabar..

Ha lambat pulak nak update hari ni, biasalah Monday Blues..Lepas ni jangan nak mengada lagi nak Monday Blues al maklum jelah, first day kerja dah jadik hari Ahad, hukhukhuk..Ok aku ok je cuti Jumaat, biasalah mula-mula ni macam-macamlah orang kata, itulah inilah tapi aku memang ok jerrrr..

So permulaan hari ni, entri pun ringan-ringan je laa yea;

Persediaan untuk baby Aisyah makan


 Ha, nengok excited aku tau buatkan puree carrot untuk baby Aisyah


Eii comot, ni abahnya suapkan makan ler


Hujung minggu ni baru jejak 6 bulan tapi nengok aku punya keterujaan. Tapi sejak minggu lepas aku dah bagi rasa pun..Eih dia bersungguh-sungguh nak makan tau, kesian bila kitaorang makan depan dia mulut dia bukan main lagi sambil keluarkan lidah macam nak jilat something..

Bila aku sua sudu kat dia bersungguh dia bukak mulut nak makan...Haritu aku memang dah siap buat puree carrot dan kentang siap simpan kat freezer..Insya allah hari ni nak buat puree brokoli dan labu pulak..

Minggu depan aku buatkan bubur sebab nak buat bekal hantar ke taska tapi aku akan blend sampai hancur laa..See, ibu yang bersungguh ni..:) Masa anak pertama dan kedua aku ni malas sikit, sikit-sikit nak harapkan mak aku je buatkan sekarang ibu dah matang, hehe..








21.11.13

Aktiviti cuti sekolah

Sedih pulak bila baca kisah budak lelaki yang meninggal dunia disebabkan radang otak. Menurut ibunya sejak cuti sekolah bermula arwah pergi ke kafe siber dari awal pagi dan balik ke rumah lewat petang..Aku ni pun kalau mengadap hp lama sikit pun dah sakit kepala..

Aku pun selalu pesan kat anak-anak terutamanya Zarif, kalau nak main game tu boleh tapi pastikan selang seli buat benda lain, bukannya mengadap game satu hari..Budak laki kalau dah main game, benda lain pun dah tak pandang, kita lalu depan dia pun macam tak perasan.

Kalau Zarif buat tak endah je kat aku, memang aku terus amik laptop dan off terus ok...Nak didik anak zaman ni memang tak senang, ada masa kita memang kena tegas. Mrhubby orangnya lembut so yang garangnya pastilah aku, huhu. Tapi kalau sekali mrhubby mengamuk dengan aku sekali pun boleh menangis...

 Ni dah beli sebelum cuti sekolah lagi, so siaplah yeaa
(tapi buat untuk gertak je laa, kalau kena pun sipi-sipi dan ringan-ringan jer..)


Selasa lepas balik rumah atuk kat bandar dan tolong kemas apa yang patut sebab atuk dan nenek (mak abah aku)  dah nak balik BP hujung bulan ni..

 Ha tolonglah basuh kereta yea..

Sapu sampah dan bersihkan rumah atuk


Aktiviti semalam kat rumah sendiri dari dok main game je jomlah buat aktiviti seni..Kan syiok layan kertas yang warna warni gitu..Takpelah rumah sepah sikit janji lepas buat aktiviti ni semua kena kemas..Aku selalu pesan kat anak-anak nak buat apa pun boleh tapi mesti kemas balik sebab penyakit aku yang tak boleh nengok rumah bersepah, huhu..






 Ni malam tadi aku ternampak kat bilik Zarif;


Aku : Kenapa buku-buku ni terkeluar macam tu, susun balik Zarif..
Zarif : Ehhh, bukan kita yang buat laa..

Aku : Dah tu siapa yang buat macam ni?
Zarif : Mana lah kita tau..

Aku : Ok, ibu tau mesti Nabila yang buat ni kan..
Zarif : Yelah, yelah..memang kita yang buat..
(hahaha, nak kena sebut Nabila baru nak mengaku) -- reverse psychology ok..


Tq kerana sudi baca..:)




 





 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...