25.11.13

Bila si ibu yang tak sabar..

Ha lambat pulak nak update hari ni, biasalah Monday Blues..Lepas ni jangan nak mengada lagi nak Monday Blues al maklum jelah, first day kerja dah jadik hari Ahad, hukhukhuk..Ok aku ok je cuti Jumaat, biasalah mula-mula ni macam-macamlah orang kata, itulah inilah tapi aku memang ok jerrrr..

So permulaan hari ni, entri pun ringan-ringan je laa yea;

Persediaan untuk baby Aisyah makan


 Ha, nengok excited aku tau buatkan puree carrot untuk baby Aisyah


Eii comot, ni abahnya suapkan makan ler


Hujung minggu ni baru jejak 6 bulan tapi nengok aku punya keterujaan. Tapi sejak minggu lepas aku dah bagi rasa pun..Eih dia bersungguh-sungguh nak makan tau, kesian bila kitaorang makan depan dia mulut dia bukan main lagi sambil keluarkan lidah macam nak jilat something..

Bila aku sua sudu kat dia bersungguh dia bukak mulut nak makan...Haritu aku memang dah siap buat puree carrot dan kentang siap simpan kat freezer..Insya allah hari ni nak buat puree brokoli dan labu pulak..

Minggu depan aku buatkan bubur sebab nak buat bekal hantar ke taska tapi aku akan blend sampai hancur laa..See, ibu yang bersungguh ni..:) Masa anak pertama dan kedua aku ni malas sikit, sikit-sikit nak harapkan mak aku je buatkan sekarang ibu dah matang, hehe..








4 comments:

  1. Wah.. makin seronokla aisyah tu.. makanan dia pelbagai.. makij bolatlah tu..comel2 ...

    ReplyDelete
  2. Amboi, sukanya dia dpt mkn carrot tu....pas ni mst tak sbr nak tgu menu lain lak. Hehehehe~

    ReplyDelete
  3. Makin bam2 le dia mak dia rajin layan makan dia...ehehee...

    ReplyDelete
  4. teruja tgk kesugguhan ni.. semuanya demi anak tersayang

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...